Takwim Hijrah Pramoden Alam Melayu sebagai Mekanisme Sains, Agama dan Sosio-Budaya (Hijrah Calendar of Premodern Malay Nature as a Mechanism of Science, Religion and Socio-Culture)

Sharifah Hamizah Syed Omar, Nur Nafhatun Md Shariff, Baharrudin Zainal, Zety Sharizat Hamidi

Abstract


ABSTRAK: Perkembangan Islam di Alam Melayu menyebabkan takwim Hijrah telah digunakan secara meluas sebagai sistem takwim. Penyebaran Islam oleh ulama Timur Tengah dan proses pengajian ulama tempatan di sana memberi pengaruh besar terhadap penggunaan sistem takwim Hijrah. Takwim Hijrah merupakan simbol kekuatan Islam dalam mengurus masa dan waktu-waktu ibadah. Konsep pembentukan takwim Hijrah pramoden terbahagi kepada dua kaedah iaitu hisab istilahi dan hakiki. Hisab istilahi adalah kaedah hitungan purata peredaran Bulan dan Bumi mengelilingi Matahari. Manakala kaedah hakiki ialah hitungan kedudukan sebenar Bulan dan Matahari bagi mendapatkan data kenampakan hilal dengan tepat. Penggunaan pertama takwim Hijrah dalam bentuk jadual adalah menerusi manuskrip Jadual Bulan ‘Arabi, Masuk Bulan Orang Putih oleh Sa`id Ibn al-Marhum Engku Haji Ahmad (1321H/1903M). Objektif kajian ini untuk menentusahkan fungsi kalendar Hijrah pramoden sebagai mekanisme sains, agama dan sosiobudaya di Alam Melayu. Metodologi kualitatif bersifat kepustakaan melibatkan pengumpulan dan analisis data daripada koleksi kalendar tahunan pramoden pada awal abad ke-20M. Dapatan kajian ini menyatakan bahawa takwim Hijrah pramoden telah memenuhi fungsi sebagai mekanisme sains, agama dan sosio-budaya berdasarkan maklumat yang dipaparkan pada kalendar. Antara maklumat tersebut iaah unit takwim, musim, cuaca, peristiwa penting dalam sejarah Islam, nasihat kesihatan dan sebagainya. Kesimpulannya, maklumat yang terkandung dalam kalendar Hijrah pramoden tentang sains, agama dan sosiobudaya perlu dikekalkan dalam kalendar Hijrah kontemporari sebagai ilmu falak am dan bukti kearifan tempatan.

Kata kunci: Falak; Takwim Hijrah; sains; sosio-budaya; agama


ABSTRACT: The development of Islam in the Malay World caused the Hijrah calendar to be used as a calendar system. The spread of Islam by Middle Eastern scholars and the study process by local scholars in the Middle East greatly influenced the use of the Hijrah Calendar system. The Hijrah Calendar is a strength symbol in Islam worship times. The method of determination of pre-modern Hijrah calendar revolves two main calculations, namely hisab istilahi and hakiki. Hisab istilahi is the calculating the average circulation of the moon and the earth around the sun. While the hakiki is the calculation of the actual position of the moon and sun to obtain accurate data on the visibility of the crescent. The first use of the Hijrah calendar was detected in a manuscript Jadual Bulan ‘Arabi, Masuk Bulan Orang Putih by Sa`id Ibn al-Marhum Engku Haji Ahmad (1321H/1903AD). This study aims to verify the function of the pre-modern Hijrah calendar as a scientific, religious and socio-cultural mechanism in the Malay World. This qualitative study involves the collection and analysis of data from five collections of premodern annual calendars on early 20th century. According to the findings of this study, the premodern Hijrah calendar fulfills as a science, religious and socio-cultural mechanism to the highlighted information on the calendar like units of calendar, seasons, weather, important events in Islamic history, health advice and others. As a conclusion, the information contained in the premodern Hijrah calendar on science, religion and socio-cultural should be maintained in the contemporary Hijrah calendar as a general falak knowledge and evidence of local wisdom.


Keywords: Falak; Hijrah Calendar; science; socio-culture; religion


Keywords


Falak; Takwim Hijrah; sains; sosio-budaya; agama

Full Text:

PDF

References


Abdullah, W.M.S. 2015. Ensiklopedia Naskhah Klasik Nusantara. Khazanah Fathaniyah.

Ahmad, S. i. I. a.-M. E. H. 1905. Jadual Bulan ‘Arabi, Masuk Bulan Orang Putih. Perpustakaan Negara Malaysia.

Al-Bukhari, A.A.N. 1893. Sahih Bukhari. Matba’ah al-Kubra al-Amiriyah.

Al-Fadani, S.M.Y.I. 1950. Al-Mukhtasar al-Muhadzzab fi Ma’rifati al-Tawarikh al-Thalathah al-Auqat wa al-Qiblah bi Rubu’ Mujayyab. Bab al-Salam.

Al-Quran, L.P.M. 2007. Al-Quran al-Karim dengan resam al-’Uthmani. Kala Lumpur:mPustaka Darul Iman.

Ali, H.M. 2015. Kaedah hitungan tempoh enam bulan dua lahzah mengikut takwim hijri untuk penentuan status sah nasab. Jurnal Falak 1: 141-154.

Butar-Butar, A.J.R. 2020. Ilmu Falak Dalam Syeikh Abdul Rauf Singkil (w. 1105H/1693M)- Kajian Atas Naskhah Risalah fi al-Taqwim. Bildung.

Fuadi, L. 2021. Ilmu Falak, Pengenalan Taqwim dan Penyusunannya. CV. Stelkendo Kreatif.

Ismail, M.R. 2012. Ilmu hikmah dalam kajian etnosains dan etnomatematik alam Melayu. In Etnomatematik dan Etnosains di Alam Melayu, edited by R. A. Tarmizi. Universiti Putra Malaysia.

Muslim, A. a.-H. 1955. Sahih Muslim. Matba’ah Isa al-Bab al-Halabi.

Nordin, R. 2010. Pembentukan Takwim Hijri dan Kepentingannya dalam Permasalahan Fiqh [Tesis Sarjana diterbitkan, Universiti Malaya]. Kuala Lumpur.

Nur, A. 2017. Garis batas antara agama dan budaya dalam perspektif antropologi. Adabia 19(1): 49-56.

Nuruddin, H.U.I. 1924. Miftah al-Ta’lim. Khazanah Fathaniyah. Tarmizi, R.A. 2012. Etnomatematik di alam Melayu. In Etnomatematik dan Etnosains di Alam Melayu, edited by R. A. Tarmizi, Universiti Putra Malaysia.

Yusof, H. & Othman, T.S.T. 2020. Miftahul Malayu. Penerbit Alami Sdn. Bhd.

Zainal, B. 2016. Pentahkikan Naskhah Falak Alam Melayu. Jabatan Mufti Selangor.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia