Pemikiran Melayu Tentang Ilmu dan Adab dalam Puisi Melayu Tradisional (Malay Thought on Knowledge and Propriety in Traditional Malay Literature)
Abstract
ABSTRAK: Artikel ini membincangkan konsep pemikiran Melayu yang bersangkutan dengan ilmu dan adab yang secara tersiratnya dikupas melalui puisi Melayu tradisional, iaitu pantun, peribahasa dan syair. Perbahasan tentang aspek pemikiran ini sebenarnya telah bermula sejak zaman Plato dan Aristotle lagi yang berjaya menyingkap pelbagai rahsia yang berkait rapat dengan kehidupan manusia, haiwan, dan seluruh isi alam ini. Pemikiran Melayu berasaskan puisi Melayu tradisional ini merupakan keseluruhan pandangan atau fikiran seseorang individu yang merangkumi segala aspek pengetahuan, pemerhatian atau pendirian yang menjadi dasar keilmuan atau pegangan. Dalam pengkajian karya sastera khususnya puisi, pemikiran merangkumi aspek-aspek persoalan atau mesej pengajaran yang cuba disampaikan secara tersurat dan tersirat melalui karya untuk dijadikan panduan atau teladan dan pengajaran yang berkaitan dengan kehidupan individu atau masyarakat dalam sesebuah negara. Selain itu, pemikiran ialah sesuatu yang terbuku di fikiran dan cuba diluahkan dengan menggunakan wahana yang tertentu. Dalam konteks penulisan ini, wahana yang digunakan ialah puisi Melayu tradisional yang diharapkan agar terus dapat menjadi wadah ke arah pembentukan pemikiran yang kritis dan kreatif, cendekia, dan seiringan dengan aliran pemikiran Islam yang bersandarkan wahyu dari Allah SWT untuk menjadi petunjuk kepada manusia di bumi ini.
Kata kunci: Pemikiran Melayu; ilmu; adab; puisi Melayu tradisional
ABSTRACT: This article discusses the Malay thought, concerning its knowledge and culture which thoroughly explained through traditional Malay prose forms, including rhymes, proverbs and poetry. The aspect of thought have long been debated since the period of Plato and Aristotle who managed to reveal the secrets associated with human life, animals, and the entire universe. Malay thought based on the traditional Malay prose is perceptually an overall view or thoughts of an individual which encompasses aspects of knowledge, observation or principle underlying the knowledge or belief. In literary research, particularly poetry, thought encompasses all aspects of question or message which is explicitly and implicitly conveyed through the works, thus acting as a teaching guide to the life event of an individual or society in a country. Moreover, the thought is mentally stored in mind and expressed through a particular medium. In the context of this study, a medium used is traditional Malay prose forms. This medium expects to continuously become an avenue towards the development of critical and creative thinking, intellectuality, and at a time, being able to stand in line with the Islamic thought which is clearly developed based on Allah’s guidance to mankind.
Keywords: Malay thought; knowledge; manners; traditional Malay prose forms
Full Text:
PDFReferences
Al-Quran. 2001. Tafsir Pimpinan al-Rahman. Kuala Lumpur: Darul Fikir.
Abu Taariq Said. 2006. 40 Hadis Motivasi Ilmu. Batu Caves: Edusystem Sdn.Bhd.
Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 2007. Tinjauan Ringkas Peri Ilmu dan Pandangan Alam. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Alwi Salim. 1983. Puisi Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Gagne, R. 1985. The Conditions of Learning. 4th edition. New York: Holt, Rinehart & Winston.
Mana Sikana. 2005. Teori dan Kritikan Sastera Malaysia. Bandar Baru Bangi: Pustaka Karya.
Siti Zainon Ismail. Mengukir Budi Melayu.http://kakiseni.com/articles/people/MDIxOQ.html. Tarikh capaian 20 Disember 2013.
Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin. 1993. Pendidikan Islam Era 2020: Tasawur dan strategi. Dlm. Pendidikan Islam Era 2020: Tasawur dan Strategi, disunting oleh Khailani Abdul Jalil & Ishak Ali Shah. Kajang: Tekno Edar.
Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). 2002. Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia