Peranan Mitos dalam Masyarakat Orang Asli Kampung Peta, Endau, Mersing, Johor (The Roles of Myths in Orang Asli Community at Kampung Peta, Endau, Mersing, Johor)
Abstract
ABSTRAK: Mitos merupakan satu bentuk kepercayaan dalam sesebuah masyarakat yang terbentuk daripada kisah yang lahir secara semula jadi dalam pelbagai aspek penceritaan lisan sesebuah masyarakat seperti masyarakat Orang Asli. Mitos sering dianggap sebagai tidak penting dan diketepikan dalam kehidupan masyarakat moden pada hari ini. Namun jika diteliti, mitos dalam masyarakat Orang Asli mempunyai kaitan yang tersendiri dengan sains tabii. Kajian ini mengetengahkan peranan mitos dalam masyarakat suku Orang Asli Jakun, Kampung Peta, Mersing, Johor sebagai satu warisan dan medium penting dalam kehidupan mereka yang terkait dengan sains tabii sejak turun temurun. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, yang menggunakan kajian pustaka dan kajian lapangan bagi pengumpulan data mitos melalui kaedah temu bual bersemuka. Mitos yang didokumenkan kemudiannya dibahagikan kepada lima jenis iaitu [1] flora, [2] fauna, [3] serangga, [4] orang / dewa dan [5] tempat. Secara keseluruhan, sejumlah 101 mitos telah dapat didokumenkan dalam kajian ini. Mitos berkaitan flora, fauna dan serangga merupakan adalah antara yang paling banyak didokumenkan. Kajian ini juga mendapati bahawa mitos mempunyai peranan dalam kalangan masyarakat Orang Asli sebagai medium untuk mengikat kesetiaan, menjaga keselamatan dan memberi pendidikan tidak formal dalam masyarakat. Ia juga mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai produk pelancongan budaya bagi masyarakat Orang Asli. Justeru itu, kajian ini membuktikan bahawa mitos mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan budaya Orang Asli di Kampung Peta dan ia juga merupakan warisan yang perlu dilestarikan untuk generasi Orang Asli di masa hadapan.
Kata kunci: Mitos; Orang Asli; sains tabii; pendidikan
ABSTRACT: Myth is a form of belief in a community that is shaped by a story that is born naturally in various aspects of the oral history of a community such as the indigenous community. Myths are often considered as insignificant and dismissed in today’s society. However, the myths of Indigenous people actually have their own relation to natural science. This study, therefore, highlights the role of myths among the aboriginal tribe named Jakun at Kampung Peta, Mersing, Johor. They are selected as a tribe who believed to have an important legacy related to natural science since a number of generations. This study employs a qualitative approach, through face-to-face interviews. The documented myths are then divided into five types: [1] flora,[2] fauna, [3] insects, [4] people / gods and [5] places. In total, a total of 101 myths have been documented in this study. The myths categorised as flora, fauna and insects are among the most documented. The study also found that myths play a significant role as a medium for binding loyalty, maintaining security and providing informal education in society. It also has the potential to be a cultural tourism product for indigenous peoples. Thus, this study proves that myths play an important role in shaping Indigenous culture in Kampung Peta and that it is also a legacy that must be preserved for future generations.
Keywords: Myth; Indigenous people; natural science; education
Full Text:
PDFReferences
Anyanwu K.1987. The Idea of Art in African Thought. Contemporary Philosophy. A New Survey (Ed.). Floistad EG. Dordrecht. Martins Nyhoff Pub.
Charles Clarke. 2002. A Guide to The Pitcher Plant of Peninsular Malaysia. Kota Kinabalu: Natural History Publications (Borneo).
Eliade M. 1998. Myth and Reality. New York and Evanston: Translated from the French by Willard R. Trask.
Harun, R., Wai, Y.H., Othman, F., Yusoff, M.K. & Ramli, M.F. 2011. Kepelbagaian Biologi dan Nilai Hutan untuk Kelangsungan Hidup Orang Asli. Kajian Kes di Taman Negara Royal Belum, dalam Rahim A.R.A., Koh, H.L, Abdullah, M., Latiff, A. (Ed). Taman Negara Diraja Belum, Perak. Pengurusan Hutan, Persekitaran Fizikal, Kepelbagaian Biologi dan Sosio-ekonomi. Kuala Lumpur: Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
Hassan F., Isa H. M. 2014. Mitos dan Legenda sebagai Produk Pelancongan di Malaysia: Kajian kes Lembah Lenggong. Malaysian Journal of Society and Space 10(5): 168-179.
Jai dan Maryati. 2018. Serangga dan mitos suku kaum Jakun, Kampung Peta, Mersing Johor. Serangga 23(1): 1-11.
Jaja J. 2012. Myths in African concept of reality. International Journal of Educational Administration and Policy Studies 6(2): 9-14.
Juli Edo. 2010. Warisan-Warisan Orang Asli yang Terancam. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Kamus Dwibahasa. 1999. Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Masriyah S. 2014. Perubahan Cara Pandang Masyarakat Terhadap Mitos dalam Tradisi Bersih Makam Ki Hajar Welaran di Gunung Paras Desa Karangsambung Kecamatan Karangsambung Kabupaten Kebumen. Universitas Muhammadiyah Purworejo. Jurnal Program Studi Pendidikan Bahasa dan Sastra Jawa 5(5): 73-78.
Munandar A. 2012. Mitos dan peradaban bangsa. Prosiding The 4th International Conference on Indonesian Studies: Unity, Diversity and Future, 9-10 Februari 2012, Bali, Indonesia. (3-23).
Rani R. 2015. Introduction of various Modern Theories of Myth. International Journal of English Language, Literature in Humanities 3 (2): 439-444. Diakses pada 29 Januari 2019, http://www.ijellh.com/OJS/index.php/OJS/article/view/371.
Strauss C. L. 1995. Myth and Meaning. New York: Schocken Book.
Susanti S. 1998. LIPI – Seri Panduan Lapangan Mengenali Capung. Puslitbang Biologi – LIPI, DEF – Biodiversity Collections Project.
Uniawati. 2011. Mitos dan Aktivitas Melaut Masyarakat Bajo di Buton. Jurnal Pendidikan dan Kebudayaan 20(4): 568-578.
Vignoli. T. 2006. Myth and Science an Essay. London Kegan Paul: Trench and CO.
Zakaria N. 2012. Unsur Tipainduk dan Mitos dalam Teks Pilihan. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Zakaria N., Mahiyyadin R., Baharudi. S. 2015. Cerita Mitos dalam Dua Dunia. Tanjong Malim. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
RESPONDEN
Adnan bin Timpil. 46 tahun. Kerja sendiri. 19 Ogos 2017.
Atan bin Jala. 57 tahun. Penoreh getah. Temu bual. 18 Ogos 2017.
Ameng bin Akab. 61 tahun. Penoreh getah. Temu bual. 9 Ogos 2017.
Awang bin Kudi. 61 tahun. Kerja sendiri. Temu bual. 18 Ogos 2017.
Azizah bt Hussien. 47 tahun. Perbadanan Taman Negara Johor. 22 Jun 2017.
Azman bin Nyeluang. 39 tahun. Kerja sendiri. 25 Ogos 2017.
Dido bte Lanau. 69 tahun. Ibu tunggal. Temu bual. 14 Ogos 2017.
Harun bin Sirak. 64 tahun. Kerja sendiri. Temu bual. 21 Jun 2017.
Jefri Bin Johari. 50 tahun. Penoreh getah. Temu bual 10 Ogos 2018.
Jelang binti Lemon. 56 tahun. Penoreh getah. Temu bual 9 Ogos 2017.
Johari bin Ah Heng. 49 tahun. Kerja sendiri. Temubual. 27 Ogos 2017.
Kamal bin Kimon. 57 tahun. Kerja sendiri. Temu bual. 20 Jun 2017.
Kechek bt Chuka. 58 tahun. Ibu tunggal. Temu bual. 25 Ogos 2017.
Linggi bin Tekosa. 59 tahun. Penoreh getah. Temu bual 26 Jun 2017.
Moi binti Kudi. 68 tahun. Ibu tunggal. Temu bual. 27 Ogos 2017.
Nari a/p Mahadi. 47 tahun. Kerja sendiri. Temu bual. 12 Ogos 2017.
Nur Atirah binti Abdullah. 43 tahun. Kerja sendiri. Temubual. 22 March 2018.
Pawan binti Sidek. 51 tahun. Penoreh getah. Temu bual. 18 Ogos 2017.
Petai binti Akar. 57 tahun. Kerja sendiri. Temu bual. 18 Ogos 2017.
Putu bin Chehok. 55 tahun. Pengerusi Batin. Temu bual. 16 Oktober 2017.
Rahim bin Kantan. 51 tahun. Pekerjaan Pemandu Bot Pelancongan. Temu bual 29 Ogos 2017.
Rempuyan bin Kantan. 58 tahun. Batin Kampung Peta. Temu bual 29 Ogos 2017.
Resnah binti Jala. 47 tahun. Perbadanan Taman Negara Endau Rompin Peta. Temu bual 22 March 2018.
Sabri bin Jepok. 45 tahun. Perbadanan Taman Negara Johor. Temubual. 24 Jun 2017.
Sekio binti Lanau. 59 tahun. Suri rumah. Temu bual. 21 Jun 2017.
Seman bin Lemon. 49 tahun. Kerja sendiri. Temubual. 26 Jun 2017.
Senam binti Mat. 68 tahun. Ibu tunggal. Temu bual. 15 Oktober 2017.
Seni binti Kantan. 46 tahun. Suri rumah. 18 Ogos 2017.
Soh bin Sembong. 78 tahun. Tiada pekerjaan. 1 Ogos 2017.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia