Implication of International Scholars’ Influence on the Direction of Abdul Hadi’s Political Thought
Abstract
Implikasi Pengaruh Ilmuan Antarabangsa Terhadap Hala Tuju Pemikiran Politik Abdul Hadi
Pengaruh melibatkan suatu keadaan yang mempunyai dua hala atau hubungan antara apa yang dipengaruhi dengan apa yang mempengaruhi bersesuaian dengan tindakan. Pengaruh itu tidak terhad dalam aspek politik sahaja malah merangkumi pelbagai bidang seperti politik, tarbiyah, sosial, ekonomi, jihad, dakwah, ilmu dan pemikiran. Abdul Hadi merupakan tokoh gerakan politik dan dakwah yang dikenali dalam negara dan antarabangsa. Kepimpinan dan keperibadian beliau dalam dakwah dan politik dipercayai dipengaruhi dari beberapa faktor antaranya ialah hasil daripada interaksi secara langsung dan tidak langsung dengan pemimpin dan ilmuan antarabangsa. Artikel ini membahaskan jaringan dan implikasi pengaruh pimpinan gerakan Islam antarabangsa yang memberi dampak positif terhadap sosiopolitik Abdul Hadi. Justeru, kajian ini menggunakan rekabentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis dokumen. Protokol temubual mendalam dan berstruktur juga digunakan dan dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati impak positif oleh ilmuan dan pimpinan gerakan antarabangsa terhadap pemikiran Abdul Hadi dalam mencorak dan melakar stategi dakwah dan politik di peringkat nasional dan juga di peringkat antarabangsa.
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556
Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia