KAEDAH RAWATAN MEMBAGIH DI KAMPUNG PASIR MAS, KELANTAN

AZLINA MUSA, YUSMILAYATI YUNOS

Abstract


Makalah ini membincangkan perubatan tradisional Melayu yang berfokus terhadap kaedah rawatan membagih yang popular di Kampung Pasir Mas Kelantan. Kaedah rawatan membagih amat unik kerana tidak memerlukan sebarang peralatan muzik tradisional, tiada nyanyian serta tidak mempunyai persembahan tarian. Proses rawatan membagih dijalankan di hadapan khalayak penonton yang memerlukan satu ruang kecil seperti ruang tamu. Kaedah rawatan ini melibatkan pengamal perubatan yan dikenali sebagai Tok Bagih dan pembantunya yang dikenali sebagai jurubangso. Makalah ini bertujuan meneliti upacara rawatan membagih untuk mengubati penyakit angin kejiwaan dan penyakit bukan angin kejiwaan. Di samping itu, makalah ini menjelaskan upacara ‘menyiruk’ penyakit yang ditanggung oleh pesakit. Data dan maklumat penulisan makalah ini diperoleh melalui kajian lapangan seperti pemerhatian turut serta, temu bual bersama Tok Bagih, jurubangso dan pesakit yang dirawat. Kajian kepustakaan turut dilakukan bagi memperoleh maklumat awal berkenaan tajuk ini. Dapatan penulisan ini menunjukkan berlaku proses menurun semasa rawatan dijalankan dan tok bageh memerlukan jurubangso sebagai pengantara rawatan. Penulisan ini juga mendapati terdapat beberapa bahan rawatan yang perlu disediakan oleh keluarga pesakit semasa rawatan dijalankan iaitu bertih, sirih pinang, kapur, buah pinang, air mentah, air mentah yang direndamkan dengan bedak sejuk, telur dadar, telur, pulut kuning semangat, beberapa biji pisang lemak manis, bunga melur, kemenyan, benang mentah, bedak sejuk, duit pengeras RM 2.25 sen, beras kunyit, bantal. Melalui pendokumentasian ini diharapkan kaedah rawatan secara membagih dapat diperkenalkan kepada masyarakat umum dan dapat menyumbang kepada bidang kajian perubatan tradisional masyarakat Melayu.

Kata kunci: jurubangso; membagih; menyiruk; penyakit angin kejiwaan; ritual


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.