Pelan Tindakan Strategik Pengantarabangsaan Bahasa Melayu (Strategic Action Plan in Internalisation of Bahasa Melayu)

PROF. DATUK SERI DR. AWANG Sariyan

Abstract


PENDAHULUAN: Perihal taraf, kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia atau bahasa antarabangsa memang telah menjadi fakta dalam sejarah perkembangan dan kebangkitan tamadun Melayu, sejak zaman Sriwijaya pada abad ketujuh Masihi dan memuncak pada zaman Kesultanan Melayu, dalam tempoh beberapa ratus tahun. Namun demikian, dengan kesan penjajahan yang memadamkan sebahagian kegemilangan bahasa Melayu, upaya menggemilangkan semula bahasa Melayu sebagai bahasa dunia memerlukan perancangan yang rapi dan berkesan, meskipun memerlukan tempoh yang panjang dan beransur-ansur. Pada masa ini, bahasa Melayu belum sampai pada tahap bahasa antarabangsa yang dominan sebagaimana halnya dengan bahasa Inggeris yang telah menjadi bahasa ibunda atau bahasa pertama lebih 45 peratus penduduk 10 buah negara di dunia seperti United Kingdom, Ireland, Australia, New Zealand, Barbados, Jamaica, Trinidad, Amerika Syarikat, Kanada dan Guyana (Fishman et al. 1977), menjadi bahasa rasmi atau bahasa kedua di Botswana, Cameroon, Fiji, Gambia, Ghana, India, Lesotho, Liberia, Malawai, Malta, Mauritius, Namibia, Nauru, Nigeria, Filipina, Zimbabwe, Sierra Leone, Singapura, Afrika Selatan, Swaziland, Tanzania, Tonga, Uganda, Saomoa Barat dan Zambia (Richards 1991). Namun bahasa Melayu mempunyai kedudukannya sendiri dalam perkembangan bahasabahasa utama dunia sehingga memang ada keperluan pengajarannya kepada penutur asing meskipun tidak seluas keperluan pengajaran bahasa Inggeris. Fakta mutakhir yang cukup memberangsangkan ialah pernyataan tentang perkembangan dan potensi bahasa Melayu sebagai bahasa dunia yang dominan, antaranya seperti pernyataan David Graddol, Pengarah The English Company (UK) Ltd dalam jurnal The Future of Language (27 Februari 2004) bahawa bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang amat pesat berkembang. Atas dasar adanya keperluan bahasa Melayu diajarkan kepada penutur asing itu, perlu ada perencanaan yang rapi untuk memenuhi keperluan tersebut.


Full Text:

PDF

References


Abdullah Hassan, 1998. “Dialek Melayu Supra untuk Melangsungkan Bangsa Melayu”. Kertas kerja Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1998. Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1988. The Oldest Known Malay Manuscript Aqaid al-Nasafi. Kuala Lumpur: University Malaya Press.

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1972. Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 2001. Risalah untuk Kaum Muslimin. Kuala Lumpur: Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC).

Asmah Haji Omar. 2003. “Pengajaran Bahasa Melayu kepada Penutur Asing: Kaedah dan Prinsip” dlm. Atiah Hj. Mohd. Salleh dan Ramlah Muhammad. Pengajaran Bahasa Melayu untuk Penutur Asing. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. 1995. “Pengantarabangsaan Bahasa Melayu melalui Institusi Pendidikan Tinggi: Pengalaman UIAM”. Kertas kerja Kongres Bahasa Melayu Sedunia, Dewan Bahasa dan Pustaka, 21 –25 Ogos 1995.

Awang Sariyan. 2002. “Bahasa Melayu sebagai Wahana Pemersatuan dan Pemerkasaannya di Persada Antarabangsa”. Kolokium Bahasa dan Budaya Melayu, Universiti Frankfurt, Jerman, 30 Oktober 2002.

Awang Sariyan. 2003. “Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia: Perbedaan dalam Kesatuan (Bicara Awal Beberapa Aspek Kosa Katanya)”. Seminar Bahasa dan Persuratan Melayu, Universiti Melbourne, Australia dan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1-6 Disember 2003.

Awang Sariyan. 2004. Malay on the ascendancy, The Star, 2 Mei.

Awang Sariyan. 2004. Bahasa Melayu mekar di benua Australia. Klik DBP, Berita Harian, 15 Disember.

Awang Sariyan. 2006a. Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di Malaysia. (Siri Lestari Bahasa). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. 2006b. Hakikat Bahasa dan Realisasi Fungsinya dalam Pembinaan dan Penakatan Tamadun. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Awang Sariyan. 2006c. Bahasa Melayu Setengah Abad Lalu dan Setengah Abad Mendatang: Upaya Pemerkasaannya. Kertas kerja Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-7, 6 ‒ 8 November 2006.

Awang Sariyan. 2007. Keunggulan Bahasa, Persuratan dan Tamadun Melayu”. Ucap Utama Seminar Pasca-Kongres GAPENA, Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Penulis Pulau

Pinang, 27 Mac 2007.

Awang Sariya. 2008. Islam sebagai Teras Ilmu, Bahasa dan Budaya Melayu. Kertas kerja Seminar Angkatan Belia Islam Malaysia, 16 Ogos.

Awang Sariyan. 2009a. Mencari Makna Diri Melayu: Renungan untuk Bangsaku. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia.

Awang Sariyan. 2009b. “Menjalin Persefahaman Tamadun melalui Pengajian Melayu: Gagasan Pelan Tindakan”. Kertas Kerja Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Beijing 2009. Beijing Foreign Studies University, 31 Mei -3 Jun 2009.

Awang Sariyan. 2009c. Merealisasikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Dunia melalui Jaringan Kerjasama yang Terancang dan Berkesan. Kertas kerja undangan Seminar Bahasa Melayu Bahasa Dunia, Kerajaan Negeri Johor, Universiti Malaya dan Universiti Pendidikan Sultan Idris, 28 - 30 September 2009.

Awang Sariyan. 2009d. Senario Perkembangan Bahasa Melayu di Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa: Cabaran dan Harapan. Ceramah Umum JKTBM, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Raja Melewar Seremban, 17 Februari 2009.

Awang Sariyan. 2010. “Pengajian Melayu sebagai Gagasan” dlm. Pemikir, hlm. 145 – 177, April - Jun 2010.

Awang Sariyan. 2010. “Pelajar Asing Ejen Perluas Penggunaan Bahasa Melayu” dlm. Berita Harian, 8 Mac 2010.

Awang Sariyan. “Melaksanakan Idealisme dalam Pendidikan Bahasa Melayu Bhg. 1” dlm. Dewan Bahasa, Mei 2010.

Awang Sariyan. Melaksanakan Idealisme dalam Pendidikan Bahasa Melayu Bhg. dlm. Dewan Bahasa, Jun 2010.

Collins, J.T. 1995. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Antarabangsa: Antara Kenyataan dan Keraguan. Kongres Bahasa Melayu Sedunia, DBP, 21 – 25 Ogos 1995.

Collins, J. T. 1998. Malay, World Language A Short History. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, J.T. 1999. Wibawa Bahasa, Kepiawaian dan Kepelbagaian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Cooperation between Leiden, Frankfurt and Kuala Lumpur: An Intensive Course in Malaysian Malay. http://www.elnws.leidenuniv.nl/indes.php3?m=l&c=62

Farid M. Onn. 1989. Bahasa Melayu tinggi: Potensi dan realiti kerjasama kebahasaan negara-negara serantau. Dlm. Bahasa Melayu Baku Asas Pembinaan Tamadun, disunting oleh Asraf. Kuala Lumpur: Persatuan Linguistik Malaysia dan Sasbadi.

Fishman et al. 1977. The Spread of English. Rowley Mass.: Newbury House.

Hassan Ahmad. 1998. Gagasan MABBIM Menjadikan Bahasa Melayu - Bahasa Indonesia Bahasa ASEAN Menjelang Tahun 200 dlm. Prosiding Seminar Kebahasaan MABBIM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kertas Perancangan Program Kebahasaan 5 Tahun MABBIM Menghadapi Alaf Baharu 2000. Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hussein. 1995. Bahasa Melayu di Dunia Melayu. Syarahan Raja Ali Haji Ke-5, Persatuan Linguistik Malaysia.

Liang Liji. 1996. Hubungan Empayar Melaka – Dinasti Ming Abad Ke-15. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Laporan Sidang Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) Pertama, 21 – 23 Ogos 2000.

Nik Safiah Karim et al. 2003. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Othman Yatim. 2007. Epigrafi Islam Terawal di Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Richards, J.C. 1991. The Context of Language Teaching. Cambridge: Cambridge Language Teaching Library. Surat Prof. Dr. Guram Chikovani, Rektor Tbilisi Institute of Asia and Africa, Georgia kepada pemakalah (25 Oktober 2005).

St. Takdir Alisjahbana, 1977. Dari Perjuangan dan Pertumbuhan Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Moderen. Jakarta: PT Dian Rakyat. Wawancara dengan Abdul Razak Pandaemalae, Universiti Walailak, Wilayah Nakhon Si Thammarat, 2010.

Wu Zong Yu. 2009. “Kedegilan Memperjuangkan Bahasa Melayu di China”. Kertas kerja utama Persidangan Antarabangsa

Pengajian Melayu Beijing 2009. Beijing Foreing Studies University, 31 Mei ‒ 3 Jun 2009.

Zhao Yue Zhen. 2007. “Perkembangan Bahasa Melayu di China dan Impak Kesarjanaan China dalam Pengajian Melayu”. Tesis Sarjana Pengajian Melayu, Beijing Foreign Studies University.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia