Analisis Formalistik dalam Kartun Politik Zunar (Formalistic Analysis in Zunar Political Cartoons)

NOORHAZALEN SAAD, HAMEDI MOHD ADNAN, AZAHAR HARUN, FAZLINA MOHD RAZDI

Abstract


ABSTRAK: Kartun dan politik sering menjadi isu yang sering dimainkan oleh kartunis bagi mengkritik pemimpin dan kerajaan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan visual dalam kartun politik yang dilukis oleh kartunis politik paling prolifik di Malaysia iaitu Zunar (Zulkiflee bin S.M. Anwar Haque). Tujuan utama kajian ini adalah untuk menganalisis bagaimana visual kartun politik Zunar menyebarkan mesej dalam lukisannya. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis elemen dan prinsipal seni dalam kartun politik Zunar menggunakan teori formalistik yang diperkenalkan oleh Ocvirk. Penyelidik menggunakan kaedah kualitatif yang berteraskan analisis kandungan. Kajian ini memfokuskan kepada buku kartun Zunar yang paling dominan, iaitu Pirate of Carry-BN yang mengandungi 120 halaman dengan jumlah panel sebanyak 132. Dua daripada 69 panel yang mengandungi imej karikatur Perdana Menteri Malaysia keenam Dato’ Sri Najib Razak dalam buku tersebut digunakan sebagai sampel kajian. Analisis formalistik menunjukkan aspek keseimbangan (balance), pergerakan (rhythm), nilai (value), ruang (space), pengulangan (repetition), tipografi, dan penekanan (emphasis) digunakan oleh Zunar dalam setiap karya kartun politiknya. Zunar menyampaikan mesej kepada pembaca dengan menggunakan visual kartun secara langsung agar pembaca faham mesej yang ingin disampaikan.

Kata kunci: Kartun politik; Zunar; formalistik; karikatur; Najib

 

ABSTRACT: Political cartoons are a frequent occurrence, with cartoonists using them to criticise leaders and governments. The purpose of this study is to examine the visual approach used in Zunar’s (Zulkiflee bin S.M. Anwar Haque) political cartoons, Malaysia’s most prolific political cartoonist. The primary objective of this study was to examine how Zunar’s visual political cartoons were used to spread his message. The purpose of this study was to examine the elements and principles of art in Zunar’s political cartoon through the lens of Ocvirks formalistic theory and concepts. The researchers used qualitative content analysis methods. This study, which focuses exclusively on the most popular Zunar cartoon book, Pirate of Carry-BN, contains 120 pages and 132 panels. Two of the book’s 69 panels featuring caricature images of Malaysia’s sixth Prime Minister (Dato’ Sri Najib Razak) were chosen as a research sample. Zunar’s political cartoon stints include formalistic analysis exhibits that incorporate balance, movement, rhythm, value, space, repetition, and typography. Zunar conveys his message to the reader through the use of live cartoons to assist the reader in comprehending the message he wishes to convey.

Keywords: Political cartoons; Zunar; formalistic; caricature; Najib


Full Text:

PDF

References


Ghazali, N., Yahya, M.A.H., Ahmad, A.A.H. & Zainon, F. 2018. Perpaduan: Analisis semiotik. International Journal of Education, Psychology and Counseling 3(11): 30-41.

Muliyadi Mahmood. 2015. Kartun dan Kartunis di Malaysia. Kuala Lumpur: Creative Enterprise Sdn. Bhd.

Muliyadi Mahamood. 1993. Mendekati Seni Lukis dan Seni Reka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ocvirk, O.G., Stinson, R.E., Wigg, P.R., Bone, R.O. & Clayton, D.L. 2009. Art Fundamentals Theory and Practice (11th ed.). Boston: McGraw-Hill Higher Education.

Ocvirk, O.G. 2001. Art Fundamentals: Theory and Practice. Boston: McGraw Hill.

Tate. FORMALISM. https://www.tate.org.uk/art/art-terms/f/formalism. (accessed 30 Nivember 2019).

Tjetjep Rohendi Rohidi. 2011. Metodologi Penelitian Seni. Semarang: Citra Prima Nusantara.

Panofsky, E. & Panofsky, G.S. 1955. Studies in Iconology. Colorado: Westview Press.

Pooke, G. & Whitman, G. 2010. Understand Art History. London: Hodder Headline.

Zakaria, A. 1989. Seni dan Seniman: Esei-Esei Seni Halus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

Zulkiflee Anwar Haque-Zunar. 2013. Pirates of Carry-BN. Kuala Lumpur: Ranuza Enterprise Sdn. Bhd.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia