Laras Bahasa dalam Wacana Infografik Penularan Virus Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Instagram Berita Harian (Language Register in the Graphic Info Discourse of the Transmission of the Covid-19 Virus by the Malaysian Ministry of Health through Berita Harian’s Instagram)
Abstract
ABSTRAK: Laras bahasa merupakan satu bidang linguistik yang mengkaji hubung kait antara bahasa dan masyarakat. Masyarakat bahasa tidak dapat dipisahkan dengan bahasa yang dijadikan medium dalam seharian. Penularan virus Covid-19 juga merupakan satu situasi yang amat berkait rapat dengan masyarakat sekeliling. Bahkan virus ini telah menjadi isu dunia kerana telah meragut banyak nyawa. Makalah ini akan membincangkan penggunaan laras bahasa dalam infografik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha mencegah penularan virus ini. Medium bahasa sebagai wadah penyampaian amat penting dalam memupuk kesedaran dan pemahaman bersama. Oleh itu, kajian linguistik berkenaan infografik ini sangat berguna bagi mewujudkan kefahaman dalam kalangan masyarakat bahasa akan bahaya virus Covid-19. Bagi menjelaskan laras bahasa yang dipaparkan menerusi Instagram Berita Harian, kajian ini akan memanfaatkan pendekatan Halliday (1978). Halliday telah menyenaraikan tiga konsep, iaitu field, mode dan tenor bagi tujuan menjelaskan keperluan sesebuah teks yang akhirnya mencerminkan laras yang digunakan. Justeru itu, kajian ini akan mengenal pasti dan membincangkan konsep laras bahasa dengan pengaplikasian pendekatan oleh Halliday (1978) dan pada masa yang sama turut menyentuh aspek wacana yang berkaitan dengan infografik menerusi Instagram Berita Harian. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa field, mode dan tenor terkandung dalam wacana infografik Covid-19 yang dipaparkan menerusi Instagram Berita Harian. Ketiga-tiga komponen ini amat penting dalam penyampaian sesebuah wacana yang bersifat informasi kepada pengguna laman Instagram. Kajian ini memberi nilai tambah pada kajian laras bahasa dan juga kajian berkenaan wacana infografik Covid-19 menerusi Instagram.
Kata kunci: Laras bahasa; Covid-19; Berita Harian; wacana; Instagram
ABSTRACT: Linguage register is a linguistic field that examines the relationship between language and society. The language community cannot be separated from the language that is the medium of everyday life. The transmission of the Covid-19 virus is also a situation that is closely linked to the surrounding community. Even this virus has become a global issue as it has taken many lives. This study will discuss the use of language adjustments in the graphic info by the Ministry of Health to prevent the spread of the virus. The medium of language is essential in fostering mutual awareness and understanding. Therefore, the linguistic study of this graphic info is very useful in establishing an understanding among the language community of the dangers of the Covid-19 virus. To explain the language register via Instagram Berita Harian, this study will apply Halliday’s (1978) approach. Halliday has listed three concepts, namely, field, mode and tenor for explaining the needs of a text that ultimately reflects the language register used. Thus, this study will identify and discuss the language register by applying the approach by Halliday (1978) and at the same time will be explained the discourse aspects related to the graphic info on Instagram Berita Harian. The results of this study show that field, mode and tenor are contained in the discourse of the Covid-19 infographic displayed through Berita Harian’s Instagram. These three components are very important in delivering an informational discourse to Instagram users. This study adds value to the language-adjusted study and the study regarding the Covid-19 infographic discourse through Instagram.
Keywords: Language register; Covid-19; Berita Harian; discourse; Instagram
Full Text:
PDFReferences
Ab Samad Kechot, Shahidi A. Hamid, Rahim Aman, Zuraidah Hassan & Daeng Haliza Daeng Jamal. 2012. Pendidikan warisan di muzium: Kajian berkaitan penggunaan laras bahasanya. Malaysia Journal of Spciety and Space: GEOGRAFIA Online 8(8): 35-46.
Abd Latif, M.A.N., Hadi, A.Z.S.A., Yusof, S. & Rahman, M.H.A. 2018. Al-Khabar language alphabet in two ways dialogue in Al-Qur’an. Malaysian Journal of Islamic Studies (MJIS) 2(1): 11-24.
Ayutiani, D.N. & Putri, B.P.S. 2018. Penggunaan akun instagram sebagai media informasi Wisata Kuliner. PRofesi Humas 3(1): 39-59.
Azorín, C. 2020. Beyond COVID-19 supernova. Is another education coming? Journal of Professional Capital and Community 5(3/4): 381-390.
Bai, Y., Yao, L., Wei, T., Tian, F., Jin, D.Y., Chen, L. & Wang, M. 2020. Presumed asymptomatic carrier transmission of COVID-19. Jama 323(14): 1406-1407
Ciotti, M., Ciccozzi, M., Terrinoni, A., Jiang, W.C., Wang, C.B. & Bernardini, S. 2020. The COVID-19 pandemic. Critical Reviews in Clinical Laboratory Sciences 57(6): 365-388.
Emma Mohamad & Wan Chooi Han. 2017. Komunikasi pemimpin pendapat dalam isu pembedahan plastik: Suatu analisis kandungan dalam instagram selebriti media sosial terpilih. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication 33(1): 261-279.
Ibrahim Abdullah. 2021. Ciri-Ciri kesesuaian tajuk komunikasi dalam pembangunan modul pengajaran Bahasa Arab: Suatu analisis laras bahasa komunikatif. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) 6(10): 108-121. Idris Aman. 2010. Analisis Wacana. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kencana, F.P. 2012. Karakteristik Laras Bahasa dalam Media Sosial Instagram. J. Diksatrasia 3(2): 91-110.
Liu, Y., Gayle, A.A., Wilder-Smith, A. & Rocklöv, J. 2020. The reproductive number of COVID-19 is higher compared to SARS coronavirus. Journal of Travel Medicine 2020: 1-4.
Nur Hidayu Nordin, Nur Syuhada Mohammad & Ahmad Marzuki Mohamad. 2019. Media sosial dan instagram menurut Islam Dlm. Prosiding Seminar Sains Teknologi dan Manusia 2019 (SSTM’19) pada 15hb, disunting oleh Jasmi, Kamarul Azmi, 277-296. Disember 2019 di DP3, N29, Fakulti Kejuteraan Kimia dan Tenaga, UTM. Program anjuran Akademi Tamadun Islam, FSSK, UTM.
Novel, C.P.E.R.E. 2020. The epidemiological characteristics of an outbreak of 2019 novel coronavirus diseases (COVID-19) in China. Zhonghua liu xing bing xue za zhi= Zhonghua liuxingbingxue zazhi 41(2): 145.
Nur Amirah Che Soh. 2021. Keutuhan wacana dalam infografik Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung pandemik Covid-19 menerusi Instagram Berita Harian. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication 37(2): 83-97.
Pan, F., Ye, T., Sun, P., Gui, S., Liang, B., Li, L. & Zheng, C. 2020. Time course of lung changes on chest CT during recovery from 2019 novel coronavirus (COVID-19) pneumonia. Radiology 295(3):715-721.
Parnasari, A.D. 2021. Karakteristik laras bahasa media sosial Facebook. Diksatrasia: Jurnal Ilmiah Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia 5(1): 79-85.
Sheldon, P. & Bryant, K. 2016. Instagram: Motives for its use and relationship to narcissism and contextual age. Computers in Human Behavior 58: 89-97.
Siti Nur Adibah Sabarudin & Aminnudin Saimon. 2021. Lakuan pertuturan dalam video infografik Covid-19. Jurnal Bahasa 21(2): 325-352.
Siti Nor Atikaf Salleh, Nurfarhana Shahira Rosly, Nabillah Bolhassan Asrul Azuan Mat Dehan. 2016. Keanekaragaman ciri laras bahasa kreatif (sastera) dalam penulisan novel Hujan Pagi. Jurnal Ilmi 1(1):11-28.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia