PENTAFSIRAN BAHARU TERHADAP SEJARAH TEMPATAN MELALUI NOVEL LUKA NERING
Abstract
ABSTRAK
Luka Nering adalah sebuah novel yang bertolak daripada sejarah Kesultanan Melayu Perak karya Malim Ghozali PK. Novel ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2014 dan tercalon untuk Anugerah Sastera Antarabangsa IMPAC Dublin 2016. Novel ini bertolak daripada peristiwa Perjanjian Pangkor 1874 yang menyebabkan campur tangan British dalam sistem pemerintahan Perak. Karya ini telah menolak manipulasi terhadap fakta tentang penggulingan kuasa yang dilakukan penjajah. Pengarang menyanggah penulisan sejarah yang telah dikemukakan khususnya oleh sejarawan Barat. Sehubungan itu, persoalan artikel ini adalah bagaimana penolakan sejarah itu dilaksanakan sedangkan fakta sejarah telah lama diterima umum? Analisis kandungan diaplikasikan sebagai instrumen untuk menganalisis bahan kajian dalam artikel jurnal, buku, akhbar dan kertas kerja. Kajian ini menggunakan teori Pensejarahan Baru yang diasaskan oleh Stephen J. Greenblatt sebagai kerangka analisis. Dapatan kajian mendapati Luka Nering sebuah teks pensejarahan baru yang menolak fakta sejarah yang tercatat dalam negara khususnya sejarah Kesultanan Melayu Perak. Pengarang telah memberi makna sejarah yang baru terhadap beberapa isu seperti tanggapan kepada pejuang nasionalisme tempatan, kemunculan residen dan sejarah pembukaan negeri. Melalui makna baru daripada aspek politik memperlihatkan kuasa anak raja, sistem penggiliran takhta dan penipuan dalam perjanjian terhadap golongan istana diubah kepada percaturan politik yang sempurna oleh Malim Ghozali PK. Manakala, makna baru daripada aspek sosial memaparkan dasar pecah perintah, pembinaan masjid dan pelancongan yang berpihak kepada masyarakat peribumi.
Kata Kunci: Kritikan sastera; Luka Nering; Malim Ghozali PK; novel sejarah; Persejarahan Baru
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.