Sejarah Diat dan Aqilah Serta Pelaksanaannya Pada Masa Kini

Siti Aisyah Samudin

Abstract


Pemberian ganti rugi sivil dari sudut pelaksanaan dan rujukan perundangan belum menjamin perlindungan ke atas mangsa secara menyeluruh. Penetapan kuantum ganti rugi adalah rumit dan tidak tetap kerana pembuktiannya banyak bergantung kepada unsur jangkaan dan tertakluk kepada keputusan kes-kes terdahulu. Hal ini berbeza dengan penetapan ganti rugi dalam Islam yang dikenali sebagai diat. Diat merpakan medium yang digunakan bagi menetapkan kadar ganti rugi dalam kes kecederaan dan kematian. Diat boleh diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu sebagai
hukuman gantian dalam hal hukuman qiṣāṣ yang diberi kemaafan ataupun diat sebagai hukuman asal iaitu dalam situasi perbuatan salah yang dilakukan secara cuai. Aqilah pula merupakan pihak atau institusi yang terlibat dan bertanggungjawab untuk mengeluarkan harta bagi membayar ganti rugi diat kepada mangsa. Diat telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam kemudian diterima pakai dengan petunjuk al-Quran dan hadis. Kajian ini bertujuan menelusuri sejarah diat dari zaman sebelum Islam, dan perubahannya selepas kedatangan Islam serta aplikasi pemakaiannya pada masa kini. Rujukan utama diambil berdasarkan sumber-sumber primer perundangan Islam iaitu al-Quran dan Hadis. Fakta Sirah diambil berdasarkan pengumpulan dokumentasi bagi mendapatkan tafsiran dan aplikasi diat semasa dengan yang dilaksanakan pada hari ini dengan mengambil contoh kerugian akibat kemalangan jalan raya. Kajian mendapati, pemakaian diat dan aqilah masih relevan untuk dilaksanakan dengan bantuan dana daripada syarikat takaful. Diat yang mempunyai kadar ganti rugi tetap amat membantu pihak aqilah dalam usaha melunaskan pampasan sekaligus memastikan keadilan sewajarnya diberikan kepada mangsa yang terlibat.

The History of Diyya and Aqilah  Principle and Its Current Application

Civil compensation, in terms of implementation and legal precedents, has not guaranteed full protection for victims. The quantum of damages is complicated and inconsistent as the evidence substantially depends on the expectation element and case precedents. This is in contrast to the award of damages in Islam known as diyya. Diyya is a medium used to determine the rate of compensation in cases of injury and death. Diyya can be classified into two types. First, as a substitute punishment in the case of qiṣāṣ punishment for pardoned cases, and second, as the original punishment, that is, in the situation of negligence and wrongdoing. The aqilah is the person or institution involved and liable to pay diyya compensation to the victim. Diyya has been used before the advent of Islam, and was later adapted according to the guidance of the Quran and Hadith. This study aims to trace the history of diyya from pre-Islamic times, and its changes
after the advent of Islam, and its application today. The main references are based on the primary sources of Islamic law, including the Quran and the Hadith. Historical facts are based on documentation gathered in order to ascertain the current application of diyya implemented based on the compensation given in road accident cases. The study finds that the use of diyya and aqilah is still relevant to today, evidenced by its implementation by takaful companies. Diyya provides a fixed rate of compensation that is greatly affordable or reasonable to help the aqilah in settling the compensation, as well as to ensure justice for the victims accordingly.


Keywords


Diyyat; aqilah; compensation; road traffic accidents; takaful

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia