Kesinambungan Warisan Kesenian Langkasuka di Tanah Melayu (Embracing The Artistic Heritage of Langkasuka in Malay Peninsula)

NURUL IZZAH MOHD JOHARI, TAJUL SHUHAIZAM SAID, HAROZILA RAMLI

Abstract


ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis kesenian Langkasuka iaitu kesinambungan daripada warisan peradaban Merong Mahawangsa di Tanah Melayu, khususnya di Malaysia. Kajian ini memfokuskan kepada 3 objektif. Objektif pertama kajian ini adalah menyatakan sejarah Merong Mahawangsa dan kerajaan Langkasuka secara umum dan ringkas. Objektif kajian yang kedua pula ialah, mengutarakan beberapa objek seni yang dipercayai telah wujud pada era zaman Langkasuka. Manakala objektif yang terakhir ialah, menyenaraikan beberapa objek kesenian Melayu yang dipercayai pengaruh daripada warisan kesenian Langkasuka. Reka bentuk kajian adalah menggunakan pendekatan kajian kualitatif iaitu pemerhatian dan analisis dokumentasi. Data yang dikumpul adalah berdasarkan kepada sumber prima iaitu melalui kajian lapangan. Data juga dikumpul dengan merujuk kepada sumber sekunder iaitu dokumen daripada buku rujukan kajian terdahulu mahupun info daripada laman sesawang. Pengkaji membuat pemerhatian visual ketika di lapangan. Antara kawasan yang dilawati ialah Muzium Negara Malaysia, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Muzium Sejarah dan Etnografi Melaka, Muzium Kraf Jalan Conlay, Makam Sultan Mudzaffar Shah, Kedah serta Surau Tok Janggut di Langgar, Kedah. Kepentingan kajian ini adalah untuk menjadi sebahagian rujukan utama kepada pengkajian mengenai kesenian Melayu di Malaysia. Selain daripada itu, hasil kajian ini turut menjadi pengetahuan umum kepada masyarakat tentang kesenian warisan daripada peradaban Langkasuka.

Kata kunci: Hikayat Merong Mahawangsa; objek seni; motif; kesenian Langkasuka; kesenian Melayu

 

ABSTRACT: This study aims to identify the art of Langkasuka which is a continuation of the Merong Mahawangsa heritage at Malay Peninsula. This study focuses on 3 objectives. The first objective of this research is to state the general history of the Merong Mahawangsa and the Langkasuka Kingdom. The second objective of this study was to reveal some of the objects of art believed to have existed in the era of Langkasuka period. Whereas the latter objective is, to list objects of Malay art are believed influence from Langkasuka art heritage. The design of the study is to use a qualitative research approach which is to use observation method and document analysis. The data collected is based on the primary source through field study. The data is also collected by reference to the secondary source, which is a document from the previous study reference book and info from the website. The researcher makes visual observations while in the field. Among the areas visited are the National Museum of Malaysia, the Lembah Bujang Archaeological Museum, Melaka History and Ethnography Museum, Conlay Road Craft Museum, Makam Sultan Mudzaffar Shah, Kedah and Surau Tok Janggut in Langgar, Kedah. The significant of this study is to be part of the main reference to the study of Malay Art in Malaysia. In addition, the findings of this study are also widely known to the public about the artistic heritage of Langkasuka civilization.

Keywords: Hikayat Merong Mahawangsa; art object; motif; Langkasuka art heritage; Malay art


Full Text:

PDF

References


Adi Haji Taha. 2009. Langkasuka – Polimik Pencariannya. Dalam Seminar Alam Melayu: Menjejaki Langkasuka. Anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia..

Ary, D., Jacobs, L. C. & Sorensen, C. 2010. Introduction to Research in Education. Edisi Kelapan. Belmont, CA: Wadsworth, Cengage Learning.

Bunga Teratai Nymphaea lotus. http://powo.science.kew.org/taxon/urn:lsid:ipni.org:names:605604-1.

Creswell, J. W. 2009. Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches. Thousand Oaks, California: Sage Publication, Inc.

Gay, L. R., Mills, G. E., & Airasian, P. 2009. Educational Research: Competencies for Analysis and Application. Edisi Kesembilan. Columbus, Ohio: Pearson Education Inc.

Harozila Ramli, Tajul Shuhaizam Said & Mohd Zaihidee Arshad. 2019. Symbolism of ‘Keleput’ art and intellectual value of Penan heritage craft in Sarawak. Journal of Advanced Research in Dynamical and Control Systems 11:05-Special Issue.

Hikayat Merong Mahawangsa. 2018. https://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Merong_Mahawangsa

Hsieh dan Shannon. 2005. Three Approaches to Qualitative Content Analysis. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/16204405

Ibrahim Ismail. 2008. Sejarah Kedah Sepintas Lalu: Kedah Dari Segi Sejarah. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia. Labu Sayung. Sumber diperoleh dari http://warisanbudaya.50webs.com/file/LabuSayong.html

Low, J. 2018. Hikayat Merong Mahawangsa. Penterjemah Johan Ahmad. Kuala Lumpur: Geroda Merah Press, Kuala Lumpur.

Mohd Zamberi A. Malek. 2011. Langkasuka Negara Melayu Pertama: Kepercayaan dan Kebudayaan (Kesusasteraan dan Kesenian). Kuala Lumpur: Anjung Media Resources, Kuala Lumpur.

Mohd. Zamberi A. Malek. 2009. Langkasuka: Negara Melayu Pertama. Dalam Seminar Alam Melayu: Menjejaki Langkasuka. Anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nik Anuar Nik Mahmud. 2006. Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Patton, M. Q. 1990. Qualitative Evaluation and Research Methods. 2nd edition. Newbury Park, CA: Sage Publications, Inc.

Perahu Tiong Mas. 20 Mac 2008. https://ms.wikipedia.org/wiki/Perahu_Tiong_Mas (pada 25 November 2016).

Rahmah Bujang dan Nor Azlin Hamidon. 2002. Seni Rupa Melayu: Kesan Sistem Kepercayaan Ke Atas Seni Rupa Melayu. Akademi Pengajian Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Rahmah Bujang dan Nor Azlin Hamidon. 2002. Seni Rupa Melayu: Kesan Sistem Kepercayaan Ke Atas Seni Rupa Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Salwa Ayob. 2017. Tembikar Tanah Lembah Bujang: Kesinambungan Warisan Tembikar Melayu Tradisi. Dalam Program Bicara Arkeologi Lembah Bujang Siri 4/2017 pada 27 Februari 2017. Anjuran Jabatan Muzium Malaysia dengan kerjasama Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kedah.

Siti Hawa Haji Salleh. 1998. Hikayat Merong Mahawangsa. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Penerbit Universiti Malaya

Wan Shamsudin Mohd Yusof. 2014. Kedah dalam Warisan Sejarah dan Budaya Nusantara: Langkasuka dari Kacamata Penulis Silam Kedah. Kedah: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Malaysia.

Zainab. 2011. Anyaman. dalam Laman Seni. http://lamanseni09.blogspot.com/2011/03/anyaman.html


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia