Terjemahan: Penipu, Antinomian (ibāhah)1 dan Pseudo-Sufi: Suatu Upaya Menyenaraikan Penjahat Spiritual (miscreants), Bahagian 1

MOHAMAD NASRIN MOHAMAD NASIR

Abstract


Sebagai sebuah fenomena sejarah, istilah tasawwuf boleh dianggap sebagai sebuah istilah generik; kerana sesuatu yang dikatakan mengenai sekumpulan Sufi selalunya boleh ditolak dengan merujuk kepada kumpulan (Sufi) yang lain. Benar definisi ringkas telah diberikan oleh beberapa tokoh Sufi namun kesemuanya hanyalah berdasarkan kepada pandangan dan pengalaman mereka sahaja . Disebabkan terma yang licin ini yang selalunya digabungkan dengan pandangan yang selalu bersifat melangkaui shari’ah, maka ini memudahkan antinomian untuk muncul seperti Sufi dan menjadikan penolakan terhadap mereka dilakukan oleh mereka yang lebih berhak memakai panggilan tersebut. Sehinggakan tiba suatu ketika di mana perlu disebutkan perbezaan antara mereka yang melampaui shari’ah dengan mereka yang bertindak melawan shari’ah. Motif utama penghasilan buku-buku tasawwuf pada awalnya adalah untuk menepis sebarang kesalahfahaman terhadap makna Sufi itu sendiri, termasuk pengamalannya dan juga untuk membezakan antara mereka yang layak dan benar daripada mereka yang penipu dan tersesat. Pada bahagian muqaddimah karya agungnya, al-Ta’arruf li Madhhab Ahl alTasawwuf, Abu Bakr al-Kalabadhi (m.380/990) meratapi bahawa pada zaman beliau, “makna tasawwuf sudah hilang dan yang tinggal hanyalah namanya.” Mereka yang jahil mengenai tasawwuf mengaku sebagai ahlinya; mereka mengakuinya dengan lidah namun pada masa yang sama menidakkannya dengan tindakan mereka dan mereka memasukan amalan yang tidak daripadanya . Beliau walau bagaimanapun tidak melihat kepentingan untuk menyatakan dengan jelas, hanya bersikap untuk menggambarkan dengan secara ringkas dan sistematik mengenai apakah Sufi yang sebenar.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia