Penggunaan Tenaga Haiwan sebagai Medium Pengangkutan dalam Masyarakat Melayu Tradisional (The Use of Domesticated Animals as A Medium of Transportation in Traditional Malay Society)

NURUL IZZATI MD. MUSTAFA, ADNAN JUSOH, KHAIRI ARIFFIN, NABIR ABDULLAH, MOHD. KAMAL KAMARUDDIN

Abstract


ABSTRAK: Tanah Melayu diliputi oleh satu ruang geografi yang istimewa lantaran mempunyai satu ketamadunan yang tinggi. Sejarah membuktikan ketamadunan tinggi yang dilakarkan oleh masyarakat Melayu ini amat berkait rapat dengan fenomena alam yang menjadi salah satu medium pencetus kepada kepelbagaian kepentingan dan budaya di Tanah Melayu. Selain daripada unsur semula jadi seperti tumbuh-tumbuhan (seperti kayu kayan, akar dan rempah ratus), haiwan turut menjadi penyumbang utama kepada kepentingan di Tanah Melayu. Antara haiwan yang kerap diperihalkan berperanan penting kepada masyarakat di Tanah Melayu adalah gajah, kerbau dan kuda. Kajian sejarah juga telah membuktikan ketiga-tiga haiwan yang disebut ini menjadi penyumbang besar terhadap medium pengangkutan masyarakat Melayu silam. Makalah ini bertujuan untuk mengetengahkan bagaimana ketiga-tiga haiwan yang dinyatakan ini memainkan peranan bagi melestarikan keperluan masyarakat silam dalam medium pengangkutan. Gajah merupakan antara haiwan yang penting semasa ketiadaan kemudahan infrastruktur seperti jalan keretapi dan jalan raya. Kerbau pula sangat dominan sebagai haiwan yang mudah di gembala sebagai haiwan yang berperanan besar dalam bidang pertanian. Manakala kuda pula sangat besar peranannya terhadap golongan bangsawan samada dengan tujuan untuk pemilikan peribadi, peperangan mahupun kesukanan. Artikel ini menelusur menerusi kaedah kualitatif dengan mengambil kira sumber-sumber dari medium kepustakaan seperti manuskrip atau naskhah-naskhah Melayu, catatan barat dan yang seumpama dengannya. Oleh itu, menerusi perbincangan dalam makalah akan cuba dibuktikan dinamik dan perubahan terhadap penggunaan haiwan sebagai medium pengangkutan yang dinyatakan dalam masyarakat Melayu. Makalah ini juga diharapkan dapat memberi lebih fahaman serta menjadi batu loncatan terhadap pengkaji seterusnya bagi melihat penggunaan tenaga haiwan dari sudut pandang yang berbeza dengan lebih terperinci.

Kata kunci: Haiwan; pengangkutan; peranan; masyarakat Melayu

 

ABSTRACT: Geographical factor made of Malaya to have the great value of civilization. Historical studies proved that the great civilization was closely related to the natural phenomena that creates various cultures and significant identity of Malaya. Besides the natural elements like plants and vegetation (wood plant, roots and spices), animals also became one of the main contributors to Malaya such as elephant, buffaloes and also horses. Research proved that these three animals were important as main transportation during the old times for Malay people. The purpose of this paper is to highlight the importance of these animals to fulfill the people needs during the old times especially in the transportation sector. The elephant was important when the railway and highway still not exist. The buffalo were dominant in agriculture sector, while the horses were very important especially for aristocrats. They used it as either for private ownership, for war purpose and also sports. This article was written based on qualitative method by taking all the sources from various literatures such as Malay manuscript, western manuscript and others. Therefore, in this article, the dynamic and the change that happened on the use of animals as transportation will be discussed and to be proved on being told by Malay people. Hopefully, this article can increase the understanding for the future researcher and the usage of animals as transportation will be discussed in different point of view.

Keywords: Animals; transportation; function; Malay society


Full Text:

PDF

References


Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. 1952. Sedjarah Melaju/Amsterdam, disunting oleh T. D. Situmorong & Prof Dr. A. Teeuw. Djakarta: Penerbit Djambatan.

Ahmad Fauzi Mohd Basri. 1992. Misa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Jelani Harun. 2011. Umpama Sebuah Bahtera, Kajian Naskhah Melayu Sejarah Kesultanan Negeri Perak. Kuala Lumpur : Arkib Negara Malaysia.

Azharudin Mohd Dali. 2012 “Gajah dalam sosio-ekonomi Tanah Melayu sebelum merdeka” Dlm. Panji Pendeta, disunting oleh Abdullah Zakaria Ghazali dan Zuliskandar Ramli. Kuala Lumpur: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia.

Bird, I. 2010. The Golden Chersonese. Singapore: Monsoonbooks.

H.A.R. Gibb (Tra.). 1983. Ibn Batuta, travels in Asia and Africa. London: Darf Publication.

Marzila binti Muhamad Zakariya.‘Lumba kuda di Tanah Melayu, 1840-an hingga 1940-an’. Academic exercise (B.A.) Universiti Malaya. 2011/2012. (Belum Diterbitkan)

Mohd. Kasri Saidon. 2010. Tinjauan ke laluan lama Kedah: Siam zaman kesultanan silam. Dlm. Isu-isu Terpilih dalam Sejarah Politik dan Perjuangan: Sumbangsih kepada Profesor Madya Dr. Mohd Isa Othman, disunting oleh Ishak Saat & Mohd. Akbal Abdullah. Johor: Penerbitan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Mohd Taib Osman (sunt.). 2004. Hikayat Seri Kelantan. 2004. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Zain bin Din. 1966. Peranan kerbau dalam masharakat di-daerah Kota Star, Kedah. Academic exercise (B.A.), University of Malaya.

Mohd Zamberi A. Malek. 2001. Larut Daerah Terkaya. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Haji Salleh. 2009. Sulalat al-Salatin ya’ni Perteturun Segala Raja-Raja (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Hassan Muhammad Arshad, Dato’ Kerani. 1988. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Thompson, J.T. 1971. Glimses Into Life in Malayan Lands. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

http://www.memori-kedah.com


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia