Implikasi Fenomena Childfree terhadap Keseimbangan Generasi: Suatu Tinjauan dari Perspektif Islam
Abstract
Fenomena childfree, iaitu keputusan sukarela pasangan berkahwin untuk tidak memiliki anak, semakin mendapat perhatian dalam masyarakat moden termasuk umat Islam di Malaysia. Pilihan ini sering dikaitkan dengan kebebasan individu, tekanan kewangan, keutamaan kerjaya dan kesetaraan gender. Kajian ini meneliti implikasi fenomena childfree terhadap keseimbangan generasi serta kesinambungan keturunan dalam masyarakat Islam, di samping menilai isu ini dari perspektif hukum syariah. Metodologi yang digunakan ialah pendekatan kualitatif berbentuk kajian kepustakaan, melalui analisis terhadap al-Quran, hadis, pandangan fuqaha kontemporari dan literatur akademik, serta disokong temu bual separa struktur bagi mendapatkan pandangan lebih mendalam. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan dihimpunkan mengikut tema-tema tertentu bagi memahami isu secara lebih menyeluruh. Dapatan menunjukkan bahawa amalan childfree memberi kesan negatif kepada struktur demografi, khususnya penurunan kadar kelahiran, penguncupan tenaga kerja muda, dan peningkatan beban terhadap sistem sosial. Hal ini sekali gus menimbulkan cabaran kepada pertumbuhan ekonomi serta perancangan pembangunan negara jangka panjang. Dari perspektif syariah, walaupun Islam tidak secara mutlak mengharamkan pilihan ini, keputusan untuk menolak zuriat tanpa sebab syarie dianggap bercanggah dengan maqāṣid shar’iyyah, terutama aspek penjagaan keturunan (ḥifẓ al-naṣl). Kajian ini mencadangkan agar fenomena childfree diteliti secara kritikal dalam kerangka nilai Islam, kerana ia juga bertentangan dengan Agenda 2030 Pembangunan Mampan, khususnya SDG 3 dan SDG 5 yang turut diguna pakai Malaysia.
Full Text:
PDFReferences
Adytia Wirnanda Rizal. (2023). Pandangan fikih klasik dan kontemporer terhadap praktik childfree. Tesis Ijazah Sarjana Muda, Universitas Islam Negeri Jakarta.
Ahmad Subhan. (2023). Childfree dalam perspektif Islam dan implikasinya terhadap aspek ekonomi. Opinia De Journal, 3(1), 1–21.
Ajmal Nazirul Mubiin & Tajul Arifin. (2023). Chidfree dalam perspektif hukum Islam ditinjau dari hadits riwayat Imam Muslim No. hadits 1631. Tashdiq: Jurnal Kajian Agama dan Dakwah 2(1): 91-100.
Astro Awani. (2024). Kadar kelahiran, kematian menurun: Malaysia makin pantas jadi negara tua? https://www.astroawani.com/berita- malaysia/kadar-kelahiran- kematian- menurun-malaysia-makin-pantas-jadi- negara-tua-483281 [11 Ogos 2025]
Bernama. (2025). Kelahiran Hidup Menurun 11.5 Peratus Suku Pertama Tahun ini- DOSM. https://www.bernama.com/bm/news.php?id =2422719 [11 Ogos 2025]
Chairul Majid Nasution & Gusti Rian Saputra. (2024). Fenomena childfree berdasarkan perspektif hukum Islam progresif, pancasila dan hak asasi manusia (HAM). Jurnal Keislaman 7(1): 66-79.
Darul Ifta’ al-Am. (2017). Al-Imtinā‘an al-Injāb Yata‘āradh ma‘a Muqtaḍayāt ‘Aqd. https://www.aliftaa.jo/research-fatwas/3295 [11 Ogos 2025]
Darul Ifta’ Mesir. (2019). Hukum Ittiqāq al-Zawjayn ‘alā ‘Adam al-Injāb. https://dar- alifta.org/ar/fatwa/details/14993/ [11 Ogos 2025]
Dita, Takdir, & Rahmawati. (2024). Childfree in the perspective of Islamic law (Childfree dalam perspektif hukum Islam). Jurnal Ilmiah Advokasi, 12(3), 367–378.
Dza Himmatin Aliyyah, Nur Faizin, Adiska Rahma Maulidia, Ahmad Fadhli Fatonia & Fransisca Puspita Wardania. (2024). Childfree dalam perspektif agama Islam dan respon mahasiswa terhadapnya. Indonesian Journal of Islamic Religious Education 2(1): 75-84.
Euis Zakiyyah dan Hisan Mursalin. (2023). Fenomena Childfree dalam Perspektif Islam. Mauriduna Journal of Islamic Studies 4(2):192-203.
Fiqi Halwaini & Wiwin Fauziyah. (2023). Anjuran menikah dan memperbanyak keturunan studi hadis atas fenomena childfree di masyarakat. Lathaif: Literasi Tafsir, Hadis dan Filologi 2(2): 114-125.
Ika Siti Maisyaroh. (2022). Childfree dalam perspektif maslahah ‘ammah. Tesis Master, Institut Agama Islam Negeri Ponorogo.
Jalaludin. (2022). Paham childfree menurut hukum Islam. Tesis Ijazah Sarjana Muda, Universitas Islam Negeri Jakarta.
Jawahir Che Mustapha, Irma Syarlina Che Ilias & Husna Sarirah Husin. (2025). Peranan media sosial sebagai pendidikan sosial dalam membentuk persepsi terhadap trend childfree di Malaysia. Jurnal Penyelidikan Pendidikan dan Teknologi Malaysia, 3(1), 4–16.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2024). Apakah cabaran yang dihadapi oleh sistem kesihatan negara? . https://www.moh.gov.my/index.php/pages/v iew/6211 [11 Ogos 2025]
Kharisul Wathoni, Yuli Salis Hijriyani & Alda Ismi Azizah. (2023). Konsep childfree perspektif pendidikan keluarga dalam Islam. WISDOM: Jurnal Pendidikan Anak Usia Dini 4(1): 113-126.
Leonard Brahmandika. (2022). Fenomena childfree di kalangan pernikahan masa kini (Tinjauan hukum gereja terhadap kelahiran dan kesejahteraan anak). Aggiornamento 3(01): 104-118.
Majlis Keselamatan Negara. (2024). Tren Childfree; Impak Terhadap Keselamatan Negara. https://www.mkn.gov.my/web/ms/2024/07/ 01/tren-childfree-impak-terhadap- keselamatan-negara/ [11 Ogos 2025]
Mufti Wilayah Persekutuan. (2024). Bayan Linnas Siri Ke-297 : Childfree by choice menurut perspektif syarak. Portal Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan- linnas/5940-bayan-linnas-siri-ke-297- childfree-by-choice-menurut-perspektif- syarak [11 Ogos 2025]
Muhamad Andrie Irawan. (2022). Childfree dalam Perkahwinan Perspektif Teori Maslahah Mursalah Asy-Syatibi. Tesis Ijazah Sarjana Muda, Universiti Islam Negeri Jakarta.
Nur Devy Aryani. (2025). Perkawinan tanpa anak (childfree) menurut hukum keluarga Islam perspektif akademisi Hukum Keluarga Islam Fakultas Syariah IAIN Ponorogo. Ijazah Sarjana Muda, Institut Agama Islam Negeri Ponorogo.
Paulus Dimas Prabowo & Anggi Malela. (2023). Konsep prokreasi dalam kejadian 1: 26-28 sebagai jawaban terhadap gaya hidup childfree. Pengarah: Jurnal Teologi Kristen 5(1): 15-27.
Putri Setia Ningsih, Faisal & Malahayati. (2023). Childfree in the perspective of Islamic law and community views in Asahan district. Dusturiyah:JurnalHukum Islam,Perundang- undangan dan Pranata Sosial 13(2): 167- 179.
Rahida Aini Mohd Ismail. (2025). The childfree trend: Regional perspectives, socioeconomic impacts, and policy responses. Penang Institute Monographs No. 28. Penang Institute.
Rossana Farah Abida, Nabilah Rohadatul Aisyah, Nabila Tussa’banniya & Nur Lailatul Musyafa’ah. (2025). Fatwa of Dar al-Ifta’ al- Mishry and Dairah al-Ifta’ al ’Am al- Urduniyyah on Childfree in Marriage. Ma’mal: Jurnal Laboratorium Syariah Dan Hukum, 7(1), 43–65.
Shaji George A. (2023). The rise of DINKs: How childfree couples are reshaping economies. Partners Universal International Research Journal, 2(4), 95–111.
Siti Hawa Radin Eksan, Normazaini Salleh, Noor Raudhiah Abu Bakar & Marhaini Abdul Ghani. (2025). Analisis perkahwinan gaya hidup tanpa anak (childfree) menggunakan kaedah kajian literatur sistematik (SLR). International Journal for Studies on Children, Women, Elderly and Disabled, 24(Jun), 74–84.
Siti Melati, Akhmad Dasuki & Munirah. (2023). Kontekstualisasi rahmah dalam Q.S Ar-Rum [30]:21 terhadap pasangan childfree dan childless. NALAR: Jurnal Peradaban dan Pemikiran Islam 7(1): 41-63.
Siti Nurjanah, Agus Hermanto, Rimanto, Sulastri & Habib Ismail. (2024). Analisa strategi generasi sandwich dan dampaknya terhadap gaya hidup chidfree. Bulletin of Community Engagement 4(3): 68-79.
Siti Rahmah. (2023). Studi kritik terhadap pandangan tren childfree menurut pemahaman hadis analisis sosiologi keluarga. el-Sunnah: Jurnal Kajian Hadis dan Integrasi Ilmu 4(2): 121-139.
Syah Ghina Rahmi Lubis. (2023). Childfree pada perkawinan dalam perspektif teori feminisme dan fatwa Darul Ifta Mesir. Tesis Sarjana, Universitas Islam Negeri Jakarta.
Tiara Hanandita. (2022). Konstruksi masyarakat tentang hidup tanpa anak setelah menikah. Jurnal Analisa Sosiologi 11(1): 126-136.
United Nations. (n.d). The 17 goals. United Nations Sustainable Development. https://sdgs.un.org/goals [17 Ogos 2025]
Wilda Siti Hawani, Azuhria & Muhammad Ilham. (2023).Telaah maqashid Al-syariah fenomena childfree dalam realitas kehidupan sosial. Indonesian Journal of Shariah and Justice 3(2): 197-220.
DOI: http://dx.doi.org/10.26475/jcil.v10i2.92926
Refbacks
- There are currently no refbacks.
Copyright (c) 2026 MAIZATUL ALIYA HAIRUNNIZAM, WAFAA' YUSOF

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.