Cikgu Muhammad Zain Haji Ayob Pengasas Majalah Panduan Guru (Cikgu Muhammad Zain Haji Ayob the Founder of Panduan Guru)
Abstract
ABSTRAK: Artikel ini menganalisis peranan Cikgu Muhammad Zain Haji Ayob dalam mengasaskan penerbitan majalah terbitan guru yang pertama iaitu Panduan Guru. Beliau bersama-sama rakan-rakan guru menubuhkan Persatuan Guru Melayu Pulau Pinang pada tahun 1920 dan dalam waktu yang sama menerbitkan Panduan Guru sebagai wadah pemikiran dan kepimpinan guru. Majalah terbitan guru-guru Melayu Pulau Pinang ini menjadi asas kepada kewujudan majalahmajalah terbitan guru yang lain termasuk Majalah Guru yang lebih berimpak dan bersifat kebangsaan. Walaupun jangka hayatnya pendek, Panduan Guru berjaya memainkan peranan membangkitkan kesedaran kebangsaan dan memperkaya maklumat kepada guru-guru dan masyarakat Melayu. Artikel berfokus kepada guru-guru Melayu Pulau Pinang dalam persatuan guru. Tulisan ini penting untuk memaparkan kepada masyarakat akan peranan besar yang dimainkan oleh para guru khususnya Pulau Pinang dalam meningkatkan keintelektualan, kepentingan pendidikan dan usaha memartabatkan bahasa Melayu.
Kata kunci: Panduan Guru; guru Melayu; umat Melayu; kemunduran; kesedaran
ABSTRACT: This article analyses the role of Cikgu Haji Muhammad Zain Haji Ayob in establishing "Panduan Guru" as the first publication of teachers’ magazine. Cikgu Muhammad Zain with fellow teachers established Malay Teacher’s Association of Penang in 1920 and at the same time they published “Panduan Guru” to portray Malay teachers’ thinking and leadership. The Publication of Penang Malay Teachers’ became the basic for the existence of other teacher magazines including “Majalah Guru” which has a great impact and nationalistic character. Though short-lived, “Panduan Guru” successfully played the role to arouse national consciousness and enriched information to the teachers and the community. It aims to show to the public the crucial role played by teachers to increase intellectual level, the importance of education and public awareness of the role of the Malay language.
Keywords: Panduan Guru; Malay teacher; Malay people; regression; consciousness
Full Text:
PDFReferences
Abdul Rahman Ismail. 2002. Jati Diri Bahasa Melayu Dalam Era Pensejagatan: Berkacau Dengan ‘Bahasa Kacaukan’. Dlm. Pemikiran Melayu Tentang Alam dan Hakikat Diri, disunting oleh Syed Muhammad Dawilah al-Edrus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aminah Mohamad Nor. 1998. Kebangkitan dan perjuangan persatuan guru-guru Melayu Pulau Pinang dan Seberang Perai 1920-1950. Kajian Ilmiah Ijazah Sarjana Muda Sastera, Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 1997/1998.
Hasnah Husiin. 2009. Guru-guru Melayu: Peranan dan Perjuangan Pada Zaman Penjajahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jubli Emas Persatuan Guru-guru Melayu Pulau Pinang dan Seberang Perai. 1972.
Mardiana Nordin. 1996. Panduan guru: Peranan dan sumbangannya dalam membangkitkan kesedaran masyarakat Melayu. Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 1995/96.
Mohamad Nor Ahmad. 1972. Persatuan Dengan Penerbitan Majalah. Jubli Emas Persatuan Guru-guru Melayu Pulau Pinang dan Seberang Perai.
Mohd. Sarim Hj. Mustajab et.al. 1988. Akhbar dan Majalah di Malaysia: Sejarah dan Perkembangan. Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Panduan Guru. Julai 1922, Oktober 1922, April 1923, Julai 1923, Oktober 1923, April 1924, Julai 1924, Oktober 1924.
Roff, W. R. 2005. Nasionalisme Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
__________ . 1972. Bibliography of Malay and Arabic Periodicals. Published in the Straits Settlements and Peninsular Malay States 1876-1941. London: Oxford University Press.
Roslan Saadon. 2010. Perjuangan KGMMB. Kuala Lumpur: Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat.
__________ . 2015. Perjuangan guru Melayu Pulau Pinang 1920-1980: Satu manifestasi pemikiran dan kepimpinan guru. Disertasi Ijazah Doktor Falsafah, Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, Januari 2015.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia