Syair Tawarikh Zainal Abidin Yang Ketiga Sebuah Karya Agung Terengganu (Syair Tawarikh Zainal Abidin Yang Ketiga: Terengganu’s Canonical Text)

JELANI HARUN

Abstract


ABSTRAK: Sultan Zainal Abidin III (1881-1918) terkenal dalam sejarah kesultanan Terengganu sebagai seorang sultan yang adil dan alim serta membawa kemajuan hidup masyarakat Terengganu sehingga awal abad ke-20. Baginda adalah seorang sultan yang berpegang teguh kepada tradisi kesultanan Melayu, pemeliharaan adat istiadat dan kemuliaan agama Islam sebagai asas kepada baginda dalam mengekang kedatangan pengaruh Inggeris di Terengganu ketika itu. Makalah ini bermatlamat untuk membaca dan menilai kembali beberapa peranan penting yang telah dilakukan oleh Sultan Zainal Abidin III sepanjang tempoh pemerintahan baginda yang banyak terakam dalam sebuah syair yang berjudul Syair Tawarikh Zainal Abidin Yang Ketiga hasil nukilan Tengku Dalam Kalthum pada tahun 1936. Isi kandungan syair menjadi catatan-catatan sejarah sosiobudaya tentang nilai, adat istiadat dan agama, serta juga mencirikan sifat-sifat seorang pemerintah yang mempertahankan institusi kesultanan dan budaya hidup Melayu pada zaman kolonial. Di samping itu, kekuatan Syair Tawarikh Zainal Abidin Yang Ketiga turut terserlah melalui ketinggian daya kreativiti Tengku Dalam Kalthum dalam menyusun peristiwa dan menyampaikannya secara berkesan melalui 3084 buah rangkap syair yang menarik dibaca. Syair Tawarikh Zainal Abidin Yang Ketiga bukanlah sebuah syair yang biasa tetapi memiliki ciri-ciri keistimewaan dan keunikannya yang tersendiri sehingga boleh diangkat sebagai sebuah Karya Agung Terengganu. Oleh itu, makalah ini bermatlamat untuk membincangkan kekuatan dan kedudukan Syair Tawarikh Zainal Abidin Yang Ketiga sebagai sebuah Karya Agung yang pernah lahir dalam sejarah persuratan Terengganu.

Kata kunci: Syair Tawarikh Zainal Abidin Yang Ketiga; Sultan Zainal Abidin III; Tengku Dalam Kalthum; Karya Agung; Terengganu

 

ABSTRACT: Sultan Zainal Abidin III (1881-1918) is famous in the history of the Sultanates of Terengganu as a just and pious ruler whom brought progress to the people of Terengganu until the early 20th century. He is a sultan who clings to the tradition of the Malay sultanates, maintaining the customs and glory of Islam as a basis to curb the arrival and influence spread by the British in the state at that time. This paper aims to review and reassess some of the important roles that has been shouldered by Sultan Zainal Abidin III during his reign, which is richly embedded in a syair entitled Syair Tawarikh Zainal Abidin Yang Ketiga by Tengku Dalam Kalthum in 1936. The content of the syair becomes historical records of socio-cultural values, traditions and religions, and also characterize the qualities of an imperial institution leader that maintains the Malay sultanate and cultural life during the colonial times. In addition, Syair Tawarikh Zainal Abidin Yang Ketiga was presented creatively by Tengku Dalam Kalthum in organizing events and communicate effectively through 3084 stanzas of interesting poetic read. Syair Tawarikh Zainal Abidin Yang Ketiga is not a common poetry, but has its privileges and its own uniqueness that can be appointed as a Great Work of Terengganu. Therefore, this paper aims to discuss the strength and prime position of Syair Tawarikh Zainal Abidin Yang Ketiga as a Great Work that had been born in Terengganu’s literary history.

Keywords: Syair Tawarikh Zainal Abidin Yang Ketiga; Sultan Zainal Abidin III; Tengku Dalam Kalthum; Great Work; Terengganu


Full Text:

PDF

References


Bahawa inilah Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu dinamai akan dia Itqanul Muluk bi ta’dilis Suluk. Cetakan kedua. 1931. Kuala Terengganu: Pejabat Cetak Kerajaan Terengganu.

Hassan Ahmad. 1999. Karya agung Melayu dan karya agung Dunia” Dewan Sastera, Oktober.

Helmey Zainee Mohd Zain. 2009. Syair Tawarikh Zainal Abidin Yang Ketiga: Sebuah Biografi Melayu Tradisional. Tesis MA, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Jelani Harun. 2008. Bustan al-Salatin (Bab Ketiga): Kisah Raja-Raja Yang Adil. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jelani Harun. 2009. Bustan al-Salatin: A Malay Mirror For Rulers. Penang: USM Press.

Siti Mariani S. M. Omar (sunt.). 2000. Katalog Manuskrip Melayu Koleksi Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu / Pahang. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Lembaga Muzium Negeri Terengganu.

Muhammad Salleh Haji Awang (Misbaha). 1992. Sejarah Darul Iman Hingga 1942. Kuala Terengganu: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Terengganu.

Muhammad Yusoff Hashim. 1991. Terengganu Darul Iman: Tradisi Persejarahan Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pengenalan Konsep dan Gagasan Karya Agung Yayasan Karyawan. 2000. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan.

Syair Tawarikh Zainal Abidin Yang Ketiga (Muzium Negeri Terengganu, LMN.TR. A 31).

Ungku Maimunah Mohd. Tahir, 1999. Karya agung Melayu dan hubungannya dengan kanun Melayu. Dewan Sastera, Oktober.

YM Tengku Kalthum Binti Tengku Embong Mahmud.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia