Perlaksanaan Rancangan Bekalan Air Luar Bandar di Negeri Kedah, 1909-1957 (Implementation of Water Supply Projects in Rural State of Kedah, 1909-1957)

MOHD FIRDAUS ABDULLAH, ARBA'IYAH MOHD NOOR

Abstract


ABSTRAK: Isu perkembangan dan pembangunan sistem bekalan air domestik luar bandar dari tahun 1909 sehingga tahun 1957 mempunyai kepentingan tersendiri kepada British di negeri Kedah. British dilihat berusaha membangunkan sistem bekalan air bagi meningkatkan taraf kehidupan dan kesihatan para penduduk yang melibatkan diri dalam aktiviti penanaman padi dan pertanian di Kedah. Ini kerana golongan ini merupakan penyumbang ekonomi utama kepada British dalam tempoh yang dinyatakan. Maka dengan itu, makalah ini bermatlamat ingin melihat perkembangan kemudahan bekalan air domestik luar bandar di Kedah, 1909-1957. Penyelidikan ini akan mensintesis kepentingan perlaksanaan projek bekalan air di kawasan luar bandar di Kedah kepada British. Kemudian akan menganalisis perlaksanaan projek bekalan air di kawasan luar bandar di Kedah. Seterusnya akan meninjau keadaan kemudahan bekalan air di kawasan luar bandar di Kedah ketika penjajahan Jepun. Akhir sekali akan mengenal pasti tahap tumpuan British terhadap sistem bekalan air luar bandar di Kedah selepas perang dunia kedua sehingga kemerdekaan Tanah Melayu. Penyelidikan ini menggunakan bahan dan data daripada Arkib Negara Cawangan Kedah/Perlis, Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Perpustakaan Utama Universiti Malaya, Perpustakaan Za’ba Universiti Malaya, Perpustakaan Tun Sri Lanang Universiti Kebangsaan Malaysia dan Syarikat Air Darul Aman (SADA). Hasil kajian mendapati, British berjaya melaksana rancangan bekalan air domestik luar bandar di Kedah dalam tempoh yang dinyatakan. Meskipun pendekatan yang diamalkan oleh British hanya bertumpu kepada kawasan yang tinggi nilai ekonomi sahaja, namun pengenalan sistem bekalan air moden di Kedah dilihat telah mengubah kebergantungan para penduduk terhadap sumber bekalan air semula jadi kepada bekalan air yang lebih baik serta berkualiti.

Kata kunci: Isu pembangunan; bekalan air; domestik; British; Kedah; luar bandar; padi

 

ABSTRACT: The issues and development of rural domestic water supply system from 1909 until 1957 has presented vital significance with the British existence in Kedah. The British was perceived to develop the water supply system to improve the standard of living and health of the people who are involved in a paddy and farming activities in Kedah. This is because this group is a major economic contributor to the British during the specified period. Drawing to this matter, this paper thus aims to see the development of rural domestic water supply facilities in Kedah from 1909 until 1957. This research synthesizes the importance of water supply projects development in the rural areas of Kedah to the British. The research also analyses the implementation of water supply projects in the rural areas of Kedah. Apart from the British involvement, the research also presents the condition of water supply facilities in the rural areas of Kedah during the Japanese occupation. Materials and data were gathered from the National Archives of Kedah / Perlis, Arkib Negara Malaysia, Kedah Public Library, National Library, University of Malaya, Za’ba Library of University of Malaya, Tun Sri Lanang Library of Universiti Kebangsaan Malaysia and Air Darul Aman Company (SADA). The findings show that the British and Japan managed to implement rural domestic water supply plans in Kedah within the specified period. Although the British approach only focuses on the areas of high economic value, the development of modern water supply systems in Kedah is seen to successfully transformed the residents’ dependence on natural water supply sources to a better system and quality water supply.

Keyword: Development issue; water supply; domestic; British; Kedah; rural state; paddy


Full Text:

PDF

References


Ab. Latif bin Ibrahim. 1991. Tanaman Padi di Negeri Kedah dan Hubungannya dengan Sumber Air: Satu Tinjauan daripada Perspektif Sejarah. Kajian Malaysia 9(1): 53-67.

Abdul Halim Ramli. 2017. Pendebatan antara Kaum Mengenai Isu Kerakyatan Sebelum Merdeka. Jurnal Sejarah 18(18): 55-86.

Afifuddin Omar. 1990a. Perhubungan dan Penyertaan Rakyat dalam Program dan Projek Pertanian Kedah, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah KEDA, Kedah Regional Development Authority (KEDAH).

Afifuddin Omar.1990b. Regional Approach to Development The MADA Case, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah KEDA, Kedah Regional Development Authority.

Al-Tarikh Al-Salasilah Kedah.

Annual Report of British Advicer to The Kedah Government for The Year 1374 A.H. (20th June 1929).

Azhar Mad Aros. 2008. Sejarah Pendudukan Jepun Di Selangor 1941-1945. Malaysia Dari Segi Sejarah. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia.

Buyong Adil. 1980. Sejarah Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Cavandish. 1911. A Report of the Census of Population of Kedah and Perlis.

Hill R. D. 2012. Rice in Malaya, A Study in Malaysia, A Study in Historical. Singapore: NUS Press Singapore.

Ishak Saat. 2010. Caturan Politik Pelbagai Kaum di Tanah Melayu 1946-1957. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics, & Strategic Studies 37: 68-85.

Jabatan Kerja Air Kedah Utara dan Sejarah PKNK. 1992. Arkib Negara Malaysia Cawangan Kedah/Perlis.

Kedah Annual Report 1910.

Mohd Firdaus Abdullah, Arba’iyah Mohd Noor. 2017. Sejarah Perkembangan Bekalan Air Domestik di Negeri Kedah Sehingga Tahun 1957. Jurnal Sejarah 26(2): 24-37.

Mohd Firdaus Abdullah, Arba’iyah Mohd Noor. 2018. Situasi dan Isu Pembangunan Bekalan Air Domestik di Daerah Alor Setar, Kedah, 1957-1970. Purba: Jurnal Persatuan Muzium Malaysia 37: 253-273.

Mohd Firdaus Abdullah, Arba’iyah Mohd Noor 2018. Kerjasama Kedah dan Perlis dalam Pembangunan Sistem Bekalan Air Domestik di Negeri Perlis, 1969-1978. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies 45(1): 56-78.

Mohd Kasturi Nor Abd Aziz. 2011. Warisan Kesultanan Melayu: Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid dan Ekonomi Kedah. Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation 29(2): 45-66.

Mohd Shazwan Mokhtar, Muhammad Aslah Akmal Azmi & Mohd Samsudin. 2016. Pembangunan Perdagangan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu: Kajian Terhadap Rejim Neomerkantilisme, 1919-1923. e-Bangi 13(3): 64-82.

Moo Hooi Ping, Joseph Fernando. 2018. The Role of the Public Works Department in the Development and Administration of Waterwork in Kuala Lumpur. 1900-1941. Jurnal Sejarah 27(1): 26-42.

Muhammad Isa Othman. 2001. Pengalaman Kedah dan Perlis Zaman Penjajahan British. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Muhammad Isa Othman. 1992. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 (Tumpuan di Negeri Kedah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mr. J.S Boissier B. Sc. M.I.W.E. North Kedah Water Supplies 1936.

M. R. D. (D) 356/6, Rural Water Supplies-Kedah.

Nik Fuaad Nik Abllah, Bekalan Air. 1990. Pembentungan dan Pengairan. USM: Pulau Pinang.

Noor Ain Mat Noor, Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus. 2011. Kedah Pasca Perjanjian 1923: Kedudukan Orang Melayu Dalam Pentadbiran Kerajaan. Jurnal Sejarah 19: 153-176.

Omar.1986. Pembangunan Ekonomi Kaum Tani. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Parameswari Krishnan. 2014. Implikasi Pengambilan Todi dalam Kalangan Masyarakat India Ladang di Tanah Melayu, 1900-1957. Jurnal Sejarah 23(1): 45-71.

Penyata Perjalanan Dewan Negeri Kedah, Mesyuarat Yang Ketiga, Penggal Yang Kedua, 10-11 Disember 1960.

Public Work Department, 1945.

P.S.U (K) 471/83. Penambahan Pertama Peranggaran Kumpulan Wang Bekalan Ayer Negeri Bagi Tahun 1964.

P.S.U (KEDAH) 383-1376. Petition Regarding Rates Charged on Water Consumed for Dosmectic Purposer, 1956.

S. C. 457-1355. Provision in The 1356, P.W.D Estimates for Water Supply Scheme at Kuala Nerang.

S. C. 1075-1357. Amendment to Section 40 (1) of Enacment No. 130 (Water Supply).

S. C. 2319-1357, 1). Site for Water Supply Plant for Kuala Nerang Village 2) Removal of Weekly Fair to Another Site.

S. C 3345-1355. Piped Water for Tokai.

S. C. 4007/1355. Piped Water Supply for Tanjung Dawai.

S. E. 1091-1355. Memorandum Dealing with The Water Supply to Alor Setar from Bukit Wang and Bukit Pinang.

S.E. E. W. Pk. The Water Supply to The Southern Area, Yen Supply.

Sharom Ahmat. 1984. Kedah - Tradition and Change in Malay State: A Study of The Economic and Political Development: 1778-1923. Monograph No. 12. Jurnal of Malayan Branch Royal Asiatic Society.

Sharom Ahmat. 1979. The Structure of the Economy of Kedah: 1879-1905. Journal of Malayan Branch Royal Asiatic Society (JAMBRAS) 43(II): 1-24.

Sivarajan Ponniah. 2010. Pengaruh British di Kedah, 1770- 1940: Kesan Ke Atas Pentadbiran dan Ekonomi. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid Halim Shah No. 2. T.H.1304-1305H/1886-1887M.

Ummadevi Suppiah, Sivachandralingam Sundara Raja. 2017. Kedudukan Ekonomi Chettiar di Tanah Melayu, 1945- 1957. Jurnal Sejarah 20(20): 143-165.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia