PERANAN ADJUNG DALAM BAHASA MELAYU: SATU ANALISIS TATABAHASA PERANAN DAN RUJUKAN

FATIHAH MD DOM, NIRWANA SUDIRMAN, NUR ATIKAH IBRAHIM

Abstract


Kebanyakan kajian lepas hanya meneliti adjung secara umum, iaitu sebagai penerang ayat. Kajian tentang adjung amat jarang dilakukan kerana peranannya dianggap kurang penting dalam ayat. Namun begitu, makalah ini bertujuan membincangkan peranan adjung secara terperinci. Adjung adalah unsur tambahan dalam ayat yang kehadirannya bersifat opsyenal yakni hadir atau tidak, ia tidak akan menjejaskan binaan sesebuah struktur ayat. Kehadiran adjung dapat diteliti dari pelbagai posisi dalam ayat. Data makalah ini diperolehi secara intuisi dan dianalisis dengan menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan teori ‘Tatabahasa Peranan dan Rujukan’. Dapatan yang dilaporkan dalam makalah ini adalah, adjung berupaya mengubah pelbagai peringkat sama ada pada tahap klausa, inti dan nukleus dalam Struktur Berlapisan Klausa (SBK). Selain itu, makalah ini turut melaporkan bahawa adjung boleh hadir dalam ketiga-tiga peringkat lapisan klausa berkenaan secara serentak dalam sesebuah ayat. Oleh itu, makalah ini memperluaskan korpus ilmu Linguistik Melayu sedia ada, khususnya dalam bidang nahu kontemporari berdasarkan Tatabahasa Peranan dan Rujukan.

 

Kata kunci: adjung; preposisi; Tatabahasa Peranan dan Rujukan; struktur berlapisan klausa; bahasa Melayu

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.