MORFOLOGI VARIAN MINANGKABAU MENGUNGKAP JATI DIRI ORANG MINANGKABAU PERANTAUAN

ERNAWITA ATAN

Abstract


ABSTRAK

 

Kajian ini adalah untuk mendeskripsikan morfologi varian Minangkabau yang meliputi data kajian di Semenanjung Malaysia. Varian Minangkabau (VM) yang digunakan dalam kajian ini melibatkan kawasan di negeri Selangor (Hulu Langat, Batang Kali dan Beranang), Negeri Sembilan (Jelebu dan Kuala Pilah) dan Pahang (Bentong). Kajian dijalankan dengan mendapatkan data perkataan melalui temubual dengan informan. Penulis membuat temubual secara bersemuka dengan merakam kisah dan cerita daripada informan bagi memperoleh data varian Minangkabau. Kajian awal mendapati walaupun informan ini telah berpindah dari tanah asal di Sumatera dan membina kehidupan baharu di perantauan, leksikal dan perkataan yang terungkap masih jelas varian Minangkabau dalam rakaman perbualan mereka. Hasil dapatan menunjukkan morfologi varian Minangkabau ini ada banyak persamaan dengan bahasa Melayu seperti morfologi imbuhan ‘ba’ dalam VM menjadi ‘ber’ dalam BM (bahasa Melayu), misalnya dalam perkataan bacampua menjadi bercampur.

 

Kata kunci : morfologi; varian Minangkabau; leksikal; temubual; informan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.