Pengetahuan Murid Tingkatan Lima Sekolah Swasta terhadap Kerjaya dalam Bidang Bahasa Melayu (Knowledge of Malay Language-Related Careers among Form Five Students in Private Schools)

ZURAINI JUSOH, NORAZLINA MOHD KIRAM, ROZITA@RADHIAH SAID

Abstract


ABSTRAK: Kajian tinjauan ini telah dijalankan kepada 36 orang murid tingkatan lima di sebuah sekolah swasta di negeri Selangor. Sampel kajian terdiri daripada 17 (47.2%) murid lelaki dan 19 (52.8%) murid perempuan. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti pengetahuan murid tingkatan lima di sebuah sekolah swasta terhadap jenis dan skop kerjaya yang terkait dengan bidang bahasa Melayu. Bagi tujuan ini, satu set soal selidik dengan hanya bahagian soalan terbuka yang berfokus kepada pengetahuan pekerjaan telah diedarkan. Murid turut diberi peluang untuk menulis lebih daripada satu jenis pekerjaan dalam bidang bahasa Melayu yang mereka ketahui. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat 4 orang murid (11%) yang tidak mengetahui sebarang kerjaya terkait dengan bidang bahasa Melayu. Manakala hanya seorang murid dapat menyenaraikan enam jenis kerjaya terkait. Secara keseluruhannya, terdapat 18 jenis kerjaya telah dinyatakan oleh sampel kajian dan dapat dirumuskan bahawa murid yang dikaji ini kurang mengetahui skop kerjaya dalam bidang Bahasa Melayu. Selain itu, kajian turut menggambarkan minat yang rendah untuk menceburi kerjaya dalam bidang ini apabila sebanyak 12 (33.3%) menyatakan mereka tidak berminat menjadikan bidang bahasa Melayu sebagai pilihan kerjaya mereka.

Kata kunci: Bidang bahasa Melayu; pengetahuan kerjaya; sekolah swasta; jenis pekerjaan; potensi bidang bahasa Melayu

 

ABSTRACT: This survey was conducted among 36 students in form five at a private school in the state of Selangor. The study sampled 17 male students (47.2%) and 19 female students (52.8%). The primary objective of this study was to ascertain students in form five of a private school’s knowledge of the types and scope of careers available in the Malay language field. To accomplish this, a set of questionnaires was distributed with only an open-ended question section focusing on occupational knowledge. Additionally, pupils are given the opportunity to write multiple job descriptions in the field of the Malay language that they are familiar with. According to the study’s findings, four students (11%) were unaware of any career opportunities in the field of Malay language. While only one student can list six types of related careers, the study sample stated an average of 18 types of careers, indicating that the students studied are less aware of the breadth of careers available in the field of Malay language. To conclude, the study noted a lack of interest in pursuing a career in this field, with as many as 12 (33.3%) stating that they were not interested in pursuing a career in Malay language.

Keywords: Malay language; knowledge of career; private school; type of work; potential of Malay Language field


Full Text:

PDF

References


Azizul Haji Ismail dan Vijayaletchumy Subramaniam. 2017. Pengajian bahasa di luar negara. Dewan Bahasa. 22 Disember 2018. http://dwnbahasa.dbp.my/?p=1825

Kamus Dewan Edisi Empat. 2015. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kartini Abd Wahab, Sa’adiah Ma’alip, Maslida Yusuf dan Karim Harun. 2016. Kebitaraan program pengajian Bahasa Melayu: Persepsi dan harapan mahasiswa. Jurnal Melayu 15(2): 176-195.

Mohd. Helmi Ahmad. 2013. “Mencipta” kerjaya melalui Bahasa Melayu. Februari, Darihal Bahasa. Dewan Bahasa.

Mohd Izwan Mahmud, Sidek Mohd Noah, Jamaludin Ahmad dan Wan Marzuki Wan Ahmad. 2016. Modul kesediaan kerjaya berdasarkan teori Cognitive Information Processing (CIP). Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik 4(3): 59-75.

Mohd Rashid Hj. Md Idris. 2013. Memartabatkan bahasa Melayu melalui pendidikan dan mendepani cabaran globalisasi. Malaysian Journal of Youth Studies: 207-222.

Mohd Sahandri Gani Hamzah, Mohd Yusof Abdullah, Abdullah Raof Hussin, Saifudin Kumar Abdullah, Wong Kung Teck dan Shahril Ismail. 2018. Analisis pelaksanaan program memartabatkan bahasa Malaysia (MBM) sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Jurnal Kesidang 3:40-61.

Mohd Sani Ismail, Abdul Hakim Abdullah, Aman Daima Md Zain, Mohd Hasrul Shuhari dan Mohd Rahim Ariffin. 2018. Kematangan kerjaya pelajar: Implikasinya terhadap kaunseling kerjaya. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 18(1): 45-55.

Mohamad Sofee Razak. 2007. Potensi, Prospek Kerjaya Bahasa. 8 Jun 2017 http://mohamadsofee.blogspot.com/2007/12/ potensi-prospek-kerjaya-bahasa.html

Muhammad Hazrul Ismail. 2012. Kajian mengenai kebolehpasaran siswazah di Malaysia: tinjauan dari perspektif majikan. Prosiding PERKEM VII, 2. pp 906-913.

Noor Mohamad Shakil Hameed. 2016. Terus perkasakan bahasa Melayu. 8 Jun 2017. http://www.utusan.com.my/rencana/terus-perkasakan-bahasa-melayu-1.206875

Noor Izzaty Ibrahim, Muhamad Ariff Ibrahim dan Siti Fardaniah Abdul Aziz. 2017. Hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dengan pemilihan kerjaya dalam kalangan pelajar universiti. e-Bangi. Special Issue 3: 1-11.

Nor Hashimah Jalaluddin. 2015. Pelestarian dan perekayasaan Bahasa Melayu. Jurnal Linguistik 19(1): 1-13.

Nur Liyana Mohd Ibrahim, Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip dan Mohammad Nasir Bustamam. 2015. Terjemahan, kesahan, dan kebolehpercayaan Career Thoughts Inventory. Jurnal Sains Humanika 7(1): 31-41.

Salleh Abdul Rashid dan Shuhairimi Abdullah. 2015. Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di institusi pengajian tinggi: Satu analisis. Journal of Human Development and Communication 4:125-134.

Wan Ismail Wan Yusoh. 2013. Kebolehpasaran graduan berbahasa Melayu bergantung pada penguasaan Inggeris. 8 Jun 2017. http://www.ukm.my/news/arkib/tahun-2013/oktober-2013/kebolehpasaran-graduan-berbahasa-melayu-bergantungpada-penguasaan-inggeris-2/

Zool Hilmi Mohamed Ashari, Mohamad Sattar Rasul dan Norzaini Azman. 2014. Hubungan individu, persekitaran dan kebolehsesuaian terhadap pemilihan kerjaya pelajar sistem pensijilan kemahiran Malaysia (SPKM): Satu Analisis Kandungan. Jurnal Sains Humanika 2(1): 135-144.

Zulelawati Bujang dan Yusni Zaini Yusuf. 2015. Trait personaliti dan hubungan dengan prestasi akademik bakal guru di sebuah institusi latihan perguruan. Jurnal Bitara Edisi Khas (Psikologi Kaunseling) 8: 171-180.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia