Pengurusan Konflik dalam Cerita Rakyat Nusantara Abad ke-19 (Conflict Management in 19th Century Malay Archipelago Folklores)
Abstract
ABSTRAK: Konflik sentiasa bersama dan berkembang secara dinamik seiring dengan perkembangan manusia. Hal ini dapat dilihat dalam cerita rakyat yang berkembang sejak ratusan tahun yang lalu. Pelbagai pendekatan digunakan untuk menyelesaikan sesuatu pergaduhan, pertelingkahan, masalah dalaman manusia dan sebagainya dapat dikesan dalam cerita-cerita yang berkembang dalam masyarakat Melayu atas kesedaran kewujudan konflik merupakan satu fenomena yang tidak dapat dielakkan oleh individu ataupun masyarakat. Apa yang menarik perhatian pengkaji, pengurusan konflik sama ada secara langsung dan tidak langsung sudah wujud dalam cerita-cerita rakyat yang dikhaskan untuk golongan kanak-kanak. Cerita rakyat daripada perspektif kanak-kanak sudah dikumpulkan dalam bentuk manuskrip dan buku bercetak melebihi seratus tahun yang lalu dikhaskan untuk golongan kanak-kanak seperti yang terdapat dalam Kitab Pembatjaan, Soerat hikajat-hikajat jang baik laipoen bergoena di batja oleh anak-anak. (Surat hikayat-hikayat yang baik lagipun berguna di baca oleh anak-anak).. Cerita-cerita tersebut tersimpan kemas di Perpustakaan Utama di Universiti Leiden dan KITLV (Koninklij Instituut Voor de Taal-Lan-en Volkenkunde atau lebih dikenali sebagai Institut Di Raja Linguistik dan Antropologi Hindia Timur Belanda), di Belanda. Dalam kajian ini, beberapa cerita rakyat daripada perspektif kanak-kanak dipilih untuk meneliti pengurusan konflik yang terdapat dalam cerita. Dapatan kajian menunjukkan terdapat kaedah tertentu yang digunakan oleh masyarakat Melayu tradisi dalam pengurusan konflik.
Kata kunci: Pengurusan konflik; cerita rakyat Nusantara; kanak-kanak
ABSTRACT: Conflict has always been dynamically linked together and expanded along with the human development. This can be seen in the development of folklores since hundreds of years ago. A number of different approaches have been used to resolve arguments, disputes, inner conflicts etc in Malay stories due to the realization that the existence of conflicts is an inevitable phenomenon in an individual or a society. The researcher is very intrigued by the findings that conflict management has always been existent in folklores specially dedicated to children. The folklores from children’s’ perspectives were compiled in the form of manuscripts dan printed materials since more than hundred years ago and dedicated to children as seen in the books of dalam Kitab Pembatjaan, Soerat hikajat-hikajat jang baik laipoen bergoena di batja oleh anak-anak. (Surat hikayat-hikayat yang baik lagipun berguna di baca oleh anak-anak) and many more. These stories are being well kept at the Central Library of Leiden University and KITLV (Koninklij Instituut Voor de Taal-Lan-en Volkenkunde or better known as The Royal Netherlands Institute of Southeast Asian and Carribean Studies) in Netherlands. In this research, there are a few childrens’ stories chosen to evaluate the existence of conflict management. The findings show that there are a few methods used by the traditional Malay society in managing conflicts.
Keywords: Conflict management; Nusantara folklores; children
Full Text:
PDFReferences
Ab. Aziz Yusof, Norashidah Hashim & Ooi Yeng Keat. 2004. Pengantar Pengurusan. Selangor: Prentice Hall dan Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Jamaludin Ramli, Jaafar Sidek Latif, Fawziah Yahya & Amir Hamzah. 2004. Psikologi Sosial. Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd. Foad Sakdan. 2005. Pengurusan Konflik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rene Wellek & Austin Warren. 1995. Teori Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Robbins, S. P. 1861. Soerat Hikajat- Hikajat Jang Baik. Batavia.
___________ . 2000. Gelagat Organisasi. Terj. Abdul Razak Iberahim dan Ainin Sulaiman. Selangor: Prentice Hall dan Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Siti Hawa Haji Salleh. 1997. Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Soetan Padoeka. 1891. Kitab Pembatjaan.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia