Kisah Percintaan dan Penggemblengan Watak dan Perwatakan dalam Novel Popular Adam dan Hawa Karya Aisya Sofea (Love Story and the Manipulation of Characters and Characteristics in Aisya Sofea’s Adam dan Hawa)

NURUL HILWANY CHE SHAFFINE, MOHD ZARIAT ABDUL RANI, NORAZLINA HAJI MOHD. KIRAM, MUHD ZULKIFLI ISMAIL

Abstract


ABSTRAK: Kajian ini bertitik tolak daripada pemahaman umum bahawa kisah percintaan sering dijadikan sebagai tema utama dalam novel-novel popular. Kebanyakan penyajian kisah percintaan dalam novel popular ini dikatakan menggembleng watak dan perwatakan yang ada dengan cara yang amat ketara. Bersandarkan tanggapan umum ini, artikel ini meneliti novel Adam dan Hawa (2013) iaitu sebuah novel popular karya Aisya Sofea yang diterbitkan oleh Alaf 21 Sdn. Bhd. Bagi mencapai matlamat kajian, analisa terhadap aspek watak dan perwatakan, dan seterusnya rumusan terhadap fungsi aspek watak dan perwatakan dalam pembikinan naratif novel telah dijalankan. Hasil daripada analisis mendapati bahawa pembikinan naratif novel Adam dan Hawa telah menggembleng sepenuhnya aspek watak dan perwatakan dengan merealisasikan tiga strategi, iaitu pembinaan watak dengan perwatakan yang kondusif, pembinaan watak dengan perwatakan yang saling bertentangan, dan olahan perwatakan watak-watak secara drastik. Melalui dapatandapatan ini, kajian ini merumuskan bahawa penggemblengan aspek watak dan perwatakan dalam novel Adam dan Hawa berfungsi membangunkan sebuah kisah percintaan.

Kata kunci: Kisah percintaan; watak dan perwatakan; novel popular; Adam dan Hawa; Aisya Sofea

 

ABSTRACT: This study was drawn from a general notion that romance stories are often used as the main theme in popular novels. Much of the romance in the popular novel is said to embody the characters and characteristics in many significant ways. Based on this general notion, this article examines the novel Adam and Eve (2013), a popular novel by Aisya Sofea published by Alaf 21 Sdn. Bhd. To achieve the aim of the study, an analysis of character and characteristics and a conclusion on the function of the character and characteristics aspects were conducted. The result of the analysis found that the narrative construction of Adam and Eve’s novels fully integrates the aspects of character and characteristics by recognising three strategies, namely i) character building with conducive characters ii) character building with opposing characters, and iii) dramatization of characters. Through these findings, this study concludes that the combination of the characters and characteristic in the novel Adam and Eve works to develop a love narration.

Keywords: Love story; characters and characteristics; popular novel; Adam dan Hawa; Aisya Sofea


Full Text:

PDF

References


Aisya Sofea. 2013. Adam dan Hawa. Shah Alam: Grup Buku Karangkraf, Alaf 21 Sdn. Bhd.

Ali Ahmad. 1978. Asas Menganalisa Cereka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Halimah Mohamed Ali. 2015. Searching New Paradigms of Malay Women: What We Can Learn From Literature? http://malayliterature.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2015/05/5-New-paradigm.pdf [Diakses pada 26 Oktober 2016].

Ismail Ahmad. 1988. Memahami Novel dan Cerpen. Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.

Kamariah Kamarudin. 2014. Novel Melayu dalam Pelbagai Perspektif. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2016. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Korrie Layun Rampan. 1995. Dasar-dasar Penulisan Cerita Pendek. Ende, Flores: Penerbit Nusa Indah.

McCracken, Scott. 1998. Pulp: Reading Popular Fiction. New York: Manchester University Press.

Palmer, Jerry. 1991. Potboilers: Methods, Concepts and Case Studies in Popular Fiction. London: Routledge.

Rout, Bibhu Datta. 2017. Five Popular Genres in Fiction. https://yourstory.com/mystory/5031a01c53-five-popular-genresin-fiction [Diakses pada 17 April 2018].

S. Othman Kelantan. 2004. Karya Picisan dan Karya Popular. Dewan Sastera. Mac. 12-13.

Samsiah Mohd. Nor. 2012. Ekspresi Bahasa Wanita dalam Novel-novel Popular. Tesis Kedoktoran, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shahnon Ahmad. 1979. Gubahan Novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia.

Shikin Ali. 2013. Isteri Mithali: Satu Kajian Persepsi Isteri dalam Novel dan Masyarakat Melayu. Tesis Sarjana, National University of Singapore.

Syed Othman Kelantan. 1985. Tenik Mengkaji Novel (Dalaman dan Luaran). Kuala Lumpur: Karya Bestari Sdn. Bhd.

Talib Samat. 2013. Perbandingan Novel Popular dengan Novel Serius. Jurnal Antarabangsa Persuratan Melayu 1 (Januari): 214-228.

Zaidi Mohamad. 31 Oktober 2017. Nadiya dan Aaron Bakal Cetus Fenomena Lagi. https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2017/10/344551/nadiya-aaron-bakalcetus-fenomena-lagi [Diakses pada 16 Januari 2018]


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia