Pemerkasaan Teras Integrasi Nasional di Malaysia Berpandukan Perspektif Surah Madaniyyah
Abstract
ABSTRAK
Realiti nilai integrasi nasional dalam setiap negara majmuk adalah suatu perkara yang kompleks. Hal ini didasari kompleksiti persekitaran sosiobudaya yang terbentuk melalui gabungan kepelbagaian agama, kepercayaan, adat, budaya dan amalan yang berbeza dalam komuniti. Dalam konteks Malaysia, indeks Perpaduan Nasional (IPNas) bagi tahun 2022 mencatatkan peningkatan skor pada kadar 0.62 peratus berbanding 0.57 peratus pada tahun 2018. Kedudukan nilai skor berkenaan menunjukkan kualiti perpaduan dan integrasi nasional di Malaysia adalah sederhana dan terkawal. Namun begitu, tinjauan terhadap konstruk dimensi penilaian IPNas memaparkan peranan Islam sebagai agama rasmi negara didapati masih kurang dimartabatkan sebagai teras integrasi dan perpaduan nasional. Justeru, kajian ini dikemukakan bagi memperkasakan teras integrasi dan perpaduan nasional di Malaysia berpandukan perspektif terpilih dalam kompilasi surah-surah Madaniyyah. Berasaskan metode analisis kandungan secara tematik, kajian berbentuk kualitatif ini berusaha menangani defisit sosial berdasarkan perspektif al-Quran. Melalui pendekatan tafsir mawdu‘i (tematik) dan tafsir tahlili (analitik), kajian ini telah mengenal pasti sebanyak 40 ayat daripada 17 surah Madaniyyah mengandungi wacana panduan integrasi nasional yang komprehensif. Kajian ini mendapati manifestasi kompilasi ayat-ayat Madaniyyah berkenaan terpapar dalam peradaban negara Islam Madinah, model terbaik negara majmuk pasca peristiwa hijrah. Justeru, kajian ini optimis perspektif surah Madaniyyah berupaya memperkasa teras integrasi, menangani defisit sosial, memacu kesepaduan sosial dan meningkatkan kualiti perpaduan nasional di Malaysia sebagaimana aspirasi IPNas 2022. Kesimpulannya, inisiatif pemerkasaan perpaduan nasional berpaksikan panduan al-Quran wajar dimartabatkan di Malaysia dan seluruh negara majmuk peringkat global.
Kata kunci: Perpaduan; integrasi; nasional; surah; madaniyyah
ABSTRACT
The issue of national integration in plural countries is a complex matter, as it is influenced by the socio-cultural environment shaped by the combination of different religions, beliefs, customs, cultures, and practices in the community. In Malaysia, the National Unity Index (IPNas) 2022 showed a score increase of 0.62 percent, compared to 0.57 percent in 2018, indicating a moderate and controlled position for national unity and integration. However, the evaluation of IPNas dimensions revealed that Islam, as the country’s official religion, is still not considered the core of national integration and unity. Thus, this study was conducted to strengthen national integration and unity in Malaysia, drawing on selected perspectives from the Madaniyyah surahs. This qualitative study utilises the thematic content analysis method to address social deficits from the perspective of the Qur’an. After conducting thematic and analytical Quranic exegesis, the study has identified 40 verses from 17 Madaniyyah surahs that offer comprehensive guidance on national integration. This study found that these Madaniyyah verses are reflected in the development of the Islamic state of Madinah, which is regarded as a model of a pluralistic state after the migration. This study suggests that the perspective of Surah Madaniyyah could strengthen integration, address social deficits, promote social cohesion, and enhance national unity in Malaysia, aligning with the goals of IPNas 2022. In conclusion, national unity initiatives guided by the Quran should be prioritised in Malaysia and globally.
Keywords: Unity; integration; national; surah; madaniyyah
Keywords
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 0126-5636 | e-ISSN : 2600-8556
Faculty of Islamic Studies
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia