Konflik Kejiwaan dalam Novel Interlok karya Abdullah Hussain (1996) (Life Conflict in Novel Interlok by Abdullah Hussain (1996))

NUR FARAHKHANNA MOHD RUSLI

Abstract


ABSTRAK: Makalah ini bertujuan untuk menjelaskan konflik jiwa yang dialami Maniam dalam novel Interlok karya Abdullah Hussain (1996). Watak Maniam dipilih sebagai sampel kajian berdasarkan kepelbagaian konflik yang dialami dalam usaha mencapai kehidupan yang sempurna. Maklumat kajian diperoleh melalui teknik kepustakaan, iaitu meneliti sumber-sumber bertulis yang berhubung kait dengan permasalahan jiwa yang dialami oleh watak-watak dalam sesebuah karya. Tiga pendekatan akan digunakan untuk menganalisis aspek kejiwaan, iaitu Psikoanalisis Sigmund Freud, Humanistik Abraham Maslow dan Psikologi Islam. Setiap pendekatan berperanan mencetus dan mengawal konflik jiwa yang dialami watak dalam karya. Hasil kajian mendapati konflik kejiwaan yang dialami Maniam bermula dari rangsangan luaran yang mendorong pembentukan id dan akhirnya mempengaruhi tindakan separa sedar untuk menangani konflik tersebut. Hasil kajian juga menunjukkan kegagalan menggunakan akal untuk berfikir secara logik dan rasional dalam menangani permasalahan menyebabkan manusia bertindak melakukan perkara yang mendatangkan keburukan kepada diri sendiri seperti yang berlaku pada watak Maniam.

Kata kunci: Interlok, konflik kejiwaan; Psikoanalisis Sigmund Freud; Humanistik Abraham Maslow; Psikologi Islam

 

ABSTRACT: The aim of this article is to explain life conflict experience by Maniam in Interlok by Abdullah Hussain (1996). Maniam was chosen as samples due to the conflict that he need to face off in order to get a perfect life. The information obtained through literature technique, which identifies written sources which are related to conflict in live experience by the characters. The study employs the framework of Sigmund Freud Psychoanalysis, Humanistic Abraham Maslow and Islamic Psychology. Each framework play important rule in order to trigger and control the life conflict of the character. The results of this study explain the life conflict by Maniam was started form external factor that cause id and ultimately influence the subconscious action to handle the conflict. In addition, this study show that failure of using the function of brain to think logically and rational in order to face problems cause immoral feedback by human such as Maniam.

Key words: Interlok; life conflict; Sigmund Freud Psychoanalysis; Humanistic Abraham Maslow; Islamic Psychology


Full Text:

PDF

References


Abdullah Hussain. 1996. Interlok. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arba’ie Sujud, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi & Asiah Abdul Rahman. 2010. Sastera Melayu Suatu Pengantar. Kuala Lumpur: Tinta Press Sdn. Bhd.

Freud, Sigmund. 1972. Two Short Accounts of Psycho-Analysis. England Penguin Book.

Hamzah Hamdani. 1988. (Penyelenggara). Freud dan Kesusasteraan Melayu dalam Konsep dan Pendekatan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ira Puspitorini. 2002. (Penterjemah). General Introduction to Psychoanalysis: Psychoanalysis Sigmund Freud. Yogyakarta: Ikon Teralitera.

Mana Sikana. 1998. Teori dan Pendekatan Kritikan Sastera Moden. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mahmood Nazar Mohamed. 2001. Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maslow, A. 1984. Motivasi dan Keperibadian. Jakarta: Pustaka Binoman Pressido.

S. Othman Kelantan. 1976. Juara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

S. Othman Kelantan. 1985. Teknik Mengkaji Novel (dalaman dan luaran). Kuala Lumpur: Karya Bistari Sdn. Bhd.

Wright, E. 1984). Psychoanalytic Criticism: Theory in Practice. London: Methuen


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia