INVENTORI FONEM DIALEK MELAYU JUGRA DI PERMATANG PASIR

NORFAZILA AB. HAMID

Abstract


ABSTRAK

 

Makalah ini membicarakan salah satu varian dialek Melayu Jugra (DMJ) yang terdapat di Selangor, iaitu varian Permatang Pasir (VPP). Objektif kajian dalam makalah ini adalah menentukan jumlah inventori fonem. Selain itu, kajian ini turut memaparkan penyebaran bunyi vokal, diftong dan analisis keberadaan alternasi dalam DMJ VPP ini. Pendekatan yang dimanfaatkan dalam mencapai objektif kajian ini ialah pendekatan struktural. Hasil kajian membuktikan bahawa DMJ VPP mempunyai 8 fonem vokal iaitu /i, u, e, o,ɛ, ɔ ,ɘ , a/, memiliki 2 diftong iaitu /-aw, -aj/ dan 19 fonem konsonan yang terdiri daripada tujuh konsonan letupan /p, b, t, d, k, g, dan ʡ/, dua konsonan letusan /tʃ, dʒ/, tiga konsonan geseran /s,ɣ , h/, empat konsonan nasal /m, n, ɲ ,ŋ /, satu konsonan sisian /l/ dan dua konsonan separuh vokal /w, j/. Kajian ini diharap dapat menembus yang samar, menemukan sesuatu yang hilang, menyingkap yang tersembunyi dan menghasilkan satu penemuan yang baharu  dengan lebih telus.

 

Kata kunci: fonologi; struktural; Permatang Pasir; fonem; penyebaran.

PHONEME INVENTORY JUGRA MALAY DIALECT IN PERMATANG PASIR

 

     ABSTRACT

 

The paper discusses one of the Jugra Malay dialect (DMJ), found on Selangor, namely the variant of Permatang Pasir (VPP). The objective in this paper is determining the amount of phoneme inventory. Therefore, this study aimed to describe how the phonological system DMJ VPP with displays spread vowel, diphthong and analysis the presence of alternation in this DMJ VPP. The approach used to achieve the objectives of this study is the structural approach. The results of the study show that DMJ VPP eight vowel /i, u, e, o,ɛ, ɔ ,ɘ , a/, have two diphthongs, namely: /-aw, -aj/ and 19 consonant phonemes consisting of seven explosive consonants /p, b, t, d, k, g, dan ʡ /, two consonant affricates /tʃ, dʒ/, three consonant fricatives /s, ɣ, h/, four nasal  consonants /m, n, ɲ ,ŋ /, one lateral consonant /l/ and semi-vowel /w, j/. This research hopes to penetrate the murky, find something missing, reveal the hidden and produce a breakthrough, with greater transparency.

 

Keywords: phonology; structural; Permatang Pasir; phonem; distribution.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.