Petua dan Pantang Larang Tradisional dalam Alam Melayu Sarawak

HAMIDAH ABDUL WAHAB

Abstract


ABSTRAK: Masyarakat Melayu di Sarawak merupakan golongan peribumi kedua terbesar selepas kaum Iban dan kaya dengan kepercayaan serta amalan turun temurun yang menjadi sebahagian daripada peraturan sosial dan dikongsi bersama dalam kehidupan bermasyarakat. Kepercayaan dan amalan ini dimanifestasikan melalui petua-petua dan pantang larang lama yang diyakini kesannya terhadap kehidupan. Walaupun amalan petua dan pantang larang lama ini berpaksi kepada agama suci Islam, namun terdapat juga unsur-unsur animisme yang masih dikekalkan. Berasaskan senario ini, makalah ini akan mengetengahkan unsur-unsur yang menunjukkan hubung kait antara petua dan pantang larang tradisional Melayu Sarawak, khususnya dari aspek kehidupan seharian, hidup berkeluarga dan keselamatan diri, dengan agama Islam dan unsur-unsur animisme. Selain itu, penelitian akan berkisar tentang signifikan amalan petua serta pantang larang tradisional ini pada zaman sekarang. Daripada penelitian, didapati bahawa petua dan pantang larang tradisional masyarakat Melayu Sarawak mempunyai perkaitan rapat dengan unsur-unsur yang dinyatakan sebelum ini, namun dengan batas dan penyesuaian berlandaskan agama Islam. Selain itu, petua dan pantang larang lama ini dilihat bermanfaat sebagai panduan dan nasihat kepada masyarakat dalam menelusuri alur kehidupan, justeru ada antaranya yang masih diamalkan sehingga kini.

Kata kunci: petua, pantang larang, Islam, animisme, Melayu Sarawak

 

ABSTRACT: The Malay community in Sarawak is the second largest indigenous group, after the Ibans. The Malay community is rich in beliefs and generations of practices which become part of the social rules and are shared with others living in the same community. The beliefs and practices are manifested in old folks’ tips or ‘petua orang-orang tua’ that are believed to have influenced their ways of lives. Although the practices of the tips are based on the Islamic religion, there are elements of animism, which have been retained up until now. In view of this, the article will highlight these elements, which show the relationship between the Islamic religion, animistic elements and Sarawak Malay traditional old folks’ tips, particularly from the aspects of the daily life, family life and security. Besides these, the significant of practices of these traditional old folks’ tips are also examined. The outcome of the analysis shows that there are traditional old folks’ tips of the Sarawak Malay community which are closely associated with the abovementioned elements, but with limits and appropriateness based on Islam. The old folks’ tips are useful as a guide to the community in surviving the currents of life, so that they still practiced them now.

Key words: tips, taboo, Islam, animism, Sarawak Malay


Full Text:

PDF

References


Abang Yusuf Puteh. 1996. The Malay Mind. Kuching: Shobra Publications Sdn. Bhd.

Adat Resam Penduduk Sarawak. 1988. Kuching: Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak.

Amat Johari Moain. 1990. Kepercayaan Orang Melayu Berhubung dengan Pertanian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Samad Ahmad (pnyl.). 1996. Petua-Petua Melayu Sarawak Tradisional. Kuching: Yayasan Budaya Melayu Sarawak.

Awang Hasmadi Awang Mois. 2001. Adat Melayu Sarawak.

Adat Melayu Serumpun: Adat Bersendi Syarak, Syarak Bersendi Kitabullah. Melaka: Perbadanan Muzium Melaka.

Frank Swettenham. 2003. Perihal Orang Melayu. Terjemahan oleh Zubaidah Ibrahim. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hamid. 1991. Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jeniri Amir. 2005. Sirih pinang pembuka bicara. Dewan Budaya. Ogos 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mat Saat Baki. 1993. Tingkah laku tak normal. Psikologi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Haji Arsat. 1996. Sejarah Perkembangan Lembangan Rajang di Sarawak. Sibu: Jawatankuasa Warisan Kebudayaan Dewan Suarah.

Norazit Selat. 2006. Perbilangan adat sebagai pembentuk jati diri Melayu. Pandangan Semesta Melayu: Pantun. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia