Menyoroti Dua Tradisi Pemujaan Laut di Sarawak: Semah dan Kaul (Analysing the two Sea Worship Ceremonies in Sarawak: The Semah and Kaul)
Abstract
ABSTRAK: Makalah ini membincangkan dua tradisi tradisional masyarakat pesisir pantai di Sarawak. Kedua-dua tradisi ini, iaitu semah dan kaul merupakan suatu upacara pemujaan laut yang masing-masing diadakan oleh suku Melayu dan Melanau. Tujuan upacara ini dianjurkan adalah untuk meminta perlindungan daripada kuasa atau semangat laut agar jauh dari wabak penyakit, malapetaka dan murah rezeki. Sesungguhnya kedua-dua suku ini sangat terkenal dengan upacara pemujaan laut kerana mereka merupakan penghuni yang bergantung kepada laut untuk kehidupan. Justeru kerana kini semah telah hampir punah di kalangan suku Melayu, maka makalah ini menyoroti hasil kajian Harrisson (1950) tentang semah oleh suku Melayu di Pulau Satang dan Pulau Talang-talang. Ini disusuli dengan kupasan upacara kaul Melanau dengan data yang dikumpulkan oleh penulis. Di akhir makalah, satu perbandingan telah dibuat untuk mengenal pasti perbezaan dan persamaan kedua-dua upacara ini. Hasil analisis mendapati bahawa kedua-dua upacara ini memaparkan perbezaan yang nyata, namun sifat asasnya tidak jauh berbeza, misalnya kedua-dua upacara ini diketuai oleh ketua upacara atau dukun, menggunakan sesajen, membacakan mantera, menyembah semangat atau kuasa di laut dan sebagainya. Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa pengamalan sesuatu kebudayaan amat berkait rapat dengan lingkungan persekitaran dan hubungan ini telah menjadi sebahagian dari warisan kebudayaan mereka.
Kata kunci: Semah; kaul; Melayu; Melanau; pemujaan laut
ABSTRACT: This article discusses two traditional ceremonies on the coast of Sarawak. The Semah and Kaul are two worshipping ceremonies practiced by the Malay and Melanau people in coastal Sarawak. The aim of the ceremonies held is in order to secure protection from the power or the spirit of the sea in averting diseases, disasters and to procure prosperity. These two ethnicities in Sarawak are well known for their sea worshipping ceremonies because they rely on the sea for sustenance. Nowadays however, the semah ceremony is almost forgotten by the Malays, thus this paper shall follow the findings of Harrisson (1950) regarding the practise of semah amongst the Malays of Satang and Talang-Talang islands. This is followed by an elaboration of the kaul ceremony of the Melanau which is wholly based upon the data collected by the writers. At the end of the article comparisons shall be made between the two ceremonies. The result of the analysis finds that both of these ceremonies share some basic characteristics albeit with external differences. For example the two ceremonies are headed by a shaman, uses sesajen, recitation of incantations, worshipping of the force at Sea etc. This study had also found that the practise of a certain culture is closely connected to the environment and this relation has become part of their cultural heritage.
Keywords: Semah; kaul; Melayu; Melanau; sea-worship ceremony
Full Text:
PDFReferences
Harrisson, T. 1970. The Malays of south-west Sarawak before Malaysia: a socio-ecological Survey. Macmillan: London.
Harrisson, T. 1950. The Sarawak Turtle Islands’ “Semah”. Journal of Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. Vol. XXIII (Part III): 105-123. http://www.kaulsemah.com/interp.htm 6 Mei 2016.
Jeniri Amir & Awang Azman Awang Pawi. 2001. Kaul: Suatu interpretasi sosio-budaya. Kota Samarahan: Penerbit UNIMAS.
Skeat, W.S. 1949. Semah (Menyemah). Journal of Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. Vol. XXII (Part I): 181-182.
Syarifah Rizka Zahria. 2011. Ritual menongkah kerang pada suku Duano di Desa Sungai Bela, Kecamatan Kualah Indra, Kabupaten Indragiri Hilir. Tesis Sarjana Muda. Universitas Islam Riau.
Yasir Abdul Rahman. 1987. Melanau Mukah: Satu kajian budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia