Tahap Pengetahuan Ibu Bapa Terhadap Kesan Trend Sharenting Kepada Kanak-kanak di Lembah Klang, Malaysia

Abdul Muaz Mustaffa, Nurbazla Ismail

Abstract


Perkembangan teknologi masa kini membolehkan masyarakat berkongsi kehidupan seharian di media sosial terutamanya berkaitan kanak-kanak. Fenomena perkongsian berlebihan mengenai kanak-kanak dikenali sebagai sharenting. Perkara ini dapat diperhatikan melalui kumpulan Facebook “Anak Sepahkan Apa Hari Ini” yang sengaja diwujudkan oleh ibu bapa untuk berkongsi mengenai anak-anak. Amalan ini menunjukkan ibu bapa semakin bebas berkongsi maklumat tentang anak tanpa memikirkan implikasi terhadap hak dan privasi mereka. Walau bagaimanapun, perkara ini belum dikaji secara ilmiah untuk mengetahui sejauhmana ibu bapa mengetahui dan sedar akan kesan perbuatan tersebut. Justeru, kajian ini dijalankan bagi menilai tahap pengetahuan ibu bapa terhadap kesan sharenting terhadap kanak-kanak. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui analisis dokumen dan soal selidik yang diedarkan secara atas talian menggunakan Google Form kepada 60 responden di sekitar Lembah Klang, Malaysia. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 30.0 dan dipersembahkan secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan ibu bapa terhadap kesan sharenting mencapai min keseluruhan 4.59 iaitu pada tahap tinggi. Ini menunjukkan ibu bapa tahu dan sedar bahawa sharenting memberi kesan kepada kanak-kanak meskipun trend ini terus meningkat di media sosial. Sehubungan itu, pemantauan daripada pihak berkepentingan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak, SUHAKAM amat diperlukan khususnya melalui kempen kesedaran dan penyebaran infografik bagi mengelakkan implikasi negatif seperti gangguan privasi, buli siber dan masalah psikologi terhadap kanak-kanak.  


Keywords


Kesan trend sharenting; kanak-kanak; pengetahuan ibu bapa; media sosial; Lembah Klang.

Full Text:

PDF

References


Amira Nur Diana, Amir Hamzah & Safinaz, Mohd Hussein. 2020. Kesan Sharenting Kepada Kanak-Kanak Dan Implikasinya Terhadap Hak Privasi Kanak-Kanak Di Malaysia (The Effects Of Sharenting On Children And Its Implications On A Child's Privacy Rights In Malaysia).

Anis Shuhaiza, Md Salleh, Aima Nabila, Muhammad Azhar, Nor Azlina, Mohd Noor, Yusramizza, Md Isa & Siti Azura, Bahadin. 2024. Mengekang Impak Negatif Sharenting: Satu Kajian Tentang Keterlibatan Agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan Ketika Pandemik COVID-19. UUM Journal of Legal Studies. 15(1):303-327.

Conti, Maria Giulia, Del Parco, Fabiola, Pulcinelli, Francesca Maria, Mancino, Enrica, Petrarca, Laura, Nenna, Raffaella, Di Mattia, Greta, Matera, Luigi, La Regina, Domenico Paolo & Bonci, Enea. 2024. Sharenting: characteristics and awareness of parents publishing sensitive content of their children on online platforms. Italian Journal of Pediatrics. 50(1):135.

Davis, Matthew M, Clark, Sarah J, Singer, Dianne C, Hale, K, Matos-Moreno, A & Kauffman, AD. 2015. Parents on social media: Likes and dislikes of sharenting. CS Mott Children’s Hospital, University of Michigan Health System. 23(2):187.

Kemp, Simon. 2024. Digital 2024: Malaysia. https://datareportal.com/reports/digital-2024-malaysia

Khadzali, Mohamad Khairul Faiz Mohd & Ahmad, Khadher. 2020. Penyakit 'Ain dalam Perspektif Hadith dan Masyarakat Melayu: Evil Eye in Hadith and Malay Society Perspective. Jurnal Usuluddin. 48(2):133-173.

Latipah, Eva, Kistoro, Hanif Cahyo Adi, Hasanah, Fitria Fauziah & Putranta, Himawan. 2020. Elaborating motive and psychological impact of sharenting in millennial parents.

Leckart, Steven. 2012. The Facebook-Free Baby. The Wall Street Journal. https://www.wsj.com/articles/SB 001424052702304451104577392041180138910

Lee Jia Wen, Crendy Tan & Saroja Dhanapal. 2022. The trend of sharenting among Malaysian parents: A qualitative study on their content and motivation. Int. J. Public Health Sci.(IJPHS). 11:310-319.

Likert, Rensis. 1932. A technique for the measurement of attitudes. Archives of Psychology.

Marasli, Muge, Suhendan, Er, Yilmazturk, Nergis Hazal & Cok, Figen. 2016. Parents’ shares on social networking sites about their children: Sharenting. The Anthropologist. 24(2):399-406.

Muhammad Adnan Pitchan, Siti Zobidah Omar, Jusang Bolong & Akmar Hayati Ahmad Ghazali. 2017. Analisis Keselamatan Siber Dari Perspektif Persekitaran Sosial: Kajian Terhadap Pengguna Internet di Lembah Klang. e-BANGI Journal. 12(2).

Nor Azah Abdul Aziz. 2009. Internet, Laman Web Pornografi dan Kaedah Psikospiritual Islam dalam Menangani Keruntuhan Akhlak Remaja Pelayar Laman Web Pornografi. Jurnal Usuluddin. 29:147-169.

Putu Inten Kurniari, Desi Yoanita & Lady Joanne Tjahyana. 2021. Analisis Isi Aktivitas Sharenting Yang Dilakukan Oleh Single Mothers di Instagram. Jurnal E-Komunikasi. 9(2).

Ridaul Maghfiroh. 2023. Inovasi Manajemen Dakwah sebagai Pendekatan Dakwah Islam pada Generasi Milenial di Desa Trahan Kabupaten Rembang. Jurnal Exact: Journal of Excellent Academic Community. 1(2):53-67.

Salsabila, Firdaus Sardin & Nindita Fajria, Utami. 2023. Pengaruh Media Sosial Terhadap Praktik Sharenting Yang Berujung Eksploitasi Pada Anak. Jurnal Entitas Sosiologi. 12(1):14-23.

Steinberg, Stacey B. 2016. Sharenting: Children's privacy in the age of social media. Emory Lj. 66:839.




DOI: http://dx.doi.org/10.26475/jcil.v10i2.93640

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


Copyright (c) 2026 Nurbazla Ismail

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial 4.0 International License.