LAGU MELAYU ASLI: UNSUR SINKRETISME DALAM INSTRUMENTASI PERSEMBAHAN

ISMAIL AHMED, AB SAMAD KECHOT

Abstract


Lagu Melayu asli melambangkan identiti persembahan muzik Melayu. Namun instrumen tradisi Melayu yang digabung dengan instrumen dari luar secara langsung membawa perubahan kepada lagu Melayu asli. Penggunaan instrumen tradisi antaranya seperti gong dan rebana dan gabungan gitar tong, akodian, biola, dikatakan mempunyai kaitan langsung dengan unsur sinkretisme dalam persembahan lagu Melayu asli. Kajian ini menumpukan sejauh mana pengaruh dan unsur sinkretisme dalam penggunaan instrumentasi mengubah keaslian persembahan lagu Melayu asli. Metodologi kajian ini menumpukan kepada data sekunder yang merangkumi bahan-bahan perpustakaan dan analisis data primer melalui rakaman lagu daripada penerbitan sebuah Album Lagu Melayu Asli: Penerbitan Inovasi Karya Seni dan Kelestarian Warisan (2014) oleh Pusat Kebudayaan, USIM. Selain itu, kaedah kualitatif seperti kajian lapangan bagi mengumpul maklumat tambahan bersama informan utama seperti R. Ismail, Aspalela Abdullah, Raftah Bachik, S. Atan dan Pak Ngah turut dijalankan. Hasil dapatan penulisan ini mendapati unsur muzik sinkretik memang wujud dan melingkari ruang persembahan dan penggunaan instrumentasi dalam lagu Melayu asli terutamanya pengaruh Barat, India dan Arab. Implikasi kajian ini berupaya membantu generasi baru khususnya pencipta lagu yang mahu mengenali lebih dekat berkaitan penggunaan instrumentasi dan ciri-ciri yang membentuk unsur sinkretisme dalam persembahan lagu Melayu asli di Malaysia selain dapat menjadi rujukan dalam bidang seni tradisi pada masa hadapan.

Kata kunci: sinkretisme; lagu Melayu asli; instrumentasi; pengaruh dan tradisional


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.