Intertekstualiti dalam Wacana Muamalat (Intertextuality in Muamalat Discourse)

MOHAMAD FITRI MOHAMAD YUSOFF, ZAITUL AZMA ZAINON HAMZAH, PABIYAH HAJI MAMING@TOKLUBOK, HJH. NOR AZUWAN YAAKOB

Abstract


ABSTRAK: Perkembangan muamalat dalam kerangka sistem ekonomi konvensional telah membuahkan praktis sosial tersendiri memandangkan muamalat merupakan risalah Allah yang perlu dipatuhi oleh umat Islam. Perbahasan terhadap keperluan umat Islam kembali kepada sistem muamalat amat rancak dilakukan, namun penelitian terhadap wacana muamalat masih belum dilakukan secara kritis bagi mengenal pasti praktis sosial muamalat dan cara wacana muamalat memperteguh praktis sosial tersebut. Justeru makalah ini adalah bertujuan untuk; 1) Mengenal pasti praktis sosial wacana muamalat yang dimanfaatkan dalam kerangka sistem ekonomi konvensional; dan 2) Menjelaskan praktis wacana muamalat (intertekstualiti) dalam kerangka sistem ekonomi konvensional. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan Analisis Wacana Kirtis (AWK) Fairclough. Sebanyak 3 buah Teks Penyataan Pengerusi dan 4 buah Teks Ulasan Operasi Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang dikumpul dari tahun 2009 hingga tahun 2012 dijadikan sebagai bahan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa praktis sosial yang dimanfaatkan dalam wacana muamalat adalah Ihsan. Praktis sosial ini mempengaruhi praktis wacana muamalat khususnya dari aspek intertekstualiti. Hal ini terbukti apabila penyisipan unsur ‘metawacana’ secara eksplisit lebih ketara berbanding elemen intertekstualiti yang lain. Kajian ini juga mendapati bahawa AWK berjaya membongkar pertalian dialektikal antara praktis sosial muamalat (Ihsan) dengan praktis wacana (intertekstualiti).

Kata kunci: Wacana muamalat; praktis social; analisis wacana kritis; kerangka sistem ekonomi konvensional

 

ABSTRACT: The development of muamalat within the framework of conventional economic system has resulted in a particular social practice as muamalat is seen as Allah’s risalah (words) that must be obeyed by every Muslim. Recently, the issue of the need for Muslims to shift back to muamalat has frequently being debated, however the study on muamalat discourse to identify muamalat social practice and the way muamalat discourse strengthens this social practice has yet to be critically conducted. Therefore this study aims to; 1) Identify the social practice of muamalat discourse benefits within the framework of conventional economic system; and 2) Explain the practice of muamalat discourse (intertextuality) within the framework of conventional economic system. This is a qualitative study using Fairclough Critical Discourse Analysis (CDA) approach. Three texts from Chairman’s Statements and four Islam Malaysia Bank Berhad (BIMB) Managing Director’s Operational Review Texts collected from 2009 until 2012 are used in this study. The results of this study show that the social practice which benefits from muamalat discourse is Ihsan (courtesy). This social practice influences muamalat discourse practice particularly in the aspects of intertextuality. This is proven with the infusion of metadiscourse elements explicitly which is more apparent than other intertextuality elements. This study has succeeded in exposing the dialectical relationship between muamalat social practice (Ihsan) with discourse practices (intertextuality).

Keywords: Muamalat discourse; social practice; Critical Discourse Analysis; conventional economic system framework


Full Text:

PDF

References


Ahmad Fuad Mat Hassan et al. 2011. Nilai kejujuran dan integriti dalam Peribahasa Melayu. Dlm. Kelestarian Bahasa Satu Rumpun Satu Ikatan, disunting oleh Kamariah Kamarudin et al. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Al-Qur’an Al-Karim dan Terjemahannya. 2002. Semarang, Indonesia: Departemen Agama Republik Indonesia.

Bank Islam Malaysia Berhad. 2009. Laporan Tahunan 2009.

Bank Islam Malaysia Berhad. 2010. Laporan Tahunan 2010.

Bank Islam Malaysia Berhad. 2011. Laporan Tahunan 2011.

Bank Islam Malaysia Berhad.2012. Laporan Tahunan 2012.

Fairclough, N. 1989. Language and Power. London: Longman.

Fairclough, N. 1992. Discourse and Social Change. Cambridge: Polity Press.

Fairclough, N. 1995. Critical Discourse Analysis: The Critical Study of Language. London: Longman.

Fairclough, N. 2003. Analysing Discourse: Textual Analysis For Social Research. London: Routledge.

Fairclough, N. & Wodak, R. 1997. Critical Discourse Analysis. Dlm. Van Dijk. Discourse As Social Interaction. London: Sage Publication Ltd.

Haron Din et al. 1988. Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd.

Hyland, K. 2005. Metadiscourse: Exploring Interaction in Writing. New York: Continuum International Publishing Group.

Idris Aman. 2006. Bahasa dan Kepimpinan: Analisis Wacana Mahathir Mohamad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Idris Aman. 2010. Analisis Wacana. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamila Ghazali. 1999. A Critical Discourse Analysis of the Speeches of Dr. Mahathir Mohamad. Tesis Ph.D , Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Kamus Dewan. 2010. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lagu Rasmi Universiti Teknologi Mara (UiTM). Di akses melalui laman web http://www.uitm.edu.my/index.php/ms/kenali-uitm/profil-sejarah-uitm/logo-laguuniversiti?showall=&start=2

Md. Asham Ahmad. 2010. Kalimah Allah: Antara Nama dan Hakikat. Kertas Kerja Muzakarah Pakar IKIM 21 Januari 2010.

Munif Zarirruddin Fikri B. Nordin. 2009. Bahasa Kemimpinan Rasulullah S.A.W.: Analisis Wacana Khutbah Ghazawat al-Rasul. Tesis Ph.D , Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Nik Mohamed Affandi Bin Nik Yusoff. 2002. Islam & Business. Subang Jaya: Pelanduk Publications (M) Sdn. Bhd.

Nor Mohamed Yakcob. 1996. Teori, Amalan dan Prospek Sistem Kewangan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Perlembagaan Persekutuan. 2012. Petaling Jaya: International Law Book Services.

Radiman Hj Junaidi. 2011. Analisis Wacana Terhadap Ucapan Kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi. Tesis Ph.D., Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Renkema, J. 1993. Discourse Studies: An Introductory Textbook. Amsterdam: John Benjamin Publishing Company.

Ruslan Zainuddin et al. 2010. Kenegaraan Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Tabung Haji Act 1995 (Act 535). Kuala Lumpur: The Commissioner of Law Revision, Malaysia In Collaboration with Percetakan Nasional Malaysia Bhd.

Yusuf Al Qardhawi. 2012. Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam Yang Kita Idamkan. Kuala Lumpur: Penerbitan Seribu Dinar Sdn. Bhd.

Zarina Muhammad. 2000. Sejarah perkembangan tamadun Islam. Dlm. Tamadun Islam, disunting oleh Hj. Ahmad Fauzi Hj Morad & Ahmad Tarmizi Talib. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia