Kebangkitan Islam di Malaysia Sebelum Kemerdekaan (The Rise of Islam in Malaysia Before Independence)

ISHAK SAAT, KHAIRI ARIFFIN

Abstract


ABSTRAK: Kemunculan Islam di Tanah Melayu adalah hasil usaha para pendakwah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Arab, Cina dan juga India. Mereka membawa Islam dan menyebarkannya di alam Melayu. Namun setelah orang Melayu menerima Islam, kebangkitan Islam dilihat terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dek kerana pegangan orang Melayu terhadap Islam yang longgar. Kelonggaran ini merujuk kepada sifat atau kefahaman selapis yang hanya tertumpu kepada ritual semata-mata seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja. Berdasarkan kepada sumber primer dan sekunder, makalah ini bermatlamat mengungkap sejarah kebangkitan Islam di Malaysia sebelum merdeka. Era sebelum merdeka memperlihatkan amalan Islam yang terikat secara tradisi dalam lingkaran adat budaya Melayu. Kajian menunjukkan bahawa kebangkitan Islam pada awal abad ke-20 banyak menimbulkan konflik secara terang-terangan antara pendakwah yang digelar Kaum Muda dengan Kaum Tua. Konflik ini melibatkan fahaman dan pendekatan dakwah antara golongan konservatif dengan golongan reformis Islam. Walaupun dewasa ini penggolongan orang Melayu dalam kategori ini sudah tidak lagi berlaku, tetapi fahaman Islam sebagai agama ritual semakin menebal dalam kalangan sesetengah orang Melayu. Selain itu, kajian ini turut mendapati bahawa golongan ini turut berkonflik disebabkan wujudnya segolongan orang Melayu yang ingin menegakkan Islam sebagai agama yang memerintah dan bukan sebagai agama yang diperintah. Kaum Muda percaya Islam merupakan satu cara hidup yang merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial. Malah berusaha untuk memastikan Islam sebagai agama yang dominan dalam kehidupan.

Kata kunci: British; Burhanuddin Al Helmy; Hizbul Muslimin; Kaum Muda; Kaum Tua

 

ABSTRACT: Islam was established in Malaya as a consequence of the efforts of preachers of various races, including Arabs, Chinese, and Indians. They brought Islam to the Malay world and propagated it worldwide. However, once the Malays accepted Islam, the spread of Islam was believed to confront various barriers as a result of the Malays’ tenuous hold on Islam. This relaxation refers to the character or comprehension of a phase that is solely concerned with religious practises like as prayer, fasting, zakat, and hajj. This study will examine the emergence of Islam in Malaysia before to independence using primary and secondary sources. Pre-independence Malaysia demonstrated Islamic practises that were typically connected to Malay cultural customs. According to studies, the development of Islam in the early twentieth century resulted in several outbursts between the preachers dubbed the Young and the Old. This disagreement centres on the way conservatives and Islamic reformists view and approach da’wah. Although the Malays are no longer attached with the classification of this religious group, some Malays are gaining a more nuanced understanding of Islam as a ritual religion. Additionally, this study discovered that this group is divided due to the existence of a section of Malays that wish to maintain Islam as the ruling religion, rather than the ruled religion. Islam, according to young people, is a way of life that encompasses political, economic, and social dimensions. Even if it means ensuring Islam is the world’s dominant religion.

Keywords: British; Burhanuddin Al Helmy; Hizbul Muslimin; Youth; The Elders


Full Text:

PDF

References


Abdul Muta’al Al-Jabari.1987. Zaman Penyiksaan Penjara dan Tali gantung. Terj. Syeikh Fakharuddin Muhammad Taha. Kuala Lumpur: GG Edar.

Abdul Rahman Abdullah.1998. Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al Syeikh Sa’id Hawwa.1985. Jundullah, Jihad Fi Sabilillah (Jihad Pada Jalan Allah). Terj. Md. Akhir Yaacob. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar.

Auni Abdullah.1991. Islam Dalam Sejarah Politik dan Pemerintahan Alam Melayu. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Awang Had Salleh.1977. Institusi Pondok di Malaysia, dlm. Zainal Kling (peny.), Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Burhanuddin Al Helmy.1956. Teks Ucapan Dasar (versi Bahasa Inggeris), Mesyuarat Agong Tahunan ke-5, Kuala Lumpur: Pejabat PAS Pusat.

Burhanuddin Al Helmy.1946. Perjuangan Kita. Singapore: Parti Kebangsaan Melayu Malaya.

CO273/534. The Malayan Bulletin of Political Intteligence. December 1926.

CO537/3751/136798. Pan Islamic Movement.

CO537/3751/136798. Pattani Affiars.

CO537/6016. SECRET. Anti-British Propaganda Among Malay Pilgrimage at the Hejaz.

Fadhlullah Jamil.2000. Islam di Asia Barat Moden, Sejarah Penjajahan dan Pergolakan. Batu Caves: Thinkers Library.

Garis Panduan Khurafat dan Azimat. 1997. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Hairudin Harun. 2001. Kosmologi Melayu Dalam Era Teknologi Maklumat, Antara Akal Budi Melayu dengan Budaya Fakir Digital. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Hj. Ibrahim, Ismail Abd. Rahman dan Mat Aris Dollah. 1993. Syeikh Tahir Jalaluddin, dlm. Ismail Mat. (peny.). Ulama Silam Dalam Kenangan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mahayuddin Haji Yahaya. 2001. Islam di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maymon Arif. 1973. Kegiatan Politik Melayu Tahun 1930an, dlm. Jurnal Jebat. Bangi: Jabatan Sejarah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohammad Redzuan Othman. 2005. Islam dan Masyarakat Melayu, Peranan dan Pengaruh Timur Tengah. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia 1800-1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions.

Mohd. Zamberi A. Malek. 1994. Patani Dalam Tamadun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Abu Bakar. 1994. Potret Masa. Persaingan Ideologi dan Pemulihan Tradisi. Petaling Jaya: Gateway.

Muhammad Abu Bakar. 1997. Ulama Pondok dan Politik Kepartian di Malaysia 1945-1985. dlm. Norazit Selat (ed). Ekonomi dan Politik Melayu, Kuala Lumpur: Akademik Pengajian Melayu. Universiti Malaya.

Nabir Haji Abdullah. 1976. Maahad Il Ihya As-Sharif,Gunung Semanggol, 1934-1959. Bangi: Jabatan Sejarah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nik Anuar Nik Mahmud. 1999. Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siddiq Fadil. 1998. Minda Melayu. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar.

Syed Muhammad Naquib Al Attas. 1990. Islam dalam Sejarah Kebudayaan Melayu. Petaling Jaya: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Wan Mohd. Shaghir Abdullah. Syeikh Junid Thala, Ulama terkenal di Mandailing dan Perak. Utusan Malaysia bertarikh 4 September 2006.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia