Bahasa Kesat Dan Cacian Di Twitter (Foul Language and Profanity on Twitter)
Abstract
ABSTRAK: Komunikasi masyarakat dunia mengalami perubahan drastik kesan daripada kepesatan teknologi maklumat. Komunikasi kini menjadi mudah, pantas dan dekat apabila seluruh masyarakat dunia dapat berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain. Hal ini secara tidak langsung telah memberikan kesan terhadap gaya atau trend berbahasa masyarakat. Kini masyarakat siber dilihat lebih kerap meluangkan masa bersosial dalam platform digital. Dengan peralihan medium komunikasi berteraskan pengkomputeran digital ini masyarakat dunia amnya dilihat mulai aktif dan berinteraksi secara bebas tanpa sempadan. Hal ini mengundang kepada penggunaan bahasa gaya bebas, kasar, kesat dan bersifat cacian. Gaya bahasa ini khususnya yang berunsur kesat dan cacian mulai digunakan secara berleluasa terutama apabila melibatkan isu-isu panas dan tular. Situasi berbahasa ini menjadi trend dalam kalangan pengguna internet khususnya di Twitter. Platform Twitter dilihat menjadi medan perdebatan antara netizen tentang sesuatu isu sama ada dalam dan luar negara. Oleh hal yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti penggunaan bahasa kesat dan cacian dalam kalangan pengguna Twitter berasaskan Strategi Ketidaksantunan Culpeper (1996). Hasil daripada kajian menunjukkan terdapat lima strategi ketidaksantunan Culpeper (1996) yang dikenal pasti, iaitu ketidaksantunan secara langsung, ketidaksantunan positif, ketidaksantunan negatif, sarkastik/sindiran dan menahan kesantunan. Hasil daripada penelitian juga menunjukkan ketidaksantunan bahasa yang menggunakan bahasa kesat dan cacian di Twitter merupakan suatu tindak balas daripada pencetus yang mendorong sesuatu ujaran berlaku. Fenomena berbahasa kesat dan cacian ini menunjukkan wujudnya perubahan besar dalam trend berbahasa masyarakat khususnya di platform digital. Masyarakat dilihat mulai menormalisasikan bahasa-bahasa kesat dan cacian ini. Situasi gaya berbahasa negatif ini perlu dibendung oleh semua pihak terutamanya pihak berwajib dan perlunya kesedaran dalam kalangan netizen tentang impak negatif daripada kebiasaan berbahasa kesat dan cacian ini.
Kata kunci: Strategi Ketidaksantunan; Bahasa Kesat; Cacian; Twitter; Media Sosial
ABSTRACT: The communication of the world community has undergone drastic changes as a result of the speed of information technology. Communication is now easy, fast and close when the entire world community can connect and interact with each other. This has indirectly had an impact on the language style or trend of the community. Now cyber society is seen to spend more time socializing in digital platforms. With the transition of this digital computing-based communication medium, the world community is generally seen to be active and interact freely without borders. This invites the use of free style language, rough, abusive and blasphemous. This style of language, especially those with abusive and insulting elements, began to be used widely, especially when it involved hot and contagious issues. This language situation has become a trend among internet users, especially on Twitter. The Twitter platform is seen as a field of debate between netizens about an issue whether domestic or foreign. As such, this study was conducted to identify the use of abusive language and insults among Twitter users based on Culpeper’s Impoliteness Strategy (1996). The results of the study show that there are five impoliteness strategies Culpeper (1996) identified, namely direct impoliteness, positive impoliteness, negative impoliteness, sarcastic/sarcasm and withholding politeness. The results of the research also show that language impoliteness that uses abusive language and insults on Twitter is a reaction from the trigger that prompts something to happen. This phenomenon of abusive language and blasphemy shows the existence of a big change in the trend of social language, especially on digital platforms. Society is seen to begin to normalize these abusive and blasphemous languages. The situation of this negative language style needs to be curbed by all parties, especially the authorities and the need for awareness among netizens about the negative impact of this habit of foul language and profanity.
Keywords: Impoliteness Strategies; Foul Language; Profanity; Twitter; Social Media
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Abdul Wahab, M.K., NorHashi, M.N.T. & Wan Mohamad,
W.A. 2021. Aspek Kesantunan dan Ketidaksantunan
Berbahasa dalam Kalangan Pelajar Bahasa Melayu: Satu
Kajian Perbandingan Dua Buah Negara. e-Jurnal Bahasa
dan Linguistik 3(2): 1-20.
Ahmad, A.A., Yahya, M.A., Hashim, N. & Mahmor, N.A. 2016.
Kesantunan bahasa semasa berkomunikasi di laman sosial. Proceeding of the International Conference on Government & Public Affair.
Amin, N.M. & Sharipudin, M.N.S. 2020. English profanity on
social media: Linguistic preferences and reasons for use.
International Conference on Communication and Media
: 388-396.
Cholidah, D. & Damanhuri, A. 2017. English swearing among
teenagers in Instagram. Language Horizon 5(1): 58-65.
Culpeper, J. 1996. Towards an anatomy of impoliteness. Journal
of Pragmatics 25(3): 349–367.
Culpeper, J. 2011. Impoliteness: Using language to cause
offence (Studies in Interactional Sociolinguistics, Series
Number 28) (Illustrated ed.). Cambridge University Press.
Husda, A., Saragih, E.L.L. & Mulyadi. 2021. Taboo words in
hate speech through social media. Technium Social Sciences
Journal 17: 510-523.
Kamus Dewan (Edisi 4). 2017. Kamus Dewan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Krishnan, M. 2018. Strategi ketidaksantunan bahasa dalam
komen Malaysiakini. Master Thesis, University of Malaya.
Mohd Adam Fazery Jeffry, Nor Shahila Mansor & Siti
Zobaidah Omar. 2023. Strategi ketidaksantunan bahasa
dalam kalangan komunitas Facebook di Malaysia. Prasasti:
Journal of Linguistics 8(2): 207-226.
Nurlaili, S.P.I. 2019. Strategi ketidaksantunan berbahasa para
komentator dalam sistem penghitungan suara (SITUNG)
pilpres 2019 di akaun Twitter @kpu_id. Jurnal Bahasa 8(4):
-10.
Rahman, N.N.A. & Hassan. H. 2019. Analisis pragmatik
strategi kesantunan dan ketaksantunan berkaitan isu
belanjawan sulung negara tahun 2018 dalam Facebook.
Dlm: Linguistik Bahasa dan Pendidikan. Pusat Pengajian
Ilmu Kemanusiaan, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 73-81.
Ramli, R. 2019. Emosi dan ekspresi budi bahasa remaja dalam
interaksi atas talian. International Journal of Humanities,
Philosophy, and Language 2(8): 231-240.
Ritos, S. & Daud, M.Z. 2020. Strategi penggantian disfemisme
kepada eufemisme dalam komunikasi lisan masyarakat
Bidayuh, Bau: Analisis pragmatik. Asian People Journal
(1): 64-83.
Santoso, W.J. 2014. Bentuk, faktor, dan skala kesantunan
dalam penyampaian maksud (305-315). Prosiding Prasasti.
Siminto. Universiti Sebelas Maret.
Sivanshanmugam, E.S. 2018. Ketidaksantunan dalam iklan
nasihat sosial THR Raaga. Master Thesis. University of
Malaysia.
Sulaiman, S.N.A. & Yusof, M. 2023. Trend Berbahasa Kesat
dalam Komunikasi Media Sosial dalam Bahasa dan Identiti
Masyarakat Tutur. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Triadi. R.B. 2017. Penggunaan makian bahasa Indonesia pada
media sosial (kajian sosiolinguistik). Jurnal Sasindo Unpam
(2): 1-26.
Vani, M.A. & Sabardila, A. 2020. Ketidaksantunan berbahasa
generasi milenial dalam media sosial Twitter. Jurnal
pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia 3(2): 90-101.
Xavior, A. 2017. Strategi ketidaksantunan bahasa juri dalam
rancangan realiti/Anitha Xavior. Masters thesis, University
of Malaya.
Refbacks
- There are currently no refbacks.
ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268
Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA
© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia