Manuskrip ‘Umdat Al-Muhtajin Ila Suluk Maslak Al-Mufradin: Sumbangan Karya Abad 17 Masihi dalam Pembinaan Masyarakat Melayu Masa Kini

FAIRUZAH BASRI, SALMAH HJ. AHMAD, MOHD SYUKRI YEOH ABDULLAH

Abstract


ABSTRAK: Manuskrip ‘Umdat al-Muhtajin ila Suluk Maslak al-Mufradin adalah sebuah manuskrip lama bertulisan tangan yang telah dihasilkan pada abad 17 Masihi. Pengarang manuskrip ini adalah Shaykh Abdul Rauf Singkel, seorang ulama Melayu yang telah meneruskan tradisi intelektual di Alam Melayu sejak abad 16 Masihi. Manuskrip lama ini tersimpan di beberapa repositori manuskrip Melayu, sama ada di rantau Alam Melayu, mahupun di Barat, di samping simpanan individu. Sebagai sebuah karya lama yang terpendam dalam bentuk naskhah asal, manuskrip ini terbukti masih bermanfaat untuk generasi kini dan mampu memberi sumbangan dalam pembinaan sahsiah masyarakat Melayu masa kini. Sumbangan ini diteliti berdasar analisis kandungan yang dilakukan terhadap manuskrip ini dengan mengambil kira beberapa versi, khususnya naskhah MSS 1314, ML 375 dan koleksi individu Shamsul Anuar dari Aceh, Sumatera, Indonesia. Sumbangan manuskrip ‘Umdat terlihat pada penampilan disiplin ilmu keislaman yang diketengahkan menerusi bimbingan kerohanian. Bimbingan ini turut dilengkapi dengan perhatian agar pelaksanaan dilakukan dengan penuh kefahaman, kesedaran dan keyakinan terhadap keesaan Allah SWT. Gabungan keyakinan dan pelaksanaan amalan akan memberi kesan kejiwaan yang mendalam kepada pelaksana amalan sehingga mampu menzahirkan sifat-sifat mulia, memperoleh hakikat ma’rifatu’Llah, malah mendapat anugerah karamah. Sehubungan ini, manuskrip ‘Umdat tetap relevan dengan senario masyarakat Melayu masa kini yang tetap menampakkan minat yang mendalam untuk menghayati ajaran Islam seperti pada abad 17 Masihi.

Kata kunci: manuskrip Melayu, manuskrip lama, manuskrip kitab, ilmu keIslaman, kerohanian

 

ABSTRACT: The ‘Umdat al-Muhtajin ila Suluk Maslak al-Mufradin manuscript is an old, hand-written manuscript that was produced in the 17th.Century AD. The author of this manuscript was Shaykh Abdul Rauf Singkel, a Malay theologian who had continued the intellectual tradition in the Malay World, since the 16th. Century AD. This old manuscript is kept in several Malay manuscript repositories, either in the region of the Malay World, or in the West, in addition to being kept as individual collection. As an old work that is concealed in the form of original copies, this manuscript has proven to be still beneficial for the current generation, and capable of giving contributions in the character development of the present Malay community. This contribution is examined based on content analysis performed on the manuscript by taking into consideration several versions of the manuscript, specifically the MSS 1314, ML 375 and the individual collection of Shamsul Anuar from Aceh, Sumatera, Indonesia. The contribution of the ‘Umdat manuscript is seen in the presentation of the Islamic knowledge discipline that is put forth through spiritual guidance. The guidance is also furnished with details so that the execution is carried out full of understanding, enlightenment and faith of the Oneness of Allah SWT. The combination of faith and execution of practice will have a deep spiritual impact on the person who executes the practice until capable of revealing noble qualities, obtaining the truth of ma’rifatu’Llah, and even acquiring the gift of guidance (karamah). Hence in this regard, the ‘Umdat manuscript is still relevant to the scenario of the present Malay community who still shows a deep interest in the teachings of Islam just like in the 17th Century AD.

Key words:  Malay manuscript, old manuscript, religious manuscript, Islamic knowledge, spirituality


Full Text:

PDF

References


Abdul Rauf Singkel. t.th. ‘Umdat al-Muhtajin ila Suluk Maslak al-Mufradin. MSS 1314. Perpustakaan Negara Malaysia.

Abdul Rauf Singkel. t.th. ‘Umdat al-Muhtajin ila Suluk Maslak al-Mufradin. ML 375. Perpustakaan Nasional Republik Indonesia.

Ahmad Amin. 1983. Dhuha al-Islam. Terj. Osman Khalid Jil.III. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Azyumardi Azra. 1994. Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad ke 17 dan 18. Bandung: alMizan.

Binbiyan, Ahmad Shawqi. 1993. Dirasat fi ‘Ilm al-Makhtutat wa al-Bahs al-Bibliografi. Ribat: Kuliah Adab.

Dada Meuraxa. 1974. Sejarah Kebudayaan Sumatera. Medan: Firma Hasmar.

Ding Choo Ming. 2008. Manuskrip Melayu: Sumber Maklumat Peribumi Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fairuzah Basri. 2009. Teologi dalam ‘Umdat al-Muhtajin. Dlm. Mohd Syukri Yeoh Abdullah, Salmah Ahmad & Mohammad Fadzeli Jaafar (pnyt.). Panduan Individu Menuju Allah: Mesej ‘Umdat al-Muhtajin ila Suluk Maslak al-Mufridin: 221-239. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fairuzah Basri, Salmah Ahmad & Mohd Syukri Yeoh Abdullah. 2011a. Manuskrip ‘Umdat al-Muhtajin: Sumber Biografi Abdul Rauf Ali al-Fansuri al-Singkili. Prosiding Seminar Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV, hlm. 173-184.

Fairuzah Basri, Salmah Ahmad & Mohd Syukri Yeoh Abdullah. 2011b. Pernaskhahan Manuskrip ‘Umdat al-Muhtajin ila Suluk Maslak al-Mufradin. Prosiding Kolokium Siswazah Institut Alam dan Tamadun Melayu. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia: Hlm. 177-183.

Fairuzah Basri, Salmah Ahmad & Mohd Syukri Yeoh Abdullah. 2012. Penerapan budaya beragama di kalangan masyarakat Melayu Abad ke 17 M: Kajian berasas manuskrip ‘Umdat al-Muhtajin. Prosiding Seminar Antarabangsa Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu, hlm. 638-646.

Hashim Awang, Othman Puteh, Ramli Isnin & Sahlan Mohd Saman. 1985. Mendekati Kesusteraan Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Hamka. 1961. Sejarah Umat Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Hamka. 1974. Antara Fakta dan Khayal “Tuanku Rao”. Jakarta: Penerbit Bulan Bintang.

Hurgronje, C. S. 1906. The Achehnese. Translated by A.W.S. O’Sullivan. Vol. 2. Leyden: E. J. Brill.

Ibn Batutah. 2004. Pengembaraan Ibn Batutah. Terj. Syed Nurul Akla Syed Abdullah & Adi Setia Mohd Dom. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam.

I Nyoman Weda Kusuma. 2007. Geguritan Nabi Muhammad: Cermin akulturasi budaya Hindu-Islam di Bali. SARI 25: 119-127.

Ishak Saat. 2007. Ilmu Sejarah dan Persejarahan. Shah Alam: Karisma Publication.

Kamus Dewan. 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

al-Marbawi, Idris Abdul Rauf. 1930M/1350H. Kamus Idris alMarbawi. Mesir: Matba’ah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuhu.

Mohammad Said. 1981. Aceh Sepanjang Abad. Medan. Tanpa Penerbit.

Mohd Syukri Yeoh Abdullah. 2009. Zawiyah Shaykhkuala: Pusat Penyebaran Islam di Alam Melayu abad ke 17 Masihi. SARI 27 (2): 87-118.

Mohd Taufik ArRidzo. 2007. Kaedah Ruwah: Memperkasa Disiplin Filologi Melayu. Jurnal Filologi Melayu 15: 45-68.

Muammar Ghadafi Hanafiah. 2009. Kitab ‘Umdat al-Muhtajin ila Suluk Maslak al-Mufradin: Satu pengenalan intisari.

Dlm. Mohd Syukri Yeoh Abdullah, Salmah Ahmad & Mohammad Fadzeli Jaafar (pnyt.). Panduan Individu Menuju Allah: Mesej‘Umdat al-Muhtajin ila Suluk Maslak al-Mufridin: 101-135. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Abduh. 1972. Risalah Tauhid. Terj. H. Firdaus A.N. Cet. 4. Jakarta: Bulan Bintang.

Najat al-Marini 2006. Tahqiq al-Nusus al-Thurath: al-Tasawwur wa al-Waqi’. Ribat, Maghribi: Universiti Muhammad Agamis. Oxford Fajar. 2000. Terj. Asmah Hj. Omar. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Panuti Sudjiman. 1995. Filologi Melayu. Jakarta: PT Dunia Pustaka Jaya.

Salmah Hj. Ahmad. 2009. Ciri-ciri linguistik dalam manuskrip ‘Umdat al-Muhtajin. Dlm. Mohd Syukri Yeoh Abdullah, Salmah Ahmad & Mohammad Fadzeli Jaafar (pnyt.). Panduan Individu Menuju Allah: Mesej ‘Umdat alMuhtajin ila Suluk Maslak al-Mufridin. Hlm. 157-182. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Hawa Mohd Salleh. 1997. Ilmu filologi Melayu dan cabarancabarannya pada Abad ke Dua Puluh. Dlm. Mana Sikana (Pngr.). Teori Sastera dan Budaya Dalam Kajian Akademik. Bangi: Jabatan Persuratan Melayu, Fakulti Sains Kemanusiaan & Kemasyarakatan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Hawa Mohd Salleh. 2001. Kesusteraan Melayu tradisional dalam persada pendekatan/teori sastera moden. Kertas kerja Persidangan Serantau Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu.

Siti Hawa Mohd Salleh. 2009a. Pujangga istana: Karyawan tidak bernama tradisi penulisan kesusteraan Melayu tradisional. Dlm. Kelopak Pemikiran Sastera Melayu, hlm. 129-145. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Hawa Mohd Salleh. 2009b. Wacana filologi: Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Dlm. Kelopak Pemikiran Sastera Melayu, hlm. 217-253. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Hawa Mohd Salleh. 2009c. Alat tulis-menulis tradisi penulisan Melayu tradisional. Dlm. Kelopak Pemikiran Sastera Melayu, hlm. 210-216. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Mariani S.M. Omar. 2002. Manuskrip Melayu: Satu pengenalan. Dlm. Warisan Manuskrip Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Syamsul Bahri Andi Galigo. 2009. Membina jati diri pendakwah dari perspektif ‘Umdat al-Muhtajin. Dlm. Mohd Syukri Yeoh Abdullah, Salmah Ahmad & Mohammad Fadzeli Jaafar (pnyt.). Panduan Individu Menuju Allah: Mesej ‘Umdat al-Muhtajin ila Suluk Maslak al-Mufridin, hlm. 183-202. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

al-Qushayri, Abu al-Qasim al-Qushayri al-Naisaburi. 2003/1423H. al-Risalah al-Qushayriyah fi ‘Ilm al-Tasawwuf. Tahkik Dr. Abdul Halim. Beirut, Damsyiq: Dar al-Khayr.

Voorheve, P. 1981. Bayan Tajalli. (terj). Banda Aceh: Pusat Dokumentasi & Penyelidikan.

William & Rhoda Cahn. 1973. The Story of Writing. Folkestone: Bailey Brothers & Swinfen Ltd.

www.pnm.gov.my/manuskripmelayu


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia