STRUKTUR SUKU KATA DASAR BAHASA JAWA PARIT SULONG
Abstract
ABSTRAK
Bahasa Jawa merupakan bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Jawa khususnya dari Jawa Tengah, Indonesia. Masyarakat Jawa di Malaysia merupakan masyarakat yang merantau ke Tanah Melayu dan membina penempatan di sini sejak abad ke-16. Kajian ini bertujuan menjelaskan struktur suku kata dasar bahasa Jawa di Parit Sulong, Johor. Seramai lima orang penutur natif bahasa Jawa yang berusia antara 60 hingga 80 tahun telah ditemubual. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengaplikasikan kaedah-kaedah dalam kajian lapangan seperti kaedah daftar kata dan perbualan atau penceritaan dengan penutur natif. Data bahasa Jawa yang diperolehi telah dianalisis menggunakan teori fonologi yang dinamakan teori Optimaliti yang diperkenalkan oleh Prince dan Smolensky (2004) bagi melihat susunan konstituen bagi struktur suku kata bahasa Jawa. Daripada pemerhatian data, lima jenis struktur suku kata berdasarkan interaksi konsonan-vokal (K-V) telah dikenal pasti iaitu V, KV, VK, KVK dan KKV. Struktur suku kata ini menunjukkan sistem fonologi bahasa ini membenarkan suku katanya bermula dengan vokal atau tidak mempunyai onset, iaitu V dan VK. Di samping itu,struktur suku kata KKV menunjukkan bahasa ini tidak melarang kehadiran deretan konsonan dalam suku katanya. Hasil analisis yang dilakukan mendapati bahawa hierarki kekangan bagi suku kata dasar bahasa Jawa Parit Sulong adalah JAJAR-KIRI >> *NUKLEIKOMPLEKS >> ONSET >> DEP-IO >> MAKS-IO >> *KODA. Kesimpulannya, bahasa Jawa yang dituturkan di Parit Sulong mempunyai struktur suku katanya yang tersendiri. Dapatan kajian ini memberi nilai tambah kepada kajian lepas mengenai bahasa Jawa seiring dengan kerencaman pola fonologi dalam data-data baru bahasa Jawa yang dikutip.
Kata kunci: struktur suku kata; bahasa Jawa; bahasa Melayu; fonologi; teori Optimaliti
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.