Teromba sebagai Sumber Epistemologi Kepimpinan Tempatan: Satu Kerangka Konseptual Berasaskan Adat Perpatih (Teromba as a Source of Indigenous Leadership Epistemology: A Conceptual Framework Based on Adat Perpatih)

Nor S.Azima Ismail, Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Norena Abdul Karim Zamri

Abstract


ABSTRAK


Wacana kepimpinan kontemporari masih banyak dipengaruhi oleh teori yang berasaskan pengalaman organisasi moden, sedangkan sumber pengetahuan tempatan yang berakar pada adat dan tradisi lisan masih kurang diberikan perhatian. Keadaan ini mewujudkan jurang dalam memahami kepimpinan masyarakat Melayu yang berkembang melalui sistem nilai, budaya dan amalan sosial tempatan. Sehubungan dengan itu,, artikel ini bertujuan meneliti teromba sebagai sumber epistemologi kepimpinan tempatan dalam konteks Adat Perpatih. Kajian ini menggunakan pendekatan konseptual melalui analisis kandungan dan sintesis literatur terhadap penulisan berkaitan Adat Perpatih, teromba serta teori kepimpinan kontemporari. Perbincangan turut diperkukuh dengan analisis beberapa petikan teromba bagi menghuraikan makna kepimpinan menurut perspektif masyarakat Adat Perpatih. Hasil analisis menunjukkan bahawa teromba bukan sekadar warisan sastera lisan, tetapi merupakan sumber pengetahuan yang merakam nilai, susunan sosial dan panduan kepimpinan dalam masyarakat. Berdasarkan analisis tersebut, empat dimensi kepimpinan, iaitu amanah, keadilan, musyawarah dan kepimpinan kolektif dikenal pasti sebagai asas kepada kerangka kepimpinan teromba. Artikel ini turut memperlihatkan bahawa kepimpinan teromba mempunyai titik pertemuan dengan teori kepimpinan transformasional, kepimpinan berkhidmat dan kepimpinan beretika, namun menawarkan perspektif yang lebih berakar pada adat, komuniti dan legitimasi sosial. Berasaskan sintesis ini, satu Kerangka Konseptual Kepimpinan Teromba dicadangkan bagi memperluas wacana kepimpinan tempatan. Artikel ini mencadangkan agar kerangka tersebut diuji melalui kajian empirikal dan diterapkan dalam penyelidikan kepimpinan adat pada masa hadapan bagi memperkukuh pembangunan teori kepimpinan yang lebih kontekstual dan berteraskan epistemologi tempatan.


Kata Kunci: Teromba, Adat Perpatih, epistemologi tempatan, kepimpinan tempatan, kepimpinan teromba, kerangka konseptual


ABSTRACT


Contemporary leadership discourse continues to be dominated by theories developed based on the experience of modern organisations, while indigenous knowledge, rooted in local customs and oral traditions, has received comparatively limited scholarly attention. This has created a conceptual gap in efforts to understand leadership in Malay customary communities, where leadership is shaped by cultural values, social norms and collective practices. This conceptual study aimed to examine Teromba as a source of indigenous leadership epistemology in the context of Adat Perpatih. This study employed the content analysis method, as well as a literature synthesis of scholarly works on Adat Perpatih, Teromba and contemporary leadership theories for data collection purposes. Selected Teromba texts were also analysed to interpret indigenous conceptions of leadership found in customary discourse. Findings indicate that Teromba is a form of oral literary heritage and an indigenous knowledge system that preserves leadership values, social order and normative guidance for community leadership. Four core leadership dimensions were identified, namely trustworthiness (amanah), justice, deliberation (musyawarah) and collective leadership, which form the foundation of the proposed Teromba Leadership Framework. This study further argued that Teromba shares important conceptual affinities with transformational, service-oriented and ethical leadership theories while offering a distinctive perspective grounded in customary values, community legitimacy and social responsibility. These findings helped propose the Teromba Leadership’s conceptual framework to enrich indigenous leadership scholarship. Future research should empirically validate the proposed framework and further explore its application in the development of contextually grounded leadership theory.

Keywords: Teromba, Adat Perpatih, indigenous epistemology, indigenous leadership, Teromba leadership, conceptual framework


Keywords


Kata Kunci: Teromba, Adat Perpatih, epistemologi tempatan, kepimpinan tempatan, kepimpinan teromba, kerangka konseptual

Full Text:

PDF

References


A. Aziz Deraman. 2005. Asas Pemikiran Kebudayaan Malaysia.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Karim Mansor. 2021. Wasilah Adat Perpatih: Integrasi

antara Prinsip Syariah dan Adat Perpatih dari Sudut Ilmiah.

Seremban: Pusat Rujukan Peradaban dan Penyelidikan

Ketamadunan Adat Perpatih Sedunia (PRADAKAPS),

Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.

Ainul Wahida Radzuan. 2020. The roots of intangible cultural

heritage amongst the Malays of Negeri Sembilan, Malaysia:

the customary law of Adat Perpatih. Tesis Dr. Fal, University

of Leicester, United Kingdom.

Bass, B.M. 1985. Leadership and Performance Beyond

Expectations. New York: Free Press.

Bass, B.M. & Riggio, R.E. 2006. Transformational Leadership.

Ed. ke-2. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.

Brown, M.E. & Treviño, L.K. 2006. Ethical leadership: a

review and future directions. The Leadership Quarterly

(6): 595–616.

Burns, J.M. 1978. Leadership. New York: Harper & Row.

Greenleaf, R.K. 1977. Servant Leadership: A Journey into the

Nature of Legitimate Power and Greatness. New York:

Paulist Press.

Hashim Musa. 2008. Hati Budi Melayu: Pengukuhan

Menghadapi Cabaran Abad Ke-21. Serdang: Penerbit

Universiti Putra Malaysia.

Mazlan Aris, Masitah Mohammad Yusof & Mohamad

Fadzili Baharin. 2022. Unsur-unsur kepimpinan dalam

teromba Adat Perpatih berdasarkan teori behavioral. Dlm.

Noziati Borhan & Zakri Abdullah (pnyt.). Proceeding 1st

International Conference on Education, Innovation and

Adat Perpatih (ICEIAP 2021): Merevolusi Minda Melalui

Penyelidikan, hlm. 177–195. Seremban: Institut Pendidikan

Guru Kampus Raja Melewar.

Mohd Rosli Saludin. 2009. Teromba sebagai Alat Komunikasi

dalam Kepimpinan Adat Perpatih. Shah Alam: Karisma

Publications.

Mohd Rosli Saludin. 2021. Adab dalam Teromba: Unsur Islam

dalam Kesusasteraan Melayu. Bandar Baru Nilai: Pusat

Kebudayaan USIM dengan kerjasama Penerbit USIM.

Mualimin Mochammad Sahid, Mohammad Chaedar, Baidar

Mohammed Mohammed Hasan & Fettane Amar. 2021.

Leadership system of Adat Perpatih in Malaysia as a model

of consensus and democracy concept: an analytical study.

Psychology and Education 58(3): 1199–1206.

Nordin Selat. 1976. Sistem Sosial Adat Perpatih. Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Noraziah Abu Bakar, Ikmal Hisham Md Tah & Mohd Nazim

Ganti Shaari. 2025. Evolusi undang-undang tanah adat di

Negeri Sembilan. Kanun: Jurnal Undang-undang

Malaysia 37(2): 341–358.

Nur Samsiah Mazlan & Mohd Firdaus Che Yaacob. 2021. Adat

dalam teromba masyarakat Melayu di Negeri Sembilan:

Satu penelitian Teori Pengkaedahan Melayu. International

Journal of Language Education and Applied Linguistics

(1): 48–58.

Radzuan, A.W. & Sukri, S. 2019. Predominant practices of Adat

Perpatih practised by the Malays of Negeri Sembilan.

European Proceedings of Social and Behavioural Sciences

hlm. 375-386.

Safian Hussain. 1995. Kesusasteraan Melayu Tradisional.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shamsuddin Ahmad & Mohd Nazim Abdul Gaman. 2022.

Teras Adat Perpatih Negeri Sembilan sebagai satu keunikan

identiti warisan bangsa. Dlm. Noziati Borhan & Zakri

Abdullah (pnyt.). Proceedings of the 1st International

Conference on Education, Innovation and Adat Perpatih

(ICEIAP 2021): Merevolusi Minda Melalui Penyelidikan,

hlm. 121–129. Seremban: Institut Pendidikan Guru Kampus

Raja Melewar.

Spears, L.C. 2010. Character and servant leadership: Ten

characteristics of effective, caring leaders. The Journal of

Virtues & Leadership 1(1): 25–30.

Tenas Effendy. 2002. Pemimpin dalam Ungkapan Melayu.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wain, A. & Norliza Saleh. 2024. Adat Perpatih in Malaysia:

Nature, history, practice, and contemporary issues. Dlm.

A. Panakkal & N.M. Arif (pnyt.). Matrilineal, Matriarchal,

and Matrifocal Islam, hlm. 43–75. Cham: Springer Nature.

Wan Hashim Wan Teh. 1985. Nilai dan Etika dalam Masyarakat

Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


        

 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia