Islamic Entrepreneurship: Analysis of Research Trend
Abstract
Entrepreneurship has been an endeavour carried out by people who are industry players and whom have good intentions in achieving concrete socio-economic development leading to prosperity for the general populace. In Islam, entrepreneurship is meant not only for fulfilling on material individuals needs, society and the country, but is also as a way of worship. The growth of the Muslim population around the world has somehow paved a way for more Muslim entrepreneurs to get involved in entrepreneurship activities in responding towards the current market as well as abiding with the religious teachings. To date, studies have hardly looked into the research trends pertaining to Islamic entrepreneurship. Hence, it is the attempt of the present study to provide some insights regarding the focus of research, the trends and the gaps to be filled by future researchers. Guided by the PRISMA Statement research method, a systematic review of scientific databases and manual search on established sources identified 84 related studies based on five properties namely types of paper, countries of studies, research design, research topics, and overall research trends. Findings revealed that most of papers are original studies, conducted in Malaysia, and being exploratory in nature. Four themes and fourteen sub-themes related to Islamic entrepreneurship were identified, comprising organizational characteristics (6 sub-themes), entrepreneurs’ traits (4 sub-themes), enterprise support system (2 sub-themes), and external forces (4 sub-themes). Overall, no topic has yet to approach the saturation level in research. This study may guide future researchers in expanding their researches in Islamic entrepreneurship.
Keusahawanan Islam: Analisis Trend Penyelidikan
Keusahawanan merupakan satu usaha yang dilakukan oleh orang yang menjadi pemain industri dan mempunyai niat baik dalam mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang konkrit yang membawa kepada kemakmuran bagi penduduk umum. Dalam Islam, keusahawanan bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan material individu, masyarakat dan negara, malah juga sebagai satu ibadat. Pertumbuhan penduduk Islam di seluruh dunia telah membuka jalan kepada kemunculan lebih ramai usahawan Muslim untuk terlibat dalam aktiviti keusahawanan dalam menanggapi pasaran semasa serta mematuhi ajaran agama. Sehingga kini, kajian masih kurang mencerminkan trend penyelidikan yang berkaitan dengan keusahawanan Islam. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan memberikan pandangan mengenai fokus, trend dan jurang penyelidikan yang akan diisi oleh penyelidik pada masa hadapan. Berpandukan kaedah penyelidikan pernyataan PRISMA, ulasan sistematik ke atas pangkalan data saintifik dan pencarian manual terhadap sumber yang telah mantap telah mengenal pasti 84 buah kajian berkaitan berdasarkan lima ciri iaitu jenis kertas kajian, negara kajian, reka bentuk penyelidikan, topik penyelidikan, dan keseluruhan trend penyelidikan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan makalah adalah kajian asli, dijalankan di Malaysia, dan bersifat eksplorasi. Empat tema dan empat belas sub-tema yang berkaitan dengan keusahawanan Islam telah dikenalpasti, merangkumi ciri-ciri organisasi (6 sub-tema), sifat usahawan (4 sub-tema), sistem sokongan perusahaan (2 sub-tema), dan daya luar (4 sub-tema). Secara keseluruhan, belum ada topik yang mencapai tahap ketepuan dalam penyelidikan. Kajian ini dapat memberi petunjuk kepada penyelidik masa depan dalam memperluas penyelidikan mereka dalam bidang keusahawanan Islam.
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556
Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia