Unsur Feminisme Dalam Peribahasa Melayu: Pendekatan Semantik Inkuisitif (Elements Of Feminism In Malay Proverbs: An Inquisitive Semantic Study)

Julaina Nopiah, Nurhuda Maisarah Azhan

Abstract


ABSTRAK


Dalam arus modenisasi bahasa, penggunaan peribahasa Melayu kini semakin berkurangan dalam kalangan masyarakat masa kini. Peribahasa merupakan susunan kata atau ayat yang mempunyai maksud tertentu dan biasanya merujuk kepada maksud yang tersirat. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis penggunaan unsur feminisme yang terdapat dalam peribahasa Melayu berdasarkan pendekatan Semantik Inkuisitif (SI) dan Rangka Rujuk Silang (RRS). Kajian yang dilakukan adalah berbentuk kualitatif. Data kajian menunjukkan bahawa masyarakat Melayu gemar menggunakan objek tertentu seperti bulan, bunga, nama burung serta perigi bagi merujuk kepada perempuan dalam peribahasa. Justeru, sebanyak empat objek peribahasa yang difokuskan dalam kajian ini, iaitu bulan, murai, merpati dan perigi. Hasil kajian mendapati objek peribahasa seperti bulan merujuk kepada keterampilan, murai dan merpati merujuk kepada tingkah laku, manakala perigi merujuk kepada fitrah. Hakikatnya, setiap objek perlambangan yang dipilih dalam kajian ini mempunyai falsafah dan akal budi yang tersendiri. Falsafah dan akal budi tersebut terjelma melalui makna yang tersembunyi di sebalik unsur feminisme yang digunakan dalam pelbagai aspek seperti sifat, peristiwa dan objek yang berkait rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu. Unsur-unsur ini bukan sahaja mencerminkan pandangan budaya terhadap peranan dan nilai wanita, tetapi turut membentuk cara orang Melayu berfikir, menilai, dan menyesuaikan diri dengan norma sosial yang diwarisi. Dalam konteks ilmu semantik, penzahiran ini membuktikan bahawa peribahasa bukan sekadar ungkapan linguistik, sebaliknya merupakan sistem pengetahuan budaya yang kompleks, yang membolehkan makna dikonstruk secara berlapis menerusi perlambangan dan pengetahuan kolektif.


Kata kunci: Semantik Inkuisitif, feminisme, peribahasa, akal budi, masyarakat Melayu


ABSTRACT


In the wave of language modernization, the use of Malay proverbs has been gradually declining among contemporary society. Proverbs are arrangements of words or sentences that carry specific meanings, often referring to implied meanings. The study aims to identify and analyze the use of feminist elements in Malay proverbs using the Inquisitive Semantics (SI) and Cross-Referencing Frameworks (RRS) approaches. The research `conducted is qualitative in nature. Data from the study indicate that Malay society often uses specific object such as the moon, flowers, bird names, and wells to refer to women in proverbs. Therefore, four proverbial objects are focused on in this study: the moon, magpie, dove, and well. The study found that proverbial objects such as the moon refer to skills, magpies and doves refer to behavior, while wells refer to nature. In essence, each chosen symbolic object in this study has its own philosophy and wisdom. The philosophy and wisdom of the Malay people are manifested through the hidden meanings behind feminist elements expressed in various aspects such as traits, events, and objects closely tied to their daily lives. These elements not only reflect the cultural views on the role and value of women, but also shape the way Malays think, evaluate, and adapt to inherited social norms. From a semantic perspective, this expression demonstrates that proverbs are not merely linguistic utterances, but rather a complex system of cultural knowledge that allows meaning to be constructed in layered ways through symbolism and collective cognition.


Keywords: Semantic Inquisitive, feminism, proverbs, common sense, Malay society


Keywords


Semantik Inkuisitif, feminisme, peribahasa, akal budi, masyarakat Melayu

Full Text:

PDF

References


Abdullah Hussain. 2017. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

(Edisi Kedua). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aisa Nurfika Mohd Sabarudin, & Nurul Jamilah Rosly. 2021.

Unsur Bunga dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik

Inkuisitif. International Young Scholars Journal of

Languages, Volume 4.

Aminnudin Saimon, & Muhammad Asyraf Md. Rashid. 2022.

Konsep Kepimpinan dalam Peribahasa Melayu: Analisis

Semantik Inkuisitif. INTERNATIONAL JOURNAL OF

LANGUAGE EDUCATION AND APPLIED LINGUISTICS

(IJLEAL), Vol. 12(Issue 1).

Aminnudin Saimon & Muhammad Fuad Roslan. 2022. Gajah

dalam Peribahasa Melayu: Analisis Rangka Rujuk Silang.

LSP International Journal Vol. Issue 2.

George Romiko Bujang & Mary Fatimah Subet. 2021. Merungkai

Makna Sajak “Istimewanya Kita”: Pengaplikasian Semantik

Inkuisitif dalam Kalangan Murid Tahun Empat. Jurnal

Pendidikan Bahasa Melayu Vol. 11.

Hairul Nisma Wahab. 2020. Persamaan Makna Implisit Dalam

Peribahasa Melayu dan Sepanyol Berunsurkan Haiwan.

Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Heri Dwi Putranto, Sutriyono & Bieng Brata. 2023. Studi

Bioakustik: Karakteristik Suara Kicau Burung Murai Batu

Jantan Domestikasi. Jurnal Peternakan Indonesia.

Julaina Nopiah & Fikratul Jahriyyah Anuar. 2023. Unsur

Eufemisme dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik

Inkuisitif. Jurnal Bahasa.

Julaina Nopiah, Mohammad Aasim Addli & Maizura Osman.

Cerminan Kuasa Melalui Peribahasa Melayu yang

Berobjekkan ‘Gajah’ dan ‘Harimau’: Analisis Semantik

Inkuisitif. Jurnal Bahasa, Sastera dan Budaya.

Julaina Nopiah & Nur Yasmin Afifie Saiful Bahri. 2022.

Pengkonsepsian Rasa Sebagai Refleksi Emosi Dalam

Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif. Jurnal

Linguistik Vol. 26 No. 1.

Junaini Binti Kasdan & Julaina Nopiah. 2021. Padi dalam

Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif.

International Journal of the Malay World and Civilisation

(1).

Khairiah Mohd Yassin. 2019. Konsep Keperibadian dan

Kesantunan Wanita Melayu Menurut Perspektif Ibu Zain.

International Journal of Humanities, Philosophy, and

Language, Jilid: 2(6).

Mary Fatimah Subet & Mohd Ridzuan Md Nasir. 2019. Analisis

Semantik Inkuisitif Peribahasa Bahasa Melayu. Malaysian

Journal of Learning and Instruction Vol. 16.

Muhammad Hasan. 2015. Benda Astronomi Dalam Al-Quran

Dari Perspektif Sains. Teologi 26.

Nadzirah Roselan. 2022. ‘Wanita Bahagia Bertutur 20 Ribu

Perkataan Sehari’- Awas Bila Berubah Jadi Pendiam,

Khuatir Ada ‘Repression’! SirapLimau.com. Retrieved

Jun 16, 2024, from https://siraplimau.com/wanita-bahagiabertutur-

-ribu-perkataan-sehari-awas-bila-berubah-jadipendiam-

khuatir-ada-repression.

Nirwana Sudirman & Zulkifley Hamid. 2016. Pantun Melayu

Sebagai Cerminan Kebitataan Perenggu Minda Melayu.

Jurnal Melayu Bil. 15(2).

Nor Hashimah Jalaluddin. 2021. Lipas Dan Katak Dalam

Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif. Jurnal

Linguistik, Vol 25.

Nor Hashimah Jalaluddin & Maslida Yusof. 2018. Kiasan,

Kognitif dan Akal Budi Melayu. Penerbit Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Nurul Syazana binti Roslan & Nurul Jamilah Rosly. 2021.

Leksikal ‘Hati’ dalam Simpulan Bahasa: Analisis Semantik

Inkuisitif. International Young Scholars Journal of

Languages Volume 4.

Rabiatul Adaweeyah. 2016. Dilema Wanita: Apabila Perigi

Mencari Timba. tzkrh.com. Retrieved Jun 16, 2024, from

https://tzkrh.com/20166058/

Siti Humairah Abdul Rahaman & Nora’ Azian Nahar. 2020.

Kefahaman Makna Peribahasa dalam Kalangan Pelajar

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Pagoh.

International Young Scholars Journal of Languages.

Siti Jamilah Mohd Sukri. 2023. Sifat malu bertempat perisai

wanita bertamadun - BebasNews. ResearchGate.Diambil

semula Jun 16, 2024, daripada https://www.researchgate.

net/publication/374337519_Sifat_malu_bertempat_perisai_

wanita_bertamadun_-_BebasNews

Siti Nur Izzaty Binti Salit, Norsimah Binti Mat Awal & Harishon

Radzi. (n.d.). Unsur Feminisme Dalam Peribahasa Melayu:

Analisis Semantik Kognitif. Jurnal Wacana Sarjana Jilid

(1).

Toto Jr. 2024. Penyebab Burung Murai Cabut Bulu, Nomor 5

Paling Gawat Paling Susah

Disembuhkan. Selingkar Wilis Benar dan

Relevan. https://www. s e l i n g k a r w i l i s . c o m /

hobi/85012659291/penyebab-burung-murai-cabutbulu-

nomor-5-paling-gawat-paling-susah-disembuhkan

Zabedah Mohammed & Shaiful Bahri Md Radzi. 2020.

Manifestasi Keluhuran Wanita dalam Peribahasa Cerminan

Peradaban Melayu. Seminar Antarabangsa Susastera,

Bahasa dan Budaya Nusantara.

Zaitul Azma Zainon Hamzah & Ahmad Fuad Mat Hassan. 2011.

Bahasa Dan Pemikiran Dalam Peribahasa Melayu. GEMA

Online™ Journal of Language Studies Volume 11(3).

Zulkifli Mohamad Al-Bakri. 2023. Hari ke-13 Bulan

Hijri, Tetapi Google Menunjukkan Bulan Penuh.

Maktabah al Bakri. Retrieved Jun 16, 2024, from https://

maktabahalbakri.com/3420-hari-ke-13-bulan-hijri-tetapigoogle-

menunjukkan-bulan-penuh.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia