PEMULIHARAAN WARISAN BUDAYA MELALUI PERUNDANGAN WARISAN DAN AGENSI PELAKSANA DI MALAYSIA

MOHD YUSZAIDY MOHD YUSOFF

Abstract


ABSTRAK

Kajian ini membincangkan tentang aspek pemuliharaan warisan budaya di Malaysia menerusi perundangan warisan. Warisan budaya yang pelbagai dimiliki dan diwarisi setiap etnik dan peribumi di Malaysia. Perundangan warisan melalui Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) digunakan untuk memberikan perlindungan dalam usaha mengekalkan warisan budaya negara. Akta Warisan Kebangsaan 2005 telah menjadi tunjung utama kepada perundangan yang berkaitan dengan warisan yang sedia ada seperti Akta Benda Purba 1976 (Akta 168), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 1972) dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti perundangan dan agensi pelaksanan warisan dapat memberi perlindungan yang sewajarnya terhadap warisan budaya di Malaysia. Perlindungan ini amat penting agar warisan budaya dapat dikekalkan untuk tatapan generasi seterusnya dan menjadi jati diri mereka. Dari segi metodologi, kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan pendekatan etnografi. Teknik pemerhatian dan temu bual digunakan untuk memperoleh data kajian. Bagi teknik temu bual, maklumat diperoleh daripada individu-individu yang terbabit dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang itu. Data-data yang telah dikumpulkan disaring dan dianalisis menggunakan teknik analisis kandungan. Hasil kajian ini mendapati perundangan warisan yang tegas mampu memberi perlindungan yang sewajarnya terhadap warisan budaya di Malaysia. Perlindungan tersebut dapat memberikan kestabilan sosial, ekonomi dan politik. Justeru itu, kajian ini dapat memberi impak kepada masyarakat mengenai kepentingan warisan budaya yang perlu diberi perlindungan dan diwarisi generasi seterusnya sebagai kekuatan jati diri masyarakat.

Kata kunci: Akta Warisan Kebangsaan 2005; jati diri; pemuliharaan; perundangan warisan; warisan budaya


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.