Personaliti sebagai Faktor Ekstralinguistik yang Mempengaruhi Pembelajaran Bahasa Kedua dalam Kalangan Pelajar Asing (Persoality as One of Extralinguistic Factors that Influenced in Learning Second Language among Foreign Students)

HUSNA HIDAYAH MANSOR, ROHAIDAH KAMARUDDIN

Abstract


ABSTRAK: Pengkaji melakukan kajian ini untuk melihat hubungan faktor ekstralinguistik bahasa kedua dengan pencapaian bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing di lima buah universiti di Malaysia. Pengkaji berminat untuk mengupas personaliti warna sebagai faktor ekstralinguistik yang mempengaruhi pembelajaran bahasa kedua dalam kalangan pelajar asing di universiti-universiti di Malaysia. Hasil dapatan kajian menunjukkan personaliti pelajar-pelajar asing dipengaruhi oleh warna hijau, merah dan kuning yang menunjukkan mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk berjaya dan menguasai bahasa kedua yang dipelajarinya. Sampel kajian ini terdiri daripada 150 orang pelajar dari 27 buah negara yang mengambil bahasa Melayu sebagai bahasa asing di Universiti Putra Malaysia (UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM)

Kata Kunci: Ekstralinguistik, personaliti, penutur asing, bahasa kedua, warna


ABSTRACT: The researchers conducted this study to determine the relation between extralinguistic factors of Malay language ar a second language and the achievement of Malay language among foreign students at five universities in Malaysia. Researchers interested in analyzing the personality of colour as an influencing factor of extralinguistic learning in a second language among foreign students at universities in Malaysia. The result shows that foreign student's personality is influenced by the colours of green, red and yellow. This indicating students are willing to do anything to succeed and dominate the second language learned. The study sample consisted of 150 students from 27 countries. They took the Malay language as a foreign language at Universiti Putra Malaysia (UKM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) and Universiti Sains Malaysia (UXM)

Keywords: Extralinguistic: personality; second language, foreign student 3: colour


Full Text:

PDF

References


Abdul Hakim Abdullah, Ab. Aziz Sulaiman, Wan Ismail Wan Abdullah & Hafisah Zakaria. 2014. Faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi terhadap pembelajaran bahasa arab dalam kalangan pelajar peringkat menengah rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Lilbanat, Kota Bharu Kelantan. Prosiding Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab 2014.

Abdul Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin. 1997. Psikologi Pendidikan 1. Selangor: Longman Malaysia Sdn Bhd.

Ahmad Jazimin Jusoh. 2000. Hubungan personaliti warna dengan minat kerjaya di kalangan pelajar UPM. Tesis Master. Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Deci, E & Ryan, R .1985. Intrincic Motivation and Self Determination in Human Behavior. New York : Plenum Press.

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2013. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khader Ahmad, Monika @ Munirah Abd Razzak, Nur Asilah Ibrahim dan Nik Mohd Zaim Ab Rahim. 2012. Warna merah dan kaitan dengan sifat marah dalam perspektif hadith : Satu analisis awal. Dlm. Transformasi Penyelidikan dalam Bidang Pengajian Islam, disunting oleh Khader Ahmad & Sedek Ariffin. Kuala Lumpur: Bahagian Ijazah Tinggi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Mir Hazil Azran Ramli. 2008. Aura Personaliti Warna. Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Rohaidah Kamaruddin. 2012. Hubungan Faktor Ekstralinguistik Bahasa Kedua dengan Pencapaian Bahasa Melayu Pelajarpelajar Melayu di Negeri Sembilan. Tesis Doktor Falsafah. Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Siti Aishah Hamid. 2009. Profil personaliti dan minat kerjaya pelatih institut pendidikan guru Malaysia. Tesis Master. Serdang : Universiti Putra Malaysia.

Yong Chyn-Chye, Vijayaletchumy Subramaniam & Chan TzeHaw. 2013. Peranan faktor ekstralinguistik dalam pengajaran bahasa melayu untuk penutur asing. Jurnal PENDETA. 4: 231-244.

Max Lüscher. 1981. Personality Signs. Warner Books.

Zaliza Mohamad Nasir dan Zaitul Azma Zainon Hamzah. 2014. Sikap dan motivasi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Procedia- Social and Behavioral Sciences 134 (2014): 408-415.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia