Pandangan dan Penilaian Ilmuan Agama Terhadap Kaedah Pelupusan Teks Al-Quran Di Malaysia

Latifah Abdul Majid, Mohd Faizulamri Mohd Saad, Hamdi Ishak, Mohd. Nasir Abdul Majid, Ameer Areff Iskandar Mohd Azhar

Abstract


Kaedah membakar merupakan antara kaedah yang digunakan bagi melupuskan mashaf al-Quran yang lama, rosak atau tersalah cetak. Muktahir ini telah berlaku pengurusan pelupusan mashaf al-Quran yang tidak menepati maqasid pelupusan teks al-Quran seperti yang difatwakan dalam garis panduan. Di samping itu, jumlah mashaf al-Quran yang rosak semakin bertambah menyebabkan tapak pengumpulan semakin terhad. Bagi menjimatkan kos dan ruang, didapati beberapa institusi yang dipertanggungjawabkan dalam mengendalikan pelupusan telah menyerahkan tugas ini kepada pihak yang tidak berautoriti, contohnya kepada pihak bukan Islam bahkan dilupuskan di kilang kertas. Justeru, artikel ini membincangkan pandangan dan penilaian ilmuan agama terhadap kaedah pelupusan yang telah dilaksanakan oleh institusi pelupusan teks al-Quran di Malaysia. Pengumpulan data diambil secara analisis dokumen dan temubual bersama Mufti iaitu mufti Negeri Selangor, mufti Negeri Kelantan dan mufti Negeri Terengganu. Ia dilakukan secara temubual separa berstruktur dan dianalisis secara diskriptif. Hasil penemuan mendapati bahawa terdapat beberapa kaedah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia. Antara kaedah yang diaplikasi adalah dengan cara dibakar sehingga menjadi abu dan dibatakan seterusnya dihanyut ke dalam laut. Tegasnya, masih banyak institusi berautoriti yang melaksanakan pelupusan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Keywords


Ilmuan agama; Kaedah; Pelupusan; Mashaf al-Quran; Konvensional; Garis Panduan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


 

ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556

Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia