Pelestarian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Utama dalam Persuratan dan Pembudayaan Ilmu, Sains dan Teknologi di Rantau Ini

HASHIM MUSA, ROZITA CHE RODI, SALMAH JAN NOOR MUHAMMAD

Abstract


ABSTRAK: Bahasa Melayu (BM) dalam sejarahnya merupakan bahasa antarabangsa yang luas digunakan di rantau Asia Tenggara dan pernah diangkat sebagai lingua franca bagi urusan perdagangan dan perhubungan antarabangsa di seluruh rantau ini. Statusnya yang berwibawa itu telah menarik masyarakat Nusantara menggunakannya sebagai bahasa utama dalam bidang kesusasteraan, persuratan dan pendidikan. Ini dibuktikan dengan penemuan hasil karya dalam BM seawal 1303M iaitu Batu Bersurat Terengganu dan 1380M syair berbahasa Melayu yang terukir pada sebuah batu bersurat di Acheh. Selain itu, Hukum Kanun Melaka serta Undang-undang Laut Melaka pula membuktikan BM juga menjadi bahasa perundangan utama di rantau ini seawal abad ke-15. Malah, ribuan manuskrip lama bertulisan Melayu-jawi yang berada dalam simpanan institusi dalam dan luar negara dapat menjelaskan kepentingan dan kedudukan utama BM sejak sekian lama di rantau ini. Makalah ini akan menghuraikan peranan sebenar BM dalam bidang persuratan dan pendidikan melalui pembudayaan ilmu, sains dan teknologi terkini yang disampaikan dalam BM iaitu bahasa rakyat jelata rantau ini. Amalan demikian mampu menggerakkan pencapaian kemajuan negara dan masyarakat rantau ini secara ekuitabel melebihi dan bahkan mengatasi penggunaan satu bahasa asing khususnya bahasa Inggeris (BI) yang penggunaannya tertumpu kepada kumpulan elit semata-mata. Malah, dengan meneliti isu tersebut, didapati bahawa BM yang merupakan bahasa indigenus atau bahasa tempatan penduduk rantau ini, adalah penapis dan penangkis yang kebal untuk melawan badai negatif globalisasi yang boleh menghancurkan nilai-nilai tradisi yang murni. Ianya juga merupakan unsur yang kental untuk menyemai rasa kekitaan atau esprit de corp, keakraban, kemesraan dan kasih sayang sesama penuturnya demi perpaduan, keharmonian dan kestabilan negara bangsa dan pemerkasaan masyarakatnya. Namun kini terdapat cabaran dan asakan BI ke atas kewibawaan BM, dan makalah ini akan membincangkan strategi dan langkah menangani isu ini demi memartabatkan kembali BM sebagai pemangkin kepada pembangunan ekuitabel negara bangsa di rantau ini.

Kata kunci: pembudayaan ilmu, persuratan Melayu, lingua franca, bahasa antarabangsa, perasaan kekitaaan atau esprit de corp

 

ABSTRACT: The Malay language in its history was an international language widely used in the Southeast Asian region and became the lingua franca for trade and international relation in the whole region for several centuries. Its authoritative status has atracted the people of the region to use it as the language for literary expression and documentation and as the medium of instruction and education. This was proven by the findings of the earliest text in Malay as early as 1303 CE namely the legal edict of the Terengganu Inscription and the Malay verse of the 1380 CE Acheh inscription. The 15th Century Malacca Cannon of Law and the Malacca Maritme Law were also clear proofs of the usage of Malay as the main language for writing legal edicts apart from other literary genres. Moreover there are thousands of Malay manuscripts, texts and letters held in various libraries and acrhives in this region as well as in the west, clearly illustrating the importance of the usage of the Malay language in this part of the world for a long time. This article will discuss the prime role that can be played by the Malay language in the literary field of the region as well as the medium of education and enculturation of knowledge, science and technology to the general population at large. The use of Malay in such a manner will be able to spur a more equitable development among the nations and societies of the region, which cannot be achieved by the use of a foreign language specifically English as it will only be efficiently acquired by the urban elites. Moreover, Malay being the indigenous or local language of the people of the region, can function as a strong filter and shield in confronting and deflecting negative influences of globalisation that can weaken and destroy inherited traditional cultural traits and ethical values. The Malay language also can become the rallying point for inculcating strong national identity, unity, integration and esprit de corps amongst the citizens. However, with the current persistant onslaught the influence of the English language, the status of Malay especially in the field of education is gravely affected. This article will discuss various strategies and steps that can be taken to overcome the problems so as to spur nations and societies to achieve an equitable development and to perpetuate the authoritative status of Malay in the region.

Key words: enculturation of knowledge, Malay letters, lingua franca, international language, esprit de corp


Full Text:

PDF

References


Asiaweek. 1999. 20-27 August: 10.

Collins, J. 1996. Malay, World Language of the Ages: A Sketch of Its History. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, J. 1999. Wibawa Bahasa: Kepiawaian dan Kepelbagaian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. de Meija, Anne-Marie. 2002. Power, Prestige, and Bilingualism: International Perspectives on Elite Bilingual Education. ISBN185359590X) (en.wikipedia.org/wiki/World_languages).

Drake, C. 1989. National Integration in Indonesia: Patterns and Policies.

Hashim Hj Musa. 2006. Epigrafi Melayu: Sejarah Sistem Tulisan dalam Bahasa Melayu. Edisi ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Hj Musa. 2008. Hati Budi Melayu: Pengukuhan Menghadapi Cabaran Abad ke-21. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Hashim Hj Musa. 2008. Pemerkasaan Bahasa Melayu di arena antarabangsa demi kemajuan negara bangsa Malaysia di persada dunia. Dlm. ProsidingPersidangan Bahasa Melayu dalam Perspektif Antarabangsa Tahun 2008. Anjuran IPGM Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Luar Negeri & Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Hj Musa. 2009. Early Jawi materials and the creation of anetwork of Malay Islamic centres. The Journal Sophia Asian Studies No. 27.Institute of Asian Cultures, Sophia University, Tokyo.

Hashim Hj Musa & Rozita Che Rodi. 2010. Pemupukan perpaduan dan semangat cintakan negara Malaysia di kalangan rakyat jelata. Prosiding Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu VI. Anjuran Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi & Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Huntington, S. 1996. The Clash of Civilizations and the Remaking of World Order. New York: Simon and Schuster.

Kennedy, P. 1993. Preparing for the Twenty-First Century. New York: Vintage Books.

Marsden, W. 1812. A Grammar of the Malayan Language. London: Crosby Lockwood & Son.

Phillipson, R. 2007. Linguistic imperialism: A conspiracy, or a conspiracy of silence? Language Policy 6: 377–383. DOI10.1007/s10993-007-9058-3.

Phillipson, R. 1992. Linguistic Imperialism. Oxford: Oxford University Press.

Siakhenn.tripod.com/ethnic.html (4.12.12).

Utusan Malaysia. 2007. Rabu 7 November, hlm. 27.

Wikipedia Free Internet Encyclopedia

Wohlforth, W. 1999. The stability of the unipolar world. In International Security, Summer, pp. 1-41.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia