Keupayaan Bahasa Melayu di Persada Antarabangsa

KU HASNITA KU SAMSU, ADLINA AB HALIM, MOHD HAFIZ SULAIMAN

Abstract


ABSTRAK Dewasa ini, bahasa Melayu di bumi Malaysia dilihat seperti kurang bermaya dan diperkecil oleh bangsa sendiri. Buktinya dapat dilihat apabila Institusi Pengajian Tinggi terutamanya swasta (IPTS) lebih memartabatkan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Manakala Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) juga nampaknya cenderung ke arah mendaulatkan bahasa Inggeris apabila proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) diwajibkan menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Oleh yang demikian, timbul beberapa persoalan mengenai nasib bahasa Melayu di bumi sendiri sekiranya institusi yang berpaksikan budaya intelektual juga turut menganaktirikannya. Mampukah bahasa yang pernah menempa kegemilangan pada zaman Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka ini bersaing di persada antarabangsa? Justeru, makalah ini akan mengupas secara mendalam dan tuntas mengenai persoalan tersebut. Walau bagaimanapun, penulisan ini tidak bermaksud untuk menafikan realiti keperluan menguasai ilmu pengetahuan melalui bahasa Inggeris, malah agenda yang perlu diberi penekanan adalah memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris.

Kata kunci: bahasa Melayu, keupayaan bahasa Melayu

 

ABSTRACT Nowadays, Malay language in Malaysia is seen as less alive and been scaled down by its own race. The proof of discrediting the language can be seen particularly at Private Institutions of Higher Learning (IPTS) where English language is being upheld than the Malay language. While, the Public Institutions of Higher Learning (IPTA) also seem likely tend to espouse the English language when the Teaching and Learning (T&L) sessions were required to be held in it. Therefore, a few questions arise on the fate and the survival of the Malay language on its own land if the intellectual institutions start deserting it. Can the language which once forged glory in the era of Malacca Sultanates compete on the international plane? Hence, this article will delve thoroughly and comprehensively on the subject matter. However, this writing does not mean to deny the reality of the need to acquire knowledge through the English language, but at the same time, upholding the Malay language and strengthening the English language stays as an ultimatum.

Key words: Malay language, Malay language ability


Full Text:

PDF

References


Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain. 2011. Sejarah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Armin Azhari Saleh. 2011. Menghayati sejarah bahasa Melayu. Pelita Bahasa 23(06): 3.

Asmah Haji Omar. 2008. Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. 2011. Pengajian Melayu di China (Bahagian 1): Hubungan Ketamadunan Melayu-China. http://klikweb.dbp.my/?p=1799. (29/10/2011).

Fauzilahyatun Mustafa. 2011. Bahasa Melayu kini. Dewan Bahasa 11(04): 6-9.

Hassan Baseri Budiman. 2011. Kursi Pengajian Melayu: Kearah memartabatkan tamadun bangsa di luar negara. Dewan Bahasa 11(05): 31-33.

Illias Zaidi. 2011. Pasang surut bahasa Melayu. Pelita Bahasa 23(06): 8-12.

Berita Harian. 2011. Keputusan muktamad. 4 November.

Berita Harian. 2011. MBMMBI imbangi penguasaan dua bahasa utama. 5 November.

Mohd. Taib Osman. 2004. Globalisasi, Patriotisme dan Isu-isu Kemasyarakatan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Nazmi Yaakub. 2011. China hargai bahasa Melayu. Berita Harian.

Sahrunizam Abdul Talib. 2011. Kursi Pengajian Melayu: Kearah memartabatkan tamadun bangsa di luar negara. Dewan Bahasa 11(05): 48-50.

Syed Zulfida. 2006. Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka: Kemunculan dan Kegemilangan. Kuala Lumpur: Arkib Negara.

Tan Yao Sua. 2012. Dasar bahasa dalam sistem pendidikan. Pemikir. Jan-Mac 2012: 59-70.

Teo Kok Seong. 2011. Fenomena keperkasaan Bahasa Melayu. Dewan Bahasa 10(08): 6-9.

Victor, P. 2011. Bahasa Melayu merentas sempadan. Dewan Bahasa 11(03): 52-55.

Yusfarina & Abdul Rasid. 2011. Bahasa Melayu kini. Dewan Bahasa 11(04): 10-14.

Zalika Adam & Faridah Kassim. 2011. Perkembangan bahasa di Malaysia dan penyatuan rakyat. Persidangan Kebangsaan Perpaduan Nasional. Kuala Lumpur, 14-15 Disember.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia