Perubahan Makna Leksikal ‘Dedak’ di Media dalam Talian Sumbangan kepada Perkamusan Melayu (The Changes of the Lexical Meaning of the Word “Dedak” in the Online Media in its Contribution to the Malay Lexicography)

WAN ROBIAH HJ. MEOR OSMAN, CHONG SHIN

Abstract


ABSTRAK: Bahasa merupakan medium penting dalam menyampaikan hasrat, sentimen, gagasan dan cetusan pemikiran. Bahasa juga dijadikan alat utama oleh masyarakat dalam menyalurkan maklumat tersurat atau tersirat. Gaya komunikasi masyarakat dunia telah berubah seiring dengan perkembangan dunia rangkaian jalur lebar yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dalam talian termasuklah interaksi versi moden. Masyarakat kini lebih banyak meluangkan masa berinteraksi menggunakan platform teknologi maklumat. Perkembangan ini secara tidak langsung telah memberikan kesan kepada perubahan bahasa masyarakat. Oleh hal demikian, makalah ini meneliti perubahan makna kata ‘dedak’ dalam kedua-dua kamus yang dibandingkan iaitu Kamus R. O. Windstedt (1960) dan Kamus Dewan (2007) dengan melihat perubahan makna berasaskan masa. Sumber data kajian ini diperoleh daripada media sosial iaitu Facebook dan portal berita Malaysiakini dengan memanfaatkan Teori Tangan Ghaib oleh Keller (1994). Carian enjin google trends juga digunakan untuk melihat populariti kata ini digunakan oleh masyarakat. Hasil kajian mendapati bahawa makna kata dedak tidak mengalami perubahan makna yang ketara dalam kedua-dua kamus yang dibandingkan. Namun, menerusi penggunaan bahasa masyarakat dalam media dalam talian didapati kata dedak telah mengalami perubahan makna yang drastik kesan daripada ledakan situasi sosiopolitik negara. Justeru, perubahan makna ini merupakan salah satu sumbangan penting kepada perkembangan perkamusan Melayu.

Kata kunci: Perubahan makna; media dalam talian; perkamusan Melayu

 

ABSTRACT: Language is an important medium in conveying a sentiment, intentions and ideas. Furthermore, language is also used as a tool to convey implied and implicit information. With advance technology, the style of communication has also evolved. Today’s society has spent a lot of time communicating via an online platform which affected their language use. Therefore, this research analyzes the changes in meaning based on time of usage for the word ‘dedak’ in two dictionaries that are R. O. Windstedt dictionary (1960) and Kamus Dewan (2007). The data for this research is from Facebook and an online news portal Malaysiakini and the Invisible Hand Theory by Keller (1994) is also utilized. The search engine Google trends were used in order to see the popularity of the word use. The research findings show that the meaning of the word ’dedak’ did not portray the obvious change in both of the dictionaries. However, through the use of online media, drastic changes were presented in terms of its meaning due to the socio-political changes in the country. The changes imply that the meaning of a word is one of the important contributions in the development of Malay lexicography.

Keywords: Changes in meaning; online media; Malay lexicography


Full Text:

PDF

References


Facebook. https://www.facebook.com/kcdmalaysia/ (akses pada 10 Mei 2019).

https://www.facebook.com/search/top/?q=najib%20razak) (akses pada 13 Mei 2019).

Junaidi Awang Besar, Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali, Mohd Azlan Abdullah, Mazlan Ali & Ahmad Rizal Mohd Yusof. 2014. Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 di Malaysia: Suatu Analisis ‘Tsunami Politik Bandar’. GEOGRAFIA Online Malaysian Journal of Society and Space 10: 28-38.

Jun-E Tan & Zawawi Ibrahim. 2008. Blogging and Democratization in Malaysia. A New Civil Society in the Making. Selangor: Strategic Information and Research Development Centre.

Kamus Bahasa Melayu R. O. Windstedt. 1960. Singapore dan Kuala Lumpur: Marican & Sons.

Kamus Dewan Edisi Pertama. 1970. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat Cetakan Kedua. 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Keller, R. 1994. On Language Change: The Invisible Hand in Language. London and New York: Routledge.

Keller, R. 2006. Paths of Semantic Change. www.phil-fak.uniduesseldorf.de/rudi.keller

Khusnul Hanafi & Mohd. Helmi Abd. Rahim. 2017. Penggunaan Media Sosial dan Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Terbentuknya Gerakan Sosial oleh Pemimpin Pelajar Universiti di Bandar Pekan Baru, Riau, Indonesia. Journal of Social Sciences and Humanities 12(2): 087-101; 1823- 884x.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. 2002. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norhayati binti Mohd Salleh. 2008. Pilihan Raya Umum Ke-12 (Pru-12): “Tsunami” Politik Melayu? Malaysian Journal of History, Politics and Strategy (JEBAT) 35: 49-64.

Sara Chinnasamy. 2018. Media Sosial Mampu Pengaruhi Pengundi PRU-14. BH Online 28 Februari 2018. https:// www.bharian.com.my/rencana/muka10/2018/02/393862/ media-sosial-mampu-pengaruhi-pengundi pru-14 [18 Oktober 2018].

Siti Ezaleila Mustafa & Azizah Hamzah. 2011. Media Baharu Yang Baharu: Trend Penggunaan Jaringan Sosial dalam Kalangan Pengguna di Malaysia. Jurnal Pengajian Media Malaysia 13(2): 93-110.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia