Analisis Kajian Literatur Uruf Dalam Penetapan Zakat Perhiasan Emas
Abstract
Kajian ini meneliti aplikasi konsep uruf dalam penetapan kewajipan zakat perhiasan emas dengan memfokuskan Negeri Kelantan sebagai kajian kes. Zakat merupakan instrumen utama dalam sistem ekonomi Islam, namun hukum zakat ke atas emas perhiasan masih diperdebatkan dalam kalangan fuqaha berikutan ketiadaan dalil qat‘ie yang menetapkannya secara jelas. Di Malaysia, penentuan kewajipan zakat perhiasan emas lazimnya berasaskan konsep uruf atau kebiasaan masyarakat setempat yang ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri. Pendekatan ini telah mewujudkan perbezaan dalam penetapan had zakat antara negeri, sekali gus mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menganalisis konsep dan peranan uruf dalam penetapan zakat perhiasan emas menurut perspektif fuqaha dan hukum Islam, menilai amalan semasa serta panduan rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), dan menghuraikan kaedah penggunaan uruf dalam menentukan kewajipan zakat perhiasan emas di negeri tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes melalui analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur dengan informan berautoriti dalam bidang fiqh zakat dan pentadbiran agama di Kelantan. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik secara induktif. Dapatan kajian diharapkan dapat memperjelaskan asas penggunaan uruf, mengurangkan kekeliruan masyarakat serta menyumbang kepada penambahbaikan pelaksanaan zakat selaras dengan prinsip keadilan dan maqasid syariah.
Keywords
Full Text:
PDFReferences
Azri Bhari, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Mohammad Mahyuddin Khalid, Mohd Ashrof Zaki Yaakob, Mohamad Shukran Abdul Razak. 2019. Aplikasi Fiqh Zakat Emas Di Malaysia. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa. 17(2): 265-276.
Abdul Karim Ali, 1996. Nilai-Nilai Semasa Dan Setempat Dalam Penentuan Hukum: Satu Perbincangan Awal. Jurnal Syariah. 7(1): 97-102.
Al-Khatib, Abd Al-Karim 1984. Sadd Bab Al-Ijtihad. Bayrut: Mu’assasah Al-Risalah.
Abd Al-Wahab Khalaf. t.th.. Ilm Usul Al-Fiqh. Al-Qahirah: Jami‘ah al-Nasr.
Al-Jizani, Muhammad Ibn Husayn Ibn Hasan. 2010. Ma’alim Usul al-Fiqh ‘Ind ahl al-Sunnah wa al Jama’ah. Al-Dammam: Dar Ibn Al-Jawzi.
Hairul Fazli Mohammad Som & Muhsin Nor Paizin. 2019. Pelaksanaan Kutipan Zakat Emas: Amalan Dan Pelaksanaan Institusi Zakat Malaysia. Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference. 5: 156-168.
Jasni Sulong, Mohd Marbawi Taha & Roshaimizam Suhaimi. 2025. Pemakaian Emas Perhiasan Dan Amalan Berzakat Dalam Kalangan Wanita Islam Negeri Pulau Pinang. Jurnal Kajian Malaysia (Early View).
Larus. 1988. Al Mu’jam Al ‘Arabi Al Asasi. Al Munazzamah Al Arabiyyah Li Altarbiyah Wa Al Thaqafah Wa Al ‘Ulum.
Mahmood Zuhdi Ab. Majid. 1997. Hukum Islam Semasa Di Malaysia: Prospek Dan Cabaran. Universiti Malaya.
Muhammad Norshah Rosle, Mohd Ali Mohd Noor & Hairunnizam Wahid. 2019. Cadangan Penyetaraan Ukuran Nisab Zakat Emas Perhiasan Di Malaysia. Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa. 17(2): 309-324.
Mohd Farhan Md. Ariffin, Khadher Ahmad, Muhammad Ikhlas Rosele & Mohamad Zaim Isamail. 2016. Rawatan Kesihatan Berasaskan Perubatan Alternatif Islam: Persepsi Masyarakat Di Malaysia. Jurnal Rampak Serantau 23(6): 1-30.
Mohd Azhar Abdullah, Marina Muhammad Razaki, Nurul Akma Mohamed, Nik Adlin Nazrin Nik Mohd Adib & Lokmal Hakim Che Hassan. 2025. Penggayaan Emas Perhiasan Dalam Majlis Keraian: Implikasi Uruf Zakat Di Kelantan. Jurnal Ilmu Wahyu 6(2): 11-30.
Noraini Saro & Tutasting@Rawi Nordin 2017. Pengambilan Hukum Uruf Dalam Zakat Emas Perhiasan Negeri- Negeri Di Utara Malaysia. Proceeding of 2nd international islamic heritage conference.
Nor Mohd Faisal Bin Md Arifin. 2014. Perbedaan Pemakaian Uruf Zakat Emas Perhiasan Kajian Di Selangor Dan Melaka. Al-Risalah: Forum Hukum dan Sosial Kemasyarakatan 14(1): 132-160.
Syazwani Abd Rahim, Siti Noor Ain Aziz, Mohamad Zaki Razaly, Mohd Asyadi Redzuan, Aemy Aziz & Khadijah Amira Abdul Rashid. 2025. Kajian Naratif Zakat Emas Perhiasan (al-huli): Isu Percampuran Emas. Al-Qanatir: International of Islamic Studies 34(1): 216-227.
Saro, N. & Nordin, R. 2017. Pengambilan Hukum Uruf Dalam Zakat Emas Perhiasan Negeri-Negeri Di Utara Malaysia. Proceeding of 2nd international islamic heritage conference.
Ummi Farahin Yasin , Noor Naemah Abdul Rahman & Muhammad Ikhlas Rosele. 2018. Amalan Penentuan Kadar Uruf Pemakaian Emas Perhiasan Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dan Selangor. Labuan e-Journal of Muamalat and Society 12(1): 89-100.
Wan Zulkifli Wan Hasan 2009. Nilai-Nilai Fleksibiliti Dalam Sumber Perundangan Islam. Malim, Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara (Sea Journal Of General Studies) 10(1): 53-72.
DOI: http://dx.doi.org/10.26475/jcil.v11i1.104447
Refbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2026 Muhamad Azizi Fauzi, Shofian Ahmad

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.