Epistokrasi dalam Wacana Politik al-Ghazali dan Brennan
Abstract
Epistokrasi adalah satu falsafah politik yang mempercayai bahawa golongan cerdik pandai sewajarnya memerintah negara bukannya diserahkan kepada sistem yang terbuka seperti diamalkan dalam sistem demokrasi. Al-Ghazali dan Brennan adalah antara ahli falsafah yang mempelopori falsafah tersebut yang dilihat berlainan dengan arus perkembangan semasa terutama sistem demokrasi. Ciri-ciri epistokrasi yang diperkenalkan al-Ghazali meliputi pemilihan pemimpin yang tertutup kepada yang terbaik sahaja, yang mempunyai nilai-nilai positif yang datang dari dalaman dan luaran individu, pengkhususan kepada etnik Quraisy dan pemimpin yang ditentukan oleh ahl al-syawkah. Brennan juga menepati dengan prinsip pemilihan yang dikemukakan oleh al-Ghazali seperti menghadkan pemilihan kepada mereka yang yang pintar dan kompeten, berdasarkan ciri demografik yang khusus dan sistem pemilihan pemimpin dengan sistem lebih bersifat tertutup. Walau bagaimanapun, penekanan epistokrasi al-Ghazali lebih kepada yang berunsurkan teokrasi yang memasukkan unsur ketuhanan dalam falsafahnya.
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556
Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia