Graf Penomboran Al-Quran (Graph of Numbering in the Quran)

HAZWANI CHE AB RAHMAN, NUR ASYIKIN HAMDAN, ABDUL LATIF SAMIAN, NAZRI MUSLIM

Abstract


ABSTRAK: Kajian ini membincangkan tentang kehebatan penyusunan yang begitu teliti dan menakjubkan oleh Allah SWT daripada pandangan susunan matematik. Ilmu pengetahuan dalam al-Quran bukan terhad kepada pengetahuan tentang sesuatu perkara sahaja, tetapi meliputi keseluruhan pengetahuan yang ‘haq’ atau benar, dan diterima bersama oleh fitrah, akal, dan wahyu. Usaha yang dilakukan dalam kajian ilmiah ini menunjukkan ilmu dan keajaiban itu bukan hanya daripada pentafsiran ayat-ayatnya, malah cara penyusunan surah di dalam al-Quran, bilangan ayat dan turutan penurunan surah yang digunakan dalam membentuk keseluruhan isi al-Quran, mampu membentuk lakaran yang menarik di atas graf Cartesan. Panduan pengetahuan yang ‘haq’ ini apabila dihayati dengan sepenuhnya akan membawa manusia kepada keyakinan dan kebenaran mutlak. Kebenaran mutlak ini akan seterusnya membina tembok-tembok yang kukuh di dalam diri seseorang.

Kata kunci: Allah; susunan al-Quran; graf

 

ABSTRACT: The purpose of this study is to analyse God’s excellence in the arrangement of the Qur’an from the mathematical angle. The knowledge in the Quran, is not limited to things, but also covers true knowledge (haq) ,which is accepted by the inner disposition, reason, and revelation. The effort of this study shows that the knowledge and the miracle is not just come from the interpretation of Quran’s sentences, but also from the arrangement of total sentence and chronology of the verses that can be demonstrated via the Cartesian graph. A correct understanding and adherence of the ‘true knowledge’ would lead, towards confidence and the final truth. This ultimate truth would develop firm walls in the human soul to enable the individual to withstand various of life’s challenges.

Keywords: Allah; arrangement of the Qur’an; Cartesian graph


Full Text:

PDF

References


Al-Quran.

Abdul Fatah Haron Ibrahim. 1986. Rekaan Rashad Khalifa: Kod 19 Menyesatkan. Selangor: Penerbit Yayasah Dakwah Islamiah Malaysia.

Abdul Latif Samian. 2012. Memetakan Metamatematik. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Al-Ghazali. Muhammad, 1991. Akhlak Seorang Muslim. Terj. H MohRifai. Selangor: Thinkers Library.

Maarop Md Noh. 2000. Al-Quran Menjana Ilmu Matematik. http://www.webspawner.com/users/ieyla/index.html [2 November 2015].

Mahyuddin Ashaari. 2012. Konsep iqra’ dan matlamat pendidikan. Jurnal Pendidikan Islam (Jun-Dis) 2012: 49-61.

Mohd Arip Kasmo. 2010. Kehebatan Susunan Al-Quran. Seremban: Pusat Perniagaan Senawang, ITQANS Ent.

Mohd Yusof Hj. Othman. 2013. Sains Dalam Maqasid AlQuran. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Yusof Hj. Othman. 2014. Pengenalan Sains Tauhidik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Musa’id bin Salih Al-Tayyar. 2002. Kasyafat Ayat Al-Quran AlKarim; Dirasah Lil Ittijahat Al-Adadiyyah wa Tara’iq AlTartib. Riyadh: Maktabah Al-Malik Fahd Al-Wataniyyah.

Syed Muhammad Naquib Al-Attas. 1972. Islam dalam Sejarah dalam Kebudayaan Melayu. Bangi:UKM

Umar Abdullah. 2010. Sejarah Penulisan, Pengumpulan, dan Penyalinan Al-Quran. https://mediaislamnet.com/2010/08/sejarah-penulisan-pengumpulan-dan-penyalinan-al-quran/[15.02.2016].

Wikipedia. 2016. Cartesian coordinate system.https://en.wikipedia.org/wiki/Cartesian_coordinate_system [accessd on 15 February 2016]


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia