Cabaran Pelaksanaan Dakwah terhadap Masyarakat Orang Asli oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
Abstract
Dakwah merupakan kewajipan bagi setiap muslim untuk dilaksanakan berdasarkan kepada kemampuan masing-masing sama ada dilakukan secara individu atau berkumpulan.Ketika melaksanakan usaha dakwah, sudah pasti ianya akan berhadapan dengan cabaran yang pelbagai bergantung kepada sasaran dakwah yang dituju. Antara sasaran dakwah yang besar di Pahang adalah Orang Asli. Manakala institusi yang terlibat dalam usaha dakwah golongan ini adalah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti bentuk cabaran yang ditempuhi oleh pegawai dan pendakwah masyarakat Orang Asli dalam melaksanakan aktiviti yang telah dirancang oleh MUIP di sekitar perkampungan Orang Asli Pahang. Reka bentuk kajian ini menggunakan metod kualitatif melalui instrument kajian dokumen, pemerhatian dan juga temubual pegawai dakwah yang terlibat secara langsung dalam aktiviti dakwah masyarakat Orang Asli di Pahang. Dapatan kajian menunjukkan terdapat 12 tema cabaran perlu dihadapi bagi melaksanakan dan menjayakan usaha dakwah di Pahang iaitu cabaran berkaitan lokasi masyarakat orang asli, tidak menguasai bahasa orang asli, ancaman dari orang asli, kekurangan pendakwah, sifat dan sikap yang tidak baik oleh penduduk setempat, saingan misionari kristian, sumber kewangan, masalah dalaman pendakwah, sikap orang asli, sikap bangsa melayu, tidak mengotakan janji, tiada penyelaran antara NGO. Implikasi dari cabaran ini memerlukan semua agensi tampil untuk membantu bagi merealisasikan usaha dakwah berterusan yang menjadi tanggungjawab setiap muslim bergantung kepada kemampuan dan kepakaran masing-masing.
Challenges Propaganda against the Aboriginal Community by the Islamic Religious Council and Malay Customs Council
Da’wah is an obligation for every Muslim to perform based on their individual and collective ability. When carrying out a da’wah work, it is certain that it will face various challenges depending on the target it is intended to reach. Among the major targets of missionary propaganda in Pahang are the Orang Asli. While the institutions involved in the da’wah efforts of this group is the Islamic Religious Council and Malay Customs Council (MUIP). The purpose of this study is therefore to identify the challenges faced by the Orang Asli community officials and preachers in carrying out the activities planned by MUIP around Pahang Indigenous villages. The design of this study utilizes qualitative methodology through document study instrumentation, observation and interviewing of civil servants who are directly involved in indigenous peoples’ preaching activities in Pahang. The findings of the study show that there are 12 key challenges that need to be met in order to implement and succeed in preaching in Pahang: challenges related to the location of indigenous peoples, ignorance of indigenous languages, threats from indigenous peoples, lack of prejudice, bad attitudes and attitudes by local people, competitors Christian missionaries, financial resources, internal problems preacher, the attitude of the original, the attitude of the Malay race, no promise, no Coordination between NGOs. The implications of this challenge require all agencies to come forward and help realize the ongoing missionary effort that is the responsibility of every Muslim depending on their abilities and expertise.
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556
Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia