Pelaksanaan Wasiat Sebagai Medium Menentukan Kecemerlangan dan Kejatuhan Kerajaan Samudera Pasai dalam Hikayat Raja Pasai (Implementation of Will as Medium to Determine the Excellence and Fallen Kingdom of Samudera Pasai in Hikayat Raja Pasai)

ABDUL RAHMAN IDRIS, SALMAH JAN NOOR MUHAMMAD, ZARIAT ABDUL RANI, NIK RAFIDAH NIK MUHAMAD AFFENDI

Abstract


ABSTRAK: Hikayat Raja Pasai (seterusnya HRP) mempunyai pengaruh Islam yang begitu menonjol kerana pemerintahnya beragama Islam malah pengarangnya juga beragama Islam. Melalui pengaruh Islam dalam HRP, maka penulis akan memperincikan wasiat-wasiat yang diketengahkan oleh pengarang dan kesannya terhadap ketaatan dan keengganan melaksanakannya. Kajian ini dilakukan kerana sehingga kini hampir tiada kedapatan kajian lalu yang mengkaji secara terperinci tentang peranan wasiat. Setakat ini cuma terdapat segelintir pengkaji yang menyentuh tentang wasiat. Harun Mat Piah sebagai contoh, memfokuskan kepada kesan pelanggaran wasiat. Ali Ahmad pula memfokuskan kepada perkembangan plot dan mengaitkannya dengan wasiat. Kamaruddin Hussein menekankan maksud wasiat dan waadat serta kesan terhadap pelanggaran wasiat. Nawawee Mohammad menulis tentang isu wasiat daripada seorang raja kepada seorang dan kesan daripada pelanggaran wasiat. Jamsari Mokhtar memfokuskan wasiat dari matra ketamadunan pemikiran Melayu dan kesannya terhadap pelanggaran wasiat. Maka melalui kelompongan ini, penulis menulis kajian ini dengan meletakkan dua objektif, iaitu menganalisis wasiat dalam HRP dan menghuraikan wasiat sebagai medium yang menentukan kecemerlangan dan kejatuhan kerajaan Samudera Pasai. Penulis menggunakan kaedah kajian kepustakaan kerana kajian ini berdasarkan teks Russell Jones pada tahun 1999 yang diterbitkan oleh Yayasan Karyawan dan Penerbit Fajar Bakti. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat 10 wasiat dalam HRP. Pemerintah yang taat kepada wasiat menatijahkan negaranya maju dan kuat serta mampu mengalahkan kerajaan yang hebat, iaitu kerajaan Siam. Kezaliman Sultan Ahmad ke atas keluarganya sendiri dan ketidaktaatannya terhadap wasiat ayahandanya, iaitu Sultan Malikul Mahmud menyebabkan kerajaannya jatuh kepada Majapahit.

Kata kunci: Wasiat; Hikayat Raja Pasai; Islam; pengaruh Islam; Samudera Pasai

 

ABSTRACT: ‘The Hikayat Raja Pasai (The Story of Pasai King)’ has a prominent Islamic influence, as he was known as the superiors are Muslims besides the author who is also a Muslim. Through Islamic influence in HRP, the author particularises the wills presented by the book author and its effect on the obedience and reluctance to fulfil the wills. This study was conducted due to the limited research found with regard to roles of will in the past. Harun Mat Piah for instance, focuses more on the impact of a will. Ali Ahmad focuses on the development of the plot and associating it with a will. Meanwhile, Kamaruddin Hussein emphasizes the purpose of the will and the impression imposed towards the will. On the other hand, Nawawee Mohammad writes about a will from a king and the consequences towards others. Jamsari Mokhtar focuses on the will of the Malay civilization of the Malay thought and its impact on the will of the will. Drawing to these reviews, this study formulated two objectives that seek to analyse the will in HRP and elaborating it as a medium in determining the rise and fall of Samudera Pasai kingdom. The study employs library research method by referring to the Russell Jones’s texts in 1999 published by the Yayasan Karyawan and Publisher Fajar Bakti. The findings show that there are total of 10 wills elicited by the sultan in HRP. The findings also revealed that good governance exercised by the kingdom lead to a strong government that finally defeated one of their strong enemy, the Siam government whereas disobedience to sultanate’s will lead to government fall over Majapahit.

Keywords: Will; Hikayat Raja Pasai; Islam; Islamic influence; Ocean Pasai


Full Text:

PDF

References


Ali Ahmad. 1987. Karya-Karya Sastera Bercorak Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Abdul Rahman Kaeh dan Jamilah Haji Ahmad. 2006. Kesusasteraan Melayu Tradisional (Edisi ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Awang, Othman Puteh, Ramli Isin dan Sahlan Mohd.

Saman. 1985. Mendekati Kesusasteraan Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Hill, A. H. 1960. Hikayat Raja-Raja Pasai. JMBRAS, xxxiii: ii, hal. 63.

Ismail Hamid. 1987. Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Ismail Hamid. 1988. Masyarakat dan Budaya Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jamsari Mokhtar. 1998. Hikayat Raja Pasai: Pemikiran Tamadun Melayu. Kajian Ilmiah M. A. Fakulti Sastera Dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Kamarudin Hj. Husin. 1992. STPM Analisis Teks Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Liaw Yock Fang. 1978. Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik. Singapura: Pustaka Nasional.

Nawawee Mohammad. 1993. Kajian Karya Agung STPM Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Russell Jones. 1987. Hikayat Raja Pasai. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Russell Jones. 1999. Hikayat Raja Pasai. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan & Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Zulkifli Mohamad al-Bakri. 2014. 24 Jam Dipayungi Syariat. Batu Caves: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia