KOMUNIKASI, INSTRUMENTASI DAN SENI PERSEMBAHAN GAMELAN MELAYU DAN JAWA

RAZALI MD AMIN, MOHD YUSZAIDY MOHD YUSOFF, AB SAMAD KECHOT

Abstract


Ensembel gamelan Melayu dan Jawa merupakan sebuah ensembel muzik yang sudah lama bertapak di rantau nusantara. Kedua-dua ensembel ini mempunyai peranan dan fungsinya yang tersendiri. Kajian ini mengkaji perbandingan ensembel gamelan Melayu dan ensembel gamelan Jawa. Ensembel gamelan Melayu adalah merujuk kepada ensembel gamelan yang dimainkan di istana raja-raja Melayu seperti di Istana Pahang dan Terengganu. Manakala, ensembel gamelan Jawa pula yang terdapat di Kepulauan Jawa, Indonesia. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti persamaan dan perbezaan dari segi komunikasi, instrumentasi dan seni persembahan yang membolehkan gamelan Melayu diangkat sebagai jati diri dan identiti Melayu. Metod kajian menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan lapangan yang melibatkan kaedah pemerhatian dan temu bual. Data-data diperolehi daripada kajian perpustakaan dan lapangan dianalisis menggunakan dua teknik seperti analisis kandungan dan bacaan rapi. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa persamaan dan perbezaan yang ketara antara ensembel gamelan Melayu dengan ensembel gamelan Jawa dari aspek komunikasi antara penyampai dan penerima, jenis dan jumlah instrumen muzik yang digunakan dan beberapa aspek dalam seni persembahan. Implikasinya kajian ini dapat menjadi rujukan dan menyokong kepada pihak kerajaan Malaysia untuk mengangkat ensembel gamelan Melayu sebagai warisan budaya tidak ketara di peringkat warisan dunia UNESCO serta dapat membentuk identiti dan jati diri Melayu bagi generasi kini. 

Kata kunci: ensembel gamelan Jawa; ensembel gamelan Melayu; instrumentasi; komunikasi; persembahan


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.