Variasi Kata Ganti Nama Diri dalam Dialek Melayu, Rompin, Pahang: Analisis Geolinguistik (Lexical Variations of Pronouns in Malay Dialect, Rompin, Pahang: A Geo-linguistic Analysis)

JUNAIDI KASDAN, NUR AFIQAH AZMAY, ANIS SHAHIRA SHAMSURI

Abstract


ABSTRAK: Dialek Pahang dikatakan sebagai suatu dialek yang rencam dari aspek fonologi, morfologi dan juga penggunaannya. Walau bagaimanapun, kajian lalu hanya membincangkan perbezaan atau keunikan dialek yang digunakan, selain menjelaskan taburan persempadanan dialek mengikut kawasan melalui peta lakaran berdasarkan kaedah impresionistik. Justeru, dengan memberikan tumpuan kepada kata ganti nama (KGN) yang digunakan di daerah Rompin, Pahang, kajian ini bertujuan mengenal pasti varian KGN dialek Melayu Rompin, sekali gus menghasilkan peta koroplet varian KGN di daerah Rompin. Kajian ini dilaksanakan di 15 buah kampung di Rompin dan melibatkan 140 orang responden yang terdiri daripada remaja (15 – 25 tahun), dewasa (26 – 55 tahun) dan warga tua (56 tahun ke atas). Data leksikal yang dikumpulkan melalui kajian lapangan ini dianalisis dengan bantuan Sistem Maklumat Geografi (GIS). Hasil dapatan menunjukkan bahawa taburan varian leksikal KGN di daerah Rompin dipengaruhi oleh faktor geografi, terutamanya aliran sungai yang mempunyai perkaitan dengan Laluan Penarikan, dan persempadanan; serta faktor sosioekonomi (sistem pendidikan dan kegiatan ekonomi). Peta koroplet yang dihasilkan merupakan peta sebenar yang dapat membantu menjelaskan taburan dialek dengan lebih tepat, sekali gus membuktikan bahawa kesemua varian yang digunakan sangat berkaitan dengan geografi dan sosioekonomi setempat. Kajian ini menjadi lebih menarik, sistematik dan meyakinkan kerana disokong dengan teknologi dan pendekatan multidisiplin. Justeru, hasil kajian ini dapat digunakan untuk tujuan perancangan bandar dan wilayah, terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan pelancongan domestik.

Kata kunci: Kata ganti nama (KGN); Sistem Maklumat Geografi (GIS); geolinguistik; dialek; bahasa

 

ABSTRACT: In terms of morphology and usage, the Pahang dialect is stated to be a complicated dialect. On the other hand, previous research has only examined the differences or uniqueness of the dialects utilised, as well as describing the distribution of dialect boundaries by region using sketch maps based on impressionistic techniques. Thus, by focusing on pronouns (KGN) used in Rompin, Pahang, this study intends to discover variants of pronouns in the Malay Rompin dialect and build a choropleth map of variant pronouns in the Malay Rompin dialect. This survey included 140 respondents from 15 Rompin communities, including teenagers (aged 15 to 25), adults (aged 26 to 55), and senior citizens (aged 56 and above). Field investigations were used to collect lexical data, which was then analysed using Geographic Information Systems (GIS). The data reveal that geography, specifically the river, which is associated with the Trans-Peninsula portage and territorial delimitation, as well as socioeconomic factors (education and economic activity), influence the distribution of pronoun lexical variants in the Rompin area. The choropleth map created is an accurate map that can assist in explaining the distribution of dialects more correctly, demonstrating that all varieties employed are incredibly relevant to local geography and socioeconomics. Furthermore, the study becomes more appealing, systematic, and compelling because it is supported by technology and a multidisciplinary approach. As a result, the findings of this study can be applied to urban and regional planning, particularly in topics such as domestic tourism.

Keywords: Pronouns; Geographic Information Systems (GIS); geo-linguistics; Malay dialect; language


Full Text:

PDF

References


Akhtar Hussain Sandhu & Maria Isabel Maldonado Garcia. 2015. Language and Dialect: Criteria and Historical Evidence. Grassroots 49(1): 203-217.

Asmah Haji Omar. 2015. Susur Galur Bahasa Melayu. (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chambers, J.K. & Trudgill, P. 1998. Dialectology. (Second ed). Cambridge: Cambridge University Press.

Collins, J. T. 1983. Dialek Pahang: Rangka Pengenalan. Jurnal Dewan Bahasa 27: 7-29, 99-118.

Collins, J. T. 1989. Malay Dialect Research in Malaysia: The Issue of perspective. Bijdragen Tot De Taal-, Land- En Volkenkunde 145(2/3): 235-264.

Ivic, P. & Crystal, David. 2014. Dialect. EncyclopediaBritannica. https://www.britannica.com/topic/dialect [31 Disember 2020].

Junaini Kasdan, Nor Hashimah Jalaluddin, Harishon Radzi, Ahmad Khairul Ashraaf Saari. 2019. Varian Deiksis Sosial Dalam Dialek Melayu Pekan, Pahang: Analisis Geolinguistik dalam Seminar Linguistik Kebangsaan 2019 anjuran Persatuan Linguistik Malaysia.

Majlis Daerah Rompin. 2020. Sejarah Asal Usul Daerah Rompin. http://mdrompin.gov.my/ms/mdr/ pusatmedia/berita/sejarah-asal-usul-daerah-rompin [diakses pada 23 Oktober 2020].

Marlyna Maros. 2009. Dialek Pekan: Penggunaan dan pengekalan. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Lingistik (SKALI09). Pusat Pengajian Bahasa & Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia, 10-11 Mac.

Maruwiah Ahmad. 2008. Kenali Negeri Kita Pahang Darul Makmur. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Mohd Tarmizi Hasrah, Rahim Aman & Shahidi A.H. 2010. Variasi Dialek Pahang: Keterpisahan Berasaskan Jaringan Sungai. Jurnal Melayu (5): 315-332.

Mohd Tarmizi Hasrah, Rahim Aman, & Shahidi A.H. 2011. Sketsa Dialek Melayu Pahang. Jurnal Linguistik 12(Mac): 1-17.

Mohd Tarmizi Hasrah. 2018. Dialek Melayu Hulu dan Hilir di Timur Semenanjung Malaysia. Jurnal Bahasa 18(1): 65-102.

Mohd Tarmizi Hastah, Shahidi A.H., & Rahim Aman. 2013. Inovasi dan Retensi dalam Dialek Hulu Tembeling. Journal of Language Studies 13(3): 211-222.

Muhammad Afiq Omar, Zuliskandar Ramli, Adnan Jusoh, Yunus Sauman, Muhamad Shafiq Mohd Ali, Muhammad Termizi Hasni, Muhd Helmi Muhd Mukhtar & Mohd Rohaizat Abd Wahab. 2016. Survey Arkeologi di Gunung Baling. Jurnal Arkeologi Malaysia 33(1): 27-40.

Noor Shahirah Mohd Rodzi & Sharifah Raihan Syed Jaafar. 2018. Kajian Fonologi kesalahan bunyi dalam bahasa kanak-kanak. e-Bangi 13(2): 178-188.

Nor Hashimah Jalaluddin, Maizatul Hafizah Abdul Halim, Harishon Radzi, & Junaini Kasdan. 2017. Penyebaran dialek Melayu di Langkawi: Analisis Geolinguistik. Journal of Language Studies 17(4): 159-178.

Nor Hashimah Jalaluddin, Norlisafina Sanit, Zaharani Ahmad, Harishon Radzi. 2016. Variasi kata ganti nama dialek di Pesisir Sungai Perak: Analisis Geographical Information System (GIS). Journal of Language Studies 16(1): 109-123.

Nor Hashimah Jalaluddin, Siti Noraini Hamzah, & Harishon Radzi. 2020. Dialektologi dan GIS. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nor Hashimah Jalaluddin. 2018. Dialek Melayu di Perak: Analisis Geolinguistik. International Journal of the Malay World and Civilisation 6(2):69-82.

Pejabat Daerah Tanah Rompin. 2019. Daerah dalam Rompin. http://pdtrompin.pahang.gov.my/ infodaerah/mpkk-daerah [diakses pada 23 Mac 2020].

Portal Diraja Pahang. 2016. Peta Daerah Rompin. http://www.dirajapahang.my/portaldiraja/?page_id=485 [diakses pada 11 Oktober 2019].

Preethevan Ramu, Zuliskandar Ramli, Shamsuddin Ahmad, Mohamad Nazim Abdul Gaman, Asrul Effendi Kamaruzzaman & Muhammad Zaki Razani. 2020. Laluan penarikan Jempol, Negeri Sembilan berdasarkan sumber bertulis. Jurnal Arkeologi Malaysia 33(1): 27-40.

Siti Noraini Hamzah, Nor Hashimah Jalauddin & Zaharani Ahmad. 2014. Variasi dialek Melayu di Perak Utara: Analisis geolinguistik. Jurnal Linguistik 18(2): 30-46.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia